Abbott Melancarkan Glucerna Baru, Nutrisi Khusus buat Penghidap Diabetes | Tinjauan menunjukkan penghidap diabetes mengalami Kelesuan Diabetes dan ingin lebih pemberdayaan dalam diet mereka. Formulasi Glucerna® baru dengan sistem karbohidrat pelepasan lambat yang dipertingkatkan membantu penghidap diabetes menguasai paras glukosa darah dan meningkatkan kualiti hidup

iamfuzy.com
Abbott Melancarkan Glucerna Baru, Nutrisi Khusus buat Penghidap Diabetes


Diabetes menjejaskan 3.9 juta dewasa di Malaysia, satu daripada kadar insidens tertinggi di Asia, menurut Kementerian Kesihatan. Menyedari kejadian epidemik diabetes yang makin parah di Malaysia, Abbott memperkenalkan Glucerna baru – diformulasi untuk penghidap diabetes dan terbukti secara klinikal dapat mengawal paras glukosa dalam darah pada sasarannya dalam masa hanya 4 minggu.

Trend penyakit ini bukan sahaja meningkat, tetapi mereka yang didiagnos menghadapi kesukaran dalam menguruskan dan mengawal paras glukosa dalam darah. Dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh Abbott yang bertujuan mendalami cabaran yang dihadapi pesakit diabetes dan mencari penyelesaian untuk memperkasakan pesakit, 96% daripada 158 responden didapati mengalami Kelesuan Diabetes – keadaan di mana mereka berasa lesu dari segi emosi atau fizikal disebabkan perasaan kecewa dan tidak berupaya akibat beban pengurusan diabetes yang dihidapi, dan mahu lebih berdaya dalam diet mereka.


 “Kawalan glukosa yang kurang baik adalah masalah utama di kalangan pesakit diabetes di Malaysia, kerana ramai daripada mereka kurang pengetahuan tentang tabiat pemakanan dan perubahan kecil dalam pelan pemakanan yang boleh memberi impak negatif terhadap pengurusan diabetes,” kata profesor madya Dr Norlaila Mustafa, doktor perunding & pakar endokrinologi, dan ketua jabatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia. “Justeru, memastikan paras glukosa dalam darah berada pada sasarannya boleh mengekang atau melambatkan komplikasi seperti buta, penyakit buah pinggang dan penyakit jantung.”

Kelesuan Diabetes di kalangan penghidap diabetes didapati menyumbang kepada kadar kepatuhan yang rendah, penjagaan kesihatan diri yang berkurangan dan kawalan paras glukosa yang lemah. Lebih daripada tiga suku responden menyatakan bahawa mengekalkan berat badan sihat dan mengikuti diet sihat adalah dua punca tekanan yang utama. Dua aspek teratas dari segi pengurusan diet yang menyebabkan tekanan adalah mengikuti diet yang sesuai untuk penghidap diabetes (72%) dan perlu mengira kalori atau karbohidrat setiap hari (73%).


"Tekanan boleh mempengaruhi kawalan diabetes, oleh itu menguruskan keadaan emosi dan psikologi sama pentingnya dengan menguruskan bacaan glukosa,” kata profesor Dr Winnie Chee dari jabatan pemakanan & dietetik, Universiti Perubatan Antarabangsa (International Medical University). “Penghidap diabetes sering dibebani oleh banyak aspek penjagaan kesihatan diri, terutamanya pilihan pemakanan. Mengetahui makanan ‘betul’ untuk dimakan yang tidak akan menaikkan paras gula dalam darah adalah cabaran yang sukar bagi kebanyakan individu. Pengawalan pemakanan memainkan peranan penting dalam pengurusan diabetes dan melambatkan komplikasi, oleh itu pasukan kesihatan pelbagai disiplin yang merangkumi pakar pemakanan dapat membantu penghidap diabetes belajar bagaimana makan dengan baik sambil mengurangkan tekanan dan menguruskan diabetes dengan lebih baik.” 


PILIHAN DIET YANG MUDAH BOLEH MEMPERKASAKAN PESAKIT 

Tinjauan menunjukkan bahawa responden mahu meningkatkan keupayaan menguruskan pemakanan mereka, melalui penyelesaian yang mengurangkan tekanan akibat mengikuti diet khusus bagi penghidap diabetes. Dua penyelesaian yang dirasakan paling membantu adalah hidangan mesra-diabetes yang mudah didapati dan mampu dibeli (88%) dan makanan tambahan spesifik kepada diabetes untuk menggantikan hidangan atau snek (91%).



“Formula khusus bagi penghidap diabetes adalah penyelesaian yang ringkas dan mudah yang mampu membantu penghidap diabetes mengubah gaya hidup mereka,” kata Dr Nina Mazera Mohd Said, pengarah perubatan untuk perniagaan pemakanan, Abbott di Malaysia. “Selama lebih 30 tahun, Abbott telah mengkaji dan membangunkan formula bernutrisi khusus untuk penghidap diabetes. Glucerna® dengan formulasi baru memudahkan penghidap diabetes mengawal pengurusan paras glukosa mereka dalam masa secepat empat minggu.” 

Glucerna® baru dengan formulasi diperbaiki sesuai untuk individu dengan pra-diabetes, diabetes dan diabetes sewaktu hamil. Ini adalah satu-satunya formula khusus diabetes di Malaysia dengan perisa gandum. Glucerna® yang baru menawarkan Sistem Karbohidrat Rendah Glisemik yang baru dan diperbaiki dan 4 kali lebih banyak nutrien myo-inositol untuk membantu menguruskan paras gula dalam darah; dwiserat dan campuran lipid unik untuk membantu mengekalkan sistem pencernaan yang sihat; dan penambahan kandungan vitamin D, kalsium, zink dan zat besi untuk membantu memenuhi keperluan pemakanan penghidap diabetes.

Glucerna® 850g yang baru dijual pada harga runcit disarankan sebanyak RM115.90 di rangkaian farmasi, pasar raya dan dewan perubatan yang terkemuka. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Glucerna®, layari https://abbottnutrition.com.my/products/glucerna. atau hubungi menerusi http://abbott.com.my/ atau di https://www.facebook.com/AbbottMommyScoop.


Mengenai Tinjauan 

Untuk mengetahui bagaimana penghidap diabetes di Malaysia menguruskan penyakit mereka, termasuk cara membuat keputusan harian berkaitan makanan dan nutrisi, Abbott menjalankan satu tinjauan bagi mengenal pasti cabaran terbesar bagi mereka yang menghidap diabetes, dengan tumpuan terhadap memahami sudut yang paling memerlukan sokongan. Berdasarkan tinjauan ke atas 158 peserta dengan diabetes yang terdiri daripada berbilang jantina dan keturunan, tinjauan itu telah dilakukan secara dalam talian pada bulan Oktober 2020.


Mengenai Abbott: 

Abbott adalah pemimpin penjagaan kesihatan global yang membantu orang ramai untuk hidup lebih sempurna pada semua peringkat kehidupan. Portfolio teknologi pengubah hidup kami merangkumi spektrum penjagaan kesihatan, dengan perniagaan dan produk terkemuka dalam diagnostik, peranti perubatan, pemakanan dan ubat generik berjenama. Seramai 107,000 rakan sekerja kami melayani pelanggan di lebih daripada 160 negara.