Cara Memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Sehingga 15 Februari 2021 | Kalau sesiapa yang mengikuti pembentangan Belanjawan 2021 tempoh hari pasti tertunggu berita bila agaknya Bantuan Prihatin Rakyat yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan akan dibuka.  

Kemaskini :

Permohonana Bantuan Prihatin Rakyat dilanjutkan hingga 25 Februari 2021

Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR adalah bantuan berbentuk wang tunai yang akan dinikmati oleh rakyat yang layak dengan menyasarkan semua golongan B40 sehinggalah golongan M40.  Namun kita harus tahu pemberian ini adalah berbez-beza bagi setiap kategori.

Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) akan menggantikan Program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang akan diperbaiki bagi membantu memberi manafaat kepada lebih kurang 8.1 rakyat yang memerlukan bantuan berbanding BSH terdahulu yang hanya seramai 4.3 juta orang sahaja yang layak berdasarkan syarat yang telah ditetapkan.. Peruntukan 6.5 billion akan disalurkan bagi tujuan BPR berbanding dengan peruntukan 4.5 billion di bawah BSH.

 

Jumlah Bantuan Prihatin Rakyat 2021



Syarat Kelayakan Memohon BPR 2021


Pemohonan Kategori Isirumah

  • Pemohon haruslah warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia SAHAJA
  • Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malasia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah


Pasangan 

  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR/MyKAS)
  • Bukan warganegara Malaysia (selain pengenalan (MyPR/MyKAS)


Anak

  • Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja, dan
  • Warganegara (MyPR/MyKAS) sahaja, dan
  • Tidak bekerja atau tiada pendapatan yang berumur 17 tahun dan ke bawah atau 18 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta

Permohonan Kategori Bujang

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlan pendapatan kasar bulanan (RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 18 tahun hingga 59 tahun)


Cara Membuat Permohonan Dan Mengemaskini Bagi Memohon BPR 2021


1. Memohon BPR 2021 secara atas talian
  • Masuk ke laman MyBPR https://bpr.hasil.gov.my.  Klik “Permohonan Baru”
  • Di bahagian Permohonan masukkan no MyKad , kemudian tekan butang Semak untuk membuat semakan
  • Tekan Ya
  • Langkah seterusnya, kena ikut mesej yang anda dapat.  Sistem akan meminta anda untuk mengikut langkah seterusnya untuk mengemaskini permohonan BPR

Anda boleh memohon melalui beberapa cara bermula 15 Januari  2021 sehingga 15 Februari 2021.


Selain dari itu ada cara lain yang boleh anda lakukan bagi membuat permohonan iaitu 


2. Permohonan secara manual dengan memuat turun borang permohonan dan dihantar ke pejabat LHDN berdekatan.

Klik untuk muatturun Borang Permohonan BPR 2021


3. Hadir Ke Pejabat LHDN atau PEjabat Khidmata Hasil LHDNM dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Pastikan anda hadir dengan borang permohonan yang telah sedia diisi dengan tetap beserta dokumen sokongan.


Untuk makluman : Pembayaran akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri