Resepi Nasi Tomato Dengan Ayam Masak Merah Mudah Dan Sedap Memikat

by - January 17, 2021

Resepi Nasi Tomato Dengan Ayam Masak Merah Mudah Dan Sedap Memikat | Rindu nak pergi kenduri kahwin dengan sajian nasi tomato atau nasi minyak terlaksana bila dapat membuat sendiri Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Mudah Dan Sedap Memikat yang boleh dimakan bukan sepinggan dua tapi berpinggan-pinggan tanpa perlu tengok orang keliling tapi lepas tu kena naik ke penimbang hehee. Jom cuba resepi mudah dan sedap memikat ni yang pasti tak mengecewakan.

Kalau makan nasi tomato memang tak sah kalau tidak lengkap dengan regunya antaranya ayam masak merah, jelatah timun, dan bertambah sedap kalau dapat makan timun dengan tartar sos. Ni kalau makan nasi tomato ni mertua lalu pun kita tak nampak.

Dah bertahun tak buat nasi tomato dan kali terakhir waktu Allahyarham abah ada berkunjung ke rumah. Suka sungguh abah makan hidangan nasi tomato sambil kami bersantai berborak..ahh rindunya.

Resepi Nasi Tomato Dan Resepi Ayam Masak Merah Sedap Dan Mudah

Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Mudah Dan Sedap Memikat


Bahan-Bahan:
4 cawan beras basmati, dicuci dan direndam dalam 30 minit
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
1 helai daun pandan
4 biji bawang merah, hiris nipis
3 ulas bawang putih,hiris nipis
1 inci halia, hiris nipis
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 tangkai bunga cengkih
1 batang serai
3 cawan beras
4 ½ cawan air
½ cawan susu cair
3-5 sudu besar puri tomato 
½ cawan kismis
garam secukup rasa


Cara-cara untuk masak nasi tomato:
  • Basuh beras dan toskan. Panaskan minyak sapi di dalam kuali bersama minyak masak.
  • Tumiskan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan dalam kuari sehingga naik wangi.
  • Masukkan beras bersama air, masak seketika dalm 2 minit
  • Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi dan masukkan susu cair
  • Masukkan tomato puri, kismis dan garam secukupnya. Kacau biar rata dan sebati dengan beras.  Tutup periuk dan masak seperti biasa

Nota :
  • Ada yang suka letak kacang pis tapi stok tiada, jadinya kismis pun sudah memadai.
  • Hidangkan nasi tomato dengan hirisan daun bawang/ daun sup, bawang goreng ikut kesukaan


Resepi Ayam Masak Merah


Resepi Nasi Tomato Dan Resepi Ayam Masak Merah Sedap Dan Mudah


Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
20 tangkai cili kering, dikisar
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 inci halia
1 batang serai (diketuk)
4 sudu besar tomato puree
3 sudu sos tomato 
1 cawan air putih
Garam dan gula secukupnya
Sebiji bawang besar (dipotong bulat)
daun sup / daun bawang


Cara membuatnya:
  • Ayam dibersihkan dan dipotong kecil (ikut kesukaan) dan digaul dengan garam dan kunyit.  Biarkan seketika dan digoreng separuh masuk.  Angkat dan ketepikan
  • Sementara ayam belum habis digoreng, kisar bawang putih, bawang merah, bawang besar dan halia.
  • Panaskan minyak, tumiskan serai yang diketuk dan bahan yang dikisar sehingga naik wangi dan masukkan cili kisar serta sedikit air dan tumiskan hingga benar-benar masak. 
  • Bila cili sudah masak, masukkan sedikit gula, kacau dan kemudian masukkan  tomato puree dan sos tomato, renih dengan api sederhana.
  • Masukkan ayam dan bawang kuning dan digaul  biar sos sebati dan meyaluti kesemua bahagian ayam.  Dimasak jangan terlalu kering. Akhir sekali, perasakan dengan sedikit garam dan tutup api.
  • Masukkan gula dan garam secukupnya.
  • Sewaktu dihidang boleh tabur daun bawang atau daun sup dan dimakan dengan nasi tomato.

Nota:
Ada yang suka masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang sewaktu ditumis tapi saya kurang menggemari baunya yang akan mengambil alih wangi sos, jadikan saya tak letak


Resepi Acar Timun Mentah


Resepi Nasi Tomato Dan Resepi Ayam Masak Merah Sedap Dan Mudah


bahan-bahan:
1 biji timun
1 biji lobak merah
1 biji cili merah
3 biji cili api
3 sudu cuka
1 sudu kecil gula
sedikit garam


Cara penyediaan:
  • Potong timun dan lobak ikut memanjang dalam 2 inci.  Isi tengah timun dibuang. Cili merah dan cili api dihiris dan kemudian campurkan kesemua bahan bersama cuka, gula dan garam secukup rasa.


Baca artikel menarik dibawah





You May Also Like

1 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!