SOP PKP 2.0 Perkara Penting Yang Harus Kita Tahu | Kita semua mengharap 2021 akan memberi sinar dan Covid19 ni nyah dari bumi Malaysia dan seluruh dunia nampaknya meleset. Saban hari kita menyaksikan jumlah mereka yang positif Covid-19 ni semakin menaik ke 4 angka dan tidak nampak angka tersebut akan turun malahan sehari sebelum pengumuman PM, kes meningkat ke 3,309 kes dan kita dah boleh agak akan PKP 2.0 dikuatkuasakan.


KEMASKINI 

10 Feb : Boleh makan di kedai makan/restoran dengan 2 orang semeja dengan pematuhan SOP

4 Feb : kedai gunting rambut, kedai cuci kereta dibolehkan beroperasi sehingga jam 10 malam manakala pasar malam beroperasi dari 4 petang hingga 10 malam

2 Feb : PKP 2.0 dilanjutkan ke 18 Februari dilanjutkan di seluruh negara kecuali Sarawak yang kini dikuatkuasakan PKP Bersyarat (PKPB).

29 Jan : Kedai runcit, kedai serbaneka, farmasi, kedai keperluan harian, kedai makanan haiwan, kedai dobi serta kedai cermin mata dilanjutkan sehingga 10 malam 

21 Jan : kedai makan dibolehkan beroperasi sehingga jam 10 malam dengan pematuhan SOP

Jan: Kedai dobi layan diri dibenarkan beroperasi dengan syarat pekerja memantau pematuhan SOP



kes pada 13 Januari 2021

Jadinya PM dah pun umumkan PKP bermula 13 Januari 2021 mulai 12:01 pagi sehingga 26 Januari jam 11:59 malam bagi Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Melaka, 

Manakala PKP Bersyarat (PKPB) di enam negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan dan PKPP bagi Perlis & Sarawak

PKP 2.0 Perkara Penting Yang Harus Kita Tahu

PDRM akan melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempatan jangkitan dengan bantuan ATM, APM & RELA. Laluan keluar masuk kawasan PKP ditutup dan akan dikawal.

Semua penduduk di dalam kawasan PKP TIDAK DIBENARKAN keluar dari kediaman/tempat tinggal masing-masing kecuali:

  • 02 orang wakil dibenarkan untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat, penokok diet dan keperluan asas dalam jarak tidak melebihi 10 kilometer dari kediaman ATAU ke tempat paling hampir dengan kediaman sekiranya bekalan keperluan tersebut tiada di dalam jarak 10 kilometer dari kediaman; 
  • maksimum 03 orang termasuk pesakit dibenarkan untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan jarak tidak melebihi 10 kilometer dari kediaman atau ke tempat paling hampir dengannya sekiranya perkhidmatan kesihatan atau perubatan tersebut tiada dalam jarak 10 kilometer dari kediamannya.
  • Pusat asuhan kanak-kanak, Taska, tabika dan tadika berlesen dibenarkan beroperasi 
    • Aktiviti jogging dibenarkan dalam kumpulan tidak melebihi 2 orang hanya di dalam kawasan kejiranan sahaja dan aktiviti berbasikal secara berseorangan tidak melebihi 10 km dari tempat kediaman.
    • Aktiviti Masjid/Surau dan rumah-rumah ibadat - bagi tujuan pengurusan masjid/surau dan rumah-rumah ibadat, ahli jawatankuasa dibenarkan hadir seramai 5 orang.
    • Solat Jumaat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dibenarkan maksimum seramai 30 orang manakala di negeri Selangor, Pulau Pinang tertakluk kepada pihak Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri.
    • Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka DIBENARKAN beroperasi antara 6.00 pagi hingga 8.00 tengah malam.
    • Aktiviti pembekalan atau penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja bermula jam 6:00 pagi sehingga 8:00 malam.
    • Hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran beroperasi.
    • Kedai farmasi boleh beroperasi dari jam 6:00 pagi hingga 8:00 malam.
    • Kedai keperluan harian boleh beroperasi dari jam 6:00 pagi hingga 8:00 malam.
    • Stesen Minyak boleh beroperasi dari jam 6:00 pagi sehingga 10:00 malam kecuali stesen minyak di lebuhraya boleh beroperasi sehingga 24 jam.
    • Pasar harian dan pasar tani boleh beroperasi dari jam 7:00 pagi hingga 2:00 petang
    • Pasar Borong boleh beroperasi dari jam 12:00 pagi sehingga 6:00 pagi dan 11:00 pagi sehingga 4:00 petang.
    • Klinik dan Kedai Makanan Haiwan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam.
    • Kedai Dobi kecuali dobi layan diri dibenarkan beroperasi dari jam 6:00 pagi hingga 8:00 malam
    • Pelajar dan calon yang menduduki SPM tahun 2020 dan 2021, STPM , SVM, STAM, SKM, DVM, Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 dan peperiksaan antarabangsa yang setara dibenarkan hadir ke sekolah merentasi kawasan PKP atau PKPB atau PKPP mengikut takwim persekolahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan dokumen pengesahan daripada KPM dan pergerakan pergi dan balik ke sekolah boleh ditemani oleh seorang penjaga.
    • Kolej matrikulasi dibenarkan dalam tempoh PKP. Pelajar yang berada di sekolah berasrama / universiti /institusi dibenarkan untuk berada di sekolah berasrama / universiti / institusi tersebut dan meneruskan pembelajaran secara hibrid.
    • Pelajar yang berkeperluan perlu mendapatkan surat kebenaran pergerakan bagi merentas negeri atau daerah untuk pulang ke kampus dari IPT berkenaan.
    • Pergerakan dalam/keluar-masuk kawasan PKP bagi kes kecemasan seperti kematian, bencana alam dibenarkan.


    Semua aktiviti selain daripada yang tersenarai dalam SENARAI PERKHIDMATAN PERLU adalah TIDAK DIBENARKAN.

    Kebenaran operasi dan pergerakan bagi perkhidmatan perlu
    • Semua sektor dalam senarai perkhidmatan perlu yang berdaftar dengan Kementerian / Agensi yang berkaitan boleh beroperasi dalam tempoh PKP tertakluk kepada pendaftaran / surat kelulusan beroperasi dan pas pekerja/surat pengesahan majikan.
    • Pergerakan urusan rasmi Kerajaan perlu disertai oleh dokumen pengesahan majikan.
    • Kapasiti kehadiran pekerja bagi perkhidmatan perlu terhad kepada pekerja yang perlu hadir secara fizikal ke tempat kerja bagi tujuan melaksanakan tugas dan kategori pekerja lain dalam perkhidmatan perlu boleh bekerja dari rumah. 



    Senarai Aktiviti Yang TIDAK DIBENARKAN (Negative List)

    • Aktiviti Ekonomi seperti Operasi pasar malam dan Bazar Larut Malam, Operasi kedai pakaian, dobi layan diri, kedai cermin mata, gunting rambut, salon, SPA dan refleksologi, Kelas tuisyen, kelas muzik, kelas tarian, seni, kelas mengaji, kelas bahasa dan sebagainya.
    • Aktiviti di kelab malam atau pub, taman tema, indoor playground, karaoke keluarga dan panggung wayang, konsert atau acara langsung.
    • Mesyuarat bersemuka agensi Kerajaan dan swasta melibatkan kehadiran wakil agensi luar dan boleh dilaksanakan secara sidang video.
    • Semua Seminar/ Bengkel / Kursus/ Latihan/ Persidangan/Ceramah/Pameran dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE).
    • Penganjuran Majlis Keramaian - Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta, Majlis Sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial.
    • Semua aktiviti sukan  dan riadah KECUALI aktiviti jogging dan berbasikal seperti yang dinyatakan di dalam SOP ini. 
    • Aktiviti pelancongan ke luar/masuk kawasan PKP dan di kawasan PKPD oleh warganegara dan  aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia kecuali pelancong asing daripada negara sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri.
    • Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan. 

    Nota :
    Lain-lain perkara yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.