Tonton Drama The Maid Online Ep 1 Hingga Ep 10 | Drama baru The Maid mengisahka suami berpoligami empat isteri dan setiap seorang isteri mempunyai seorang pembantu rumah dengan genre komedi thriller akan mula ditayangkan hari ni 6 Januari pada setiap Rabu bermula jam 9 malam di Astro Ria  (saluran 104).

Drama The Maid
Tonton Drama The Maid Online Ep 1 Hingga Ep 10


Drama arahan pengarah Helmi Yusof dibawah produksi Juita Viden ini disiarkan di Astro Ria & Ria HD.

Pelakon/Watak : 

Norman Hakim (Jayden), Sherry Al Hadad (Suhana), Mira Filzah (Elisa), Eina Azman (Nadia), Ezzaty Abdullah (Fika), Siti Khadijah Halim (Citra), Zarina Zainoordin, Isha Norsham, Nadya Syahera (Juju), Ieda Moin (Kak Mel), Fad Anuar (Jamal Badri, Andy Teh (Bahar), Nabil Aqil (Remy)


Sinopsis The Maid

Mengisahkan seorang lelaki bernama Jay seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jay dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.

Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.

Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri-isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra muncul sebagai pembantu rumah yang baru.

Siapakah dalang di sebalik kematian Elisa?


Anda boleh tonton kesemua episod di www.gempak.com