Pengalaman Bertutur Bahasa Asing Tidak Mudah Tapi Yang Penting Difahami  | Saya tak tonton pun tiktok si DJ Hitz FM Sarawak yang mempersendakan guru yang mengajar mata pelajaran Sains dalam bahasa Inggeris di DidikTV. Dapat tau pun masa jengah Twitter lepas dah viral sakan. 

Kisah guru kena kecam tu mengingatkan saya waktu saya dah grad kelas bahasa Jerman (Deutsch) di Geothe Insititue kat Kuala Lumpur. Guru bahasa Jerman (Deutsch) pulak kalau tak silap nama dia Frau (Miss) Chin, orang Malaysia berbangsa Tionghua yang sangat tegas dan lidah memang lidah Jerman habis. Memang kecut la jugak bila masuk kelas dia tu sebab nak kenal mana masculine, feminine dan neuter yang merupakan gender dalam bahasa Jerman. 

Tawaran ke kelas Jerman ni ditaja sepenuhnya oleh boss kesayangan buat staff kesayangan dan beberapa orang yang dipilih untuk join dan siap dikredit sebagai overtime lagi. Kisahnya ni nak saya  faham serba sedikit dan boleh bertutur dalam Jerman sebab dia sendiri belajar bahasa Melayu dan Mandarin.  

Pengalaman Bertutur Bahasa Asing Tidak Mudah Tapi Yang Penting Difahami 

Nak jadi satu petang tu bila Schmit (lupa dah nama penuh mamat ni)  salah seorang engineer Jerman cuba nak menduga kebijaksanaan saya dengan menyuruh saya menyebut nombor 1 hingga 10 dalam bahasa Jerman.

Alah..kacang jer tu kata hati saya dan dengan confident tinggi saya menyebut satu-satu.  Okay ni lidah orang Melayu ya bukan lidah orang Jerman ala-ala slang Filipina hahaa

eins

zwei

drei

vier

funf

si engineer mula senyum-senyum kambing..tapi saya teruskan juga walau hati terdetak apasai la si mamat ni dok senyum.

sechs

sieben 

acht

neun

zehn

habis je saya sebut sampai 10, dia suruh saya ulang no 6 berkali-kali dan bila saya sebut jer terbahak-bahak dia ketawa dan muka saya yang putih Melayu ni merah la jugak sebab malu sebab dalam hati sebut no 6...cisss geram ahh bukan takat merah muka tapi dengan kembang telinga bagai anak gajah. Memang kurang hasam betul la tapi sejak tu memang saya jadi expert. Malu memang la malu tapi mujur kami-kami jer dalam ofis tu.

Tu belum lagi kalau dia dengar saya membaca dalam bahasa Jerman, mau dia ketawa tergolek-golek sampai turun tangga spiral kat ofis tu

Bertutur Bahasa Asing Tidak Mudah Tapi Yang Penting Difahami 

Ok, ni sijil pertama kelas bahasa Jerman yang saya dah lulus dan sijil kedua entah mana pulak letaknya. Lepas kelas bahasa Jerman,  Erwin hantar pulak saya ke kelas bahasa Inggeris di British Council sebab English saya dah tunggang terbalik sebab bahasa Jerman kah? kah kah!

Tapi sekarang memang bahasa Jerman saya bukan lagi kelaut tapi dah hilang dari radar jadi jangan nak tanya dah ya..hehe

Baca juga - Erwin the best boss ever

Kisah bahasa ni bermula awal lagi masa ada seorang staf kacukan British Melayu nama Johari Omar yang juga boleh bertutur bahasa Jerman dan kalau tak silap masih belajar lagi. Paling kesian sebab Erwin si boss besar yang umpama bapa saya tu memang tak serasi dengan dia ni dan kerap bertelingkah dengan si anak gajah ni (panggilan untuk Johari). Dia sendiri mengaku dia anak gajah sebab chubby dan ala-ala si Harith Iskander pun ada. Haha. 

So saya pun jadi orang tengah, mendengar bebelan si Johari setiap waktu lunch yang tak puas hati. Pertelingkahan diaorang ni semua orang tahu sebab dah la ofis tu open space atau mungkin sebab Erwin ni tak berapa ngam dengan orang English sama kot.  Kesian jugak kat Johari ni dan kami lost contact lepas dia berhenti kerja. Apa yang best Erwin ni boss yang jenis marah yang tak simpan dan lepas tu dia akan back to normal macam saya dengan dia jugak la.  Kalau dia nampak salah saya, dia akan jerit nama saya dengan penuh dan kalau dia salah saya pulak akan jerit nama penuh dia.  

Rindu? ya..sangat rindu zaman ni sebab ada boss yang anggap saya macam anak dan hanya dia yang panggil saya Binti dan engineer lain atau manager lain tak dibenarkan.  

Baca juga - Trip ke Berlin Yang Tak Dijangka

Ada kisah lagi tentang bahasa asing ni bukan itu sahaja tapi ada kisah staff berbangsa Tionghua yang memang Mandarin tu bahasa bualan harian dia pun kena kecam serta kritik dengan Li Jun (Asst Manager) asal Beijing ni.  Tu dah sah-sah Mandarin tu bahasa pertuturan seharian si Helen, tu ni pun dikatakan tak betul  bla bla bla. Memang nak bernanah telinga dengar bila dengan Li Jun ni komen siap dengan reaksi muka lagi hahaa.

Apa yang pasti loghat dan gaya pertuturan kita tak akan sama walau kita punya sijil bahasa kelas 1 ke kelas paling tinggi pun tetap tak akan sama! 

Apatahlagi bila kita bertutur bahasa asing yang bukan bahasa kita sejak kecil. Dah sah lidah makan tempe dan belacan dan memang duduk dalam negara sendiri memang sah bunyi dipthong tak akan sama! Paling penting orang akan faham pun sudah mencukupi sebabnya kita bercakap bukan sebagai wakil negara di peringkat antarabangsa.

Bertutur Bahasa Asing Tidak Mudah Tapi Yang Penting Difahami, itu pendapat saya dan mungkin tidak pada pendapat orang lain dan kalau kita sekadar boleh betutur untuk tujuan travel dan bukan sebagai wakil syarikat atau wakil peringkat antarabangsa tu, cukup memadai sekiranya difahami dan memahami..kan