IDW Merealisasikan Reka Bentuk Dalaman Untuk Rumah Idaman Dengan Jimat Kos | Memang bukan murah untuk mendapatkan khidmat ID professional yang cukup bijak menzahirkan rekaan untuk rumah kita apatah lagi rumah masakini cukup terhad ruangannya dan serba serbi kecil. Jadinya saya dan anak-anak cuma menyusun atur rekaan dalaman rumah dengan melihat social media lebih kepada try and error gitu.

 IDW Merealisasikan Reka Bentuk Dalaman Untuk Rumah Idaman Dengan Jimat Kos

Bila buku IDW ni sampai, memang cukup teruja bila melihat helaian demi helaian rekaan dalaman dari naskah IDW yang memberikan inspirasi dengan 200 rekaan untuk pelbagai ruang berserta floor plan yang mungkin boleh menjadi kenyataan di rumah sendiri. Boleh la jimat kos sedikit untuk kos ID kan. Bukan itu saja, pemilik syarikat yang masih tercari-cari design untuk ruang pejabat pun ada dalam buku yang cukup ekslusif ini.

 IDW Merealisasikan Reka Bentuk Dalaman Untuk Rumah Idaman Dengan Jimat Kos

Dalam buku IDW ini, terdapat selitan cerita bagaimana pasangan suami isteri, IDr Hj Lokman Hakim Ahmad Subki dan IDr Hjh Rabiatul Adawiyah Rasol yang punya minat yang sama  melibatkan diri dalam bidang rekaan dalaman. Memang  cukup memberi inspirasi kepada saya betapa kuat dan tabah mereka menempuh dugaan, jatuh bangun dalam bidang yang diceburi bersama dari mula hingga kini. 


Cabaran Membina IDW

IDW Design & Build (IDW) ditubuhkan pada tahun 2007 setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai RM1.1 juta ketika kedua mereka baru menamatkan  pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan berusia hanya 21 tahun.

Kemudian mereka ditawarkan projek reka bentuk kolej yang bernilai RM70k yang mengambil masa selama setahun untuk disiapkan di waktu mereka berusia 23 tahun. Namun disebabkan pengalaman yang kurang dan tambahan pula usia kedua mereka masih muda, pasangan ini kerap ditipu oleh kontraktor dan berhadapan dengan bebanan hutang.

Walaubagaimanapun kedua pasangan ini mempunyai tekad dan keazaman yang kuat menjadi pembakar semangat untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana, dan seterusnya ke peringkat Sarjana dan dalam masa yang sama menguruskan perniagaan IDW.

Lokman Hakim yang merupakan Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di Sarjana akibat kurang memberikan komitmen masa dalam pembelajaran.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 setelah mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan dan terus berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan, dan akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian. Namun keduanya tetapkan tekad membina empayar IDW walaupun terus berdepan pelbagai cabaran dan rintangan serta menanggung liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor.


Tragedi Kebakaran Penguat Semangat

Pada tahun 2017, berlaku tragedi kebakaran IDW New Zealand yang hampir meragut nyawa Lokman Hakim dan keluarga apabila rumah penginapan ketika percutian keluarga hangus dijilat api. Pengalaman ngeri ini juga membuka minda Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW.

Bertitik tolak dari tragedi itu, menjadi ‘push factor’ untuk pasangan ini mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW. Mereka bertekad  untuk membantu 1 juta pemilik kediaman memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna


Rezeki Dari Fenomena COVID 

Sememangnya tahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara dan juga seluruh dunia dengan penyebaran virus COVID. Akibatnya seluruh negara berhadapan ‘total lock down’ dan semua individu hanya duduk di rumah. 

Dengan mengambil sikap sentiasa bersedia mendepani apa juga cabaran, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan seluruh team IDW terus bersedia dengan sebarang kemungkinan dengan terus fokus, mengkaji apa yang berkemungkinan yang sukar diramal dan bersiap sedia untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik.

Perlaksanaan arahan kawalan pergerakan memberi rezeki dan permintaan orang ramai yang ingin mencantikkan ruang kediaman semakin meningat kerana mereka mahukan ruang kediaman yang cantik, tidak membosankan serta selesa untuk bekerja, belajar dan menghabiskan masa bersama keluarga.

Rezeki dari fenomena Covid dengan new normal ini terus mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection.


Servis Eksklusif dan Harga Yang Perlu Dibayar 

IDW, jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini berjaya mencipta ruang tampil mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan dengan keberkesanan IDW dalam menzahirkan rekaan yang menepati cita rasa pelanggan, membuktikan setiap pelaburan pelanggan adalah berbaloi dengan hasil yang diperolehi. Malahan, IDW sebolehnya berusaha untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenal pasti cita rasa dan rekaan yang berkualiti.

Servis reka bentuk di IDW bermula dari RM6k kadangkala mengehadkan kesedaran kepada semua pemilik dan dengan adanya Design Collection, IDW berusaha membantu merealisasikan impian dengan tawaran harga yang sangat mampu milik.

Kini, buku Design Collection menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi

 IDW Merealisasikan Reka Bentuk Dalaman Untuk Rumah Idaman Dengan Jimat Kos


Realisasikan Impian Dekorasi Rumah Dengan Buku IDW

Secara jujurnya, saya sangat syorkan setiap orang wajar mendapatkan buku IDW yang pastinya mampu memberi idea untuk menatarias ruangan dalam rumah seperti yang diingini. Tambahan pula buku IDW ni pasti akan dapat mengurangkan kos konsultansi pereka dalaman apatah lagi rata-rata kita mempunyai sumber kewangan terhad. Dengan tawaran 200 reka bentuk dan gaya untuk keseluruhan ruang dalam rumah, buku ini pasti dapat realisasikan impian dekorasi rumah dengan buku IDW ini. 

Buku yang cukup lengkap untuk sebuah rumah! Buku yang menawarkan kepelbagaian dalam menghias setiap ruangan dalam rumah dan kalau jenuh nak pegang buku, anda boleh scan QR code dan laju jer scroll dan swipe design melalui telefon pintar anda!

Memang tak keterlaluan untuk saya katakan buku IDW ni memang menyajikan best inerior design in Malaysia dari gaya minimalis house design, modern house interior, boho room decor, bohemian decor, contemporary interior design dengan cukup perasanya.

Anda boleh dapatkan "PLUG & PLAY" Interior Design Book pertama di Malaysia ini yang berharga RM2897 dengan harga PROMO RAYA iaitu RM397 sahaja!

Untuk mendapatkan keterangan lanjut atau ingin memiliki buku design Collection IDW ini, anda boleh layari https://idw.design/idw-collection-design/ atau jengah Instagram IDW di @idw.design