Tonton Drama Tak Sempurna Mencintaimu Online Episod 1 Hingga Episod 28

by - March 30, 2021

Tonton 

Drama Tak Sempurna Mencintaimu yang diadaptasi dari novel karya Rehan Makhtar telah pun bersiaran sejak 29 Mac yang lalu di slot Akasia TV3 jam 7 malam dari hari Isnin hingga Ahad. Drama dengan 28 episod ini menggandingkan Redza Rosli, Intan Najuwa, Fendy Bakry, Wan Maimunah dan ramai lagi

Tonton Drama Tak Sempurna Mencintaimu Online Episod 1 Hingga Episod 28

Pelakon : Redza Rosli, Intan Najuwa, Rita Nadira, Aniq Suhair, Wan Maimunah, Fendy Bakry, Dato Tamimi Siregar, Lydiawati, Azzarima, Mak ah, Fendi Seman, Nafiez Zaidi, Ali Redza, Shah Khan, Asha Merican, Naim Shamshol

Penulis Skrip : Eja Lorena, Marr Mohamad, Lynnda Sharuddin, Mfid Suhaimi

Pengarah : Emi Suffian

Produksi : Zeel Production Sdn Bhd


Barisan Pelakon / Watak Lakonan

Redza Rosli sebagai Mustaqim

Intan Najuwa sebagai Siratul

Rita Nadira sebagai Melissa

Aniq Suhair sebagai Safwan

Fendy Bakry sebagai Epul

Nafiez Zaidi sebagai Fiqri

Azza Elite sebagai Kak Siti

Ali Reza sebagai Kyle

Shah Khan sebagai Kuca

Scha Elinnea sebagai Mawardah 

Naim Shamshol sebagai Rudy


Lagu Tema / OST 

Khai Bahar - Durja


Sinopsis Drama Tak Sempurna Mencintaimu

Episod 1

Siratul gadis kampung yang mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga selepas kematian ayahnya. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini keadaan kesihatan emaknya pula agak teruk. Safwan adiknya baru tamat SPM dan kini bekerja di sebuah pasaraya yang berdekatan dengan rumah untuk bantu ringankan beban kakaknya. Hari itu, Sirat minta tolong Wan belikan barang keperluan dapur. Tapi malangnya, dia terima panggilan mengatakan Wan terlibat dalam kemalangan. Tak tunggu lama Sirat bergegas ke lokasi kejadian. Mustaqim bengang melihat keadaan motor Ducatinya yang telah dilanggar. Lagi menyakitkan hati bila budak lelaki yang melanggarnya tak ada lesen memandu dan roadtax motor. Sebaik saja Sirat sampai di tempat kejadian, berlaku pertengkaran mulut antara Sirat dan Taqim.


Tonton Online Drama Tak Sempurna Mencintaimu - Episod 1 Hingga Episod 28


Sinopsis Novel Tak Sempurna Mencintaimu


Sinopsis Novel Tak Sempurna Mencintaimu

Pertemuan antara mata redup dan mata kuyu itu tidak indah. Ia menyakitkan. Hinggakan si mata redup mahu lupakan segalanya dan tidak mahu terhutang apa-apa. Sebaliknya pula pada pemilik mata kuyu itu. Selagi gadis bernama Siratul itu belum selesaikan hutangnya, dia tak akan biarkan gadis itu begitu sahaja. Ya, katalah dia kejam. Kenyataannya, memang dunia ini kejam! Dia juga pernah menjadi mangsa.

"Kau sindir aku lagi, kan?" -MUSTAQIM

"Tak... kalau betul koyak, saya nak tolong jahitkan" -SIRATUL

Wajah, lirik mata dan kata-kata Siratul kedengaran begitu jengkel pada pendengaran Mustaqim. Tapi entah mengapa... Yang jengkel itulah yang dia mahu pandang, yang mahu dia tatap dan mahu dia dengar.

"Aku buat kau gila dekat aku. Baru kau tahu..." -MUSTAQIM

"Memang dasar orang gila!" -SIRATUL

Hingga satu hari, bila Siratul mula membuka hati... Lelaki itu berdusta dengannya. Dia marah kerana rasa sayang yang mula bercambah.

"Kau beli adik aku dengan duit dan kau jangan ingat, kau mampu beli aku dengan duit kau!" -SIRATUL

"Bukan niat aku nak sakiti kau, Siratul..." -MUSTAQIM

Mustaqim bingung. Tak... Dia merancang yang indah sebenarnya. Kerana dihalau pergi, dia berlalu bersama cinta yang wujud buat pertama kali dalam hati.

Akhirnya, Siratul mengerti tentang apa yang telah Mustaqim lalui sepuluh tahun dulu hingga meninggalkan parut dalam angkara cinta yang dusta yang memaksa dia menjadi yatim piatu sebelum waktu. Cinta dusta yang menghantui hingga kini.

"Kalau dia tu, pedang yang menghunus... saya akan jadi perisai yang bantu awak bertahan." -SIRATUL

Tapi, benarlah. Merancang itu percuma tapi ketentuan boleh jadi berbeza. Mustaqim sekali lagi bertarung dengan ujian bila antara dia, Siratul dan Melisa... Hanya dipisahkan oleh satu garisan halus bernama kematian.

"You pergi dulu, Taqim. I akan menyusul..." -MELISA

"Tak bahagia di dunia, kau akan bahagia di syurga..." -SIRATUL

"Maafkan aku sebab dah bawa cinta tak sempurna dalam hidup kau..." -MUSTAQIM

Nyawa mereka berdua bagai di hujung helaan. Mustaqim bangkit bersama sisa-sisa nafas yang ada demi Siratul. Namum adakah dia masih gagah untuk menghayun pedang melawan ujian itu bula perisainya tumbang? Dia sendiri tak pasti


Baca online novel Tak Sempurna Mencintaimu - Episod 1 Hingga Episod 15


You May Also Like

1 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!