Sajian Tradisi Melayu Semarak Rasa Ramadan Di WTCKL

by - March 30, 2021

Sajian Tradisi Melayu Semarak Rasa Ramadan Di WTCKL | Walau sesibuk mana pun kita namun tidak menghalang kita dari menikmati sajian citarasa kampung yang pasti menggamit nostalgia berbuka puasa bersama keluarga tercinta di kampung halaman.  Dengan itu, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) masih lagi mengekalkan konsep masakan tradisi Melayu bertemakan "Semarak Rasa Ramadan" bagi tahun ini.

Sajian Tradisi Melayu Semarak Rasa Ramadan Di WTCKL

Sebanyak 200 jenis juadah akan disajikan kepada para pengunjung sepanjang bufet berlangsung bermula 15 April 2021 di Aras 2, Ruang Legar Putra.  Istimewanya Ramadan kali ini WTCKL akan berkolaborasi bersama chef terkenal, Chef Anis Nabilah yang akan tampil berkongsi reseipi air tangannya.  Antara resepi yang bakal dikongsikan ialah Murtabak Lasagne, Laksa Goreng dan Rendang Rusuk Lembu sebagai tarikan utama bufet Semarak Rasa ramadan tahun in.  Chef Anis Nabilah dikenali melalui rancanga Icip-icip, Kuali Bujang, Rasa-rasa, Eating Wild, My Taste of Hong yang tersiar di pelbagai saluran televisyen dalam dan luar negara.

Sajian Tradisi Melayu Semarak Rasa Ramadan Di WTCKL

Pihak WTCKL juga turut menyediakan tawaran baucar pembelian awal 'Early Bird' di mana pengunjung yang membeli baucar Ramadan sebelum 15 April 2021 hanya perlu membayar sebanyak RM70.00 setiap stau dan baucar ini boleh digunakan sehingga akhir bufet Ramadan iaitu 10 Mei 2021.


Sajian Tradisi Melayu Semarak Rasa Ramadan Di WTCKL

Selepas 15 April 2021, bufet Ramadan boleh didapati dengan harga serendah RM80.00 seorang untuk dewasa dan RM45.00 seorang untuk kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 12 tahun dan warga emas yang berumur 60 tahun keatas.  Para pengunjung juga boleh mendapatkan baucer serta pelbagai tawaran menarik atas talian melalui aplikasi Fave, PrestoMall, Shopee, Lazada dan kedai atas talian Riverside Cafe and Restaurant.

Sajian Tradisi Melayu Semarak Rasa Ramadan Di WTCKL

Pasukan chef WTCKL yang diketuai Eksekutif Chef Suzaini Mohamed Salih akan menghidangkan menu istimewa masakan ala kampung buat peara pengunjung yang hadir.  Menu ini akan ditukar setipa minggu untuk memberikan variasi pilihan kepada para pelanggan.  Anar menu yang bakal memikat selera pengunjung pada tahun ini ialah Ikan Kerisi Goreng Sambl Hijau, Kambing Rendang Minang, Daging Gulai Kawah, Ikan Patin Tempoyayak Daun Keseom, Sotong MAsak Kari dengan Nenas dan Ayam Masak Kicap Pedas dengan So Hoon.  Selain itu, Bubur Lambuk, Masakan Asam Pedas dan Kambing Goreng Berempah turut dihidangkan

Antara hidangan lain yang turut bakal dihidangkan adalah pelbagai jenis ulaman, pelbagai jenis keropoi, jeruk-jeruk, 3 jenis ikan masin, 7 jenis sambal dan dressing serta 10 jenis kerabu yang pasti memikat selera semua.

Sajian Tradisi Melayu Semarak Rasa Ramadan Di WTCKL

Kaunter bufet turut menyediakan hidangan manisan dan pencuci mulut seperti aneka kuih-muih Melayu, 3 jenis kurma, bubur manis, aneka jeli, mousse & pudding dan pelbagai lagi.  Di samping itu, terdapat juga warung minuman sejuk dan panas yang menyediak Air Tebu, Air Mata Kucing, Air Cincau, Air Barli, Kopi Tarik dan Teh Tarik.

Menjadi tarikan setiap kali bufet berlangsung adalah 'Carving Station yang menyediakan kambing panggang setiap hari.  Daging kamping yang dipanggang lembut dan berjus ini dihidangkan bersama sos lada hitam dan sos cendawan semestinya mampu menambat slera ramai untuk menikmatinya.

Selain itu, para pengunjung boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah bersama Imam di Surau Ar-Rahman yang terletak di Aras 3 WTCKL.  Segala kelengkapan solat seperti telekung bagi kaum muslimah dan sejadah disediakan khas buat para pengunjung.

Pihak pengurusan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) jugak menyediakan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat dengan harga bermula dari RM120.00 seorang untuk tempahan minima 100 orang ke atas.  Pakej ini menyediakan hidangan bufet, dewan khas untuk berbuka puasa, sistem audio, penyediaan ruang soalt khas serta kadar parkir tetap bernilai RM5.00 bermula dari jam 6.00 petang.

Untuk sebarang tempahan atau pembelian baucer bufet Semark Rasa Ramadan @ WTCKL para pengunung boleh datang terus ke kaunter tempahan di Aras 2, Restorna Riverside yang akan dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang atau terus hubungi Restoran Riverside di talian 03-2614 6701/6702 tau hantar mesej kepada 6019 267 8960

Facebook : @WorldTradeCentreKualaLumpur | Instagram : @worldtradecentrekualalumpur

You May Also Like

4 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!