Kembali Eratkan Jalinan Tema Bufet Ramadan 2021 Di TH Hotel Kelana Jaya | Alhamdulillah, tahun 2021 suasana Ramadan tidak seperti tahun 2020, bila PKP dilaksanakan, tiada bazar Ramadan yang meriah dengan orang ramai teruja membeli juadah berbuka malahan kemeriahan berbuka puasa di restoran mahupun di hotel tidak langsung dibenarkan. 

Kembali Eratkan Jalinan Tema Bufet Ramadan 2021 Di TH Hotel Kelana Jaya

Syukur dan lega bila tahun ini walau masih dalam PKP, kehidupan dengan norma baru bagi menghindari penyebaran Covid 19, kerajaan telah membenarkan hotel beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan jadi pihak TH Hotel mengambil tema Kembali Eratkan Jalinan  bagi menggambarkan suasana waktu berbuka puaa yang dapat diraikan bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.

Alhamdulillah, tahun ini saya dan keluarga berkesempatan menikmati berbuka puasa di TH Hotel yang  menawarkan Bufet Ramadan dengan aneka pilihan masakan utama berasaskan pilihan tempatan seperti Nasi Putih, ayam Goreng Berempah, Ayam Masak Kurma, Rendang Abe Aji, Sayur Pucuk Paku Lemak Kuningm, Ikan Patin Tempoyak., Tulang Rawan Gulai Kawah, Daging Gulai Kawah, Asam Pedas Ikan Tenggiri dan banyak lagi.

Kembali Eratkan Jalinan Tema Bufet Ramadan 2021 Di TH Hotel Kelana Jaya

Sewaktu melangkah ke pintu masuk Dewan Melawati tu kami dah nampak Gerai Middle East, Gerai Char Kuew Teow dan Gerai Monggolian Beef di sebelah kiri dan di sebelah kiri pulak Gerai Goreng-Goreng Rangup dan Gerai Minuman Panas & Sejuk 

Kembali Eratkan Jalinan Tema Bufet Ramadan 2021 Di TH Hotel Kelana Jaya

Alhamdulillah dapat merasa daging kibas buat pertama kalinya yang mulanya saya ingatkan kambing golek tapi sebenarnya Kibas Golek! Memang sedap dan juicy, ditambah dengan pelbagai sos seperti  Mushroom Sos, Black Pepper Sos, Mint Sos dan Air Asam Bunga Kantan sebagai pilihan untuk digandingkan dengan daging kibas. 
Kembali Eratkan Jalinan Tema Bufet Ramadan 2021 Di TH Hotel Kelana Jaya

Ulam-ulam dengan sambal belacan, budu, cencaluk, jeruk buah-buahan, pelbagai keropok, kerabu kacang botol, kerabu ayam, kerabu mangga muda, kerabu pegaga, kerabu perut kerabut kacang panjang, telur masin, ikan masin dan banyak lagi

Kembali Eratkan Jalinan Tema Bufet Ramadan 2021 Di TH Hotel Kelana Jaya

Di bahagian pemanis mulut pula dihidangkan Sago Gula Melaka, Kuih Seri Muka, Kuih Koci, Pulut Panggang, Kuih Talam, Jelly Buah-Buahan Tempatan, Puding, Bubuer Lambuk, Bubur Kacang Hijau, Bubur Pulut Hitam dan banyak lagi.

Bufet Ramadan TH Hotel dibuka seetipa hari dari jam 6 petang hingga 10 malam bermula 14 April 2021 hingga 12 Mei 2021 dengan harga RM69.90 bersih bagi dewasa dan RM39.90 bagi kanak-kanak, warga emas dan OKU.

Chup! TH Hotel Kelana Jaya juga menawarkan Promosi Hari Gaji dengan harga RRM59.90 bersih untuk dewasa yang sah mulai 22 April sehingga 1 Mei 2021. Jadi jom la rebut peluang harga murah ni dan dapat rasa kesedapan daging kibas


Tentang TH Hotel Kelana Jaya

TH Hotel Kelana Jaya adalah anak syarikat milik penuh Lembaga Tabung Haji yang ditubuhkan pada 1 April 2013, yang diberi kepercayaan untuk menerajui penglibatan perniagaan kumpulan dalam industri perhotelan dan perkhidmatan.  TH Hotel Kelana Jaya berpegang teguh pada konsep 3C, Convenience, Comfort & Confidence.  Lokasi TH Hotel Kelana Jaya adalah bersebelahan dengan bangunan Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan TH Hotel Kelanaja Jaya, sila lawati www.thhotels.com.my atau hubungi di talian 03-7873 6297 atau ikut TH di Facebook  

Facebook : thhotel | IG  thhotel

Facebook : tahacafe |  IG : tahacafeofficial