Alhamdulilah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Sebenarnya blog INI telah sah beriklan dengan Adsense bila mendapat email pada 28 Februari 2021 tapi biasalah memang lewat nak update. Busy kononnya!  Keputusan saya untuk punya domain pada blog pertama sangat dipermudahkan baik dari pembelian hingga dipasangkan pada sweetsourleyra.blogspot.com ini.  Inilah nama blog dimana saya mula menulis dan berkongsi pelbagai caca merba untuk simpanan peribadi atau lebih kepada personal diari.

Kalau dulu diatas platform percuma blogspot, kini blog ini punya domain dan nama pun sudah berubah sebab di sini akan hanya ada resepi masakan dari #dapursweetsourleyra yang tiap-tiap hari kerjanya memasak seperti surirumah yang lain. Jadi tiada cerita lain selain perihal masakan alkisahnya.


Blog DapurSweetSourLeyra Dengan Niche Masakan Sah Adsense

Blog itu juga la kemudian di rebranding dengan domain umifuzy.com untuk selama 2 tahun lebih tapi entah dimana silapnya, dimana glitchnya hingga domain umifuzy.com tu tidak dapat dikenalpasti hingga kini dan  tidak boleh direnew dan akhirnya saya pasrah. Mujur selepas beberapa lama, blog ini dapat di akses dan kini bertukar untuk berkongsi masakan supaya anak-anak dan pembaca boleh mencuba resepi #tukangmasakamatur ni.

Boleh baca kat sini, kisah duka blog www.umifuzy.com 

Blog DapurSweetSourLeyra Dengan Niche Masakan Sah Adsense

Apa yang pasti, blog ini terhilang dari radar apabila saya rebrand ke umifuzydotblogspot dan inilah kemungkinan besar punca saya kehilangannya lebih setahun rasanya.  Sedih sebab blog atas nama sweetsourleyra.blogspot tu cukup punya sentimental value kerana blog itu adalah permulaaan saya berblogging.

Sekarang ni bertambah rajin sebab sudah menjadikan kerjaya menulis sebagai sumber pendapatan memandangkan rasa malas nak ribut seperti dulu, bangun pagi berkejar ke pejabat, fikirkan sales dan marketing, fikir staff yang tak membantu, fikir headcount..haishhh. Sekarang masa untuk rehat minda dan bekerja dengan tenang sambil menambah ilmu agama dan be with family gitu.


Semangat tak pernah putus

Saya mula bertatih dengan mencari penyelesaian dan Alhamdulillah saya kembali mampu menjana pendapatan melalui Adsense di blog ini seperti makan gaji sejak beberapa bulan yang lalu. Memang tidak banyak berbanding saya bekerja tapi saya ada duit poket setiap bulan dari Adsense dan kerja penulisan yang lain. 

Antara faktornya adalah saya lebih konsisten dalam penulisan, memperbaiki penulisan, lebih fokus, kenalpasti keywords untuk memastikan entri di blog saya mendapat tempat dan menjadi carian. Bunyi macam mudah tapi tidak kalau kita tiada ilmu dan tanpa guru. 


Belajar Kena Ada Guru

Apa yang saya lakukan adalah dengan banyak membaca, google sana, google sini dan pelajari ilmu yang dikongsi di Bite Media dan masih tidak jemu mencari ilmu hingga ke hari ini. Jangan takut buat try and error dan tiada jalan mudah untuk terus berjaya.


Jom ikuti saya dengan pelbagai  resepi masakan dari #dapursweetsourleyra #tukangmasakamatur

Sujud syukur / lots of luv - umi fuzy