Kadar Zakat Fitrah 1442H / 2021 Bagi Negeri-Negeri Di Malaysia Dan Cara Pembayaran Online

Kadar Zakat Fitrah 1442H / 2021 Bagi Negeri-Negeri Di Malaysia Dan Cara Pembayaran Online | Dah bayar zakat fitrah ke tu? Selalunya para lelaki atau ketua keluarga la yang akan mengambil tanggungjawab untuk membayar zakat fitrah untuk keluarga, jadinya orang perempun ni memang jarang ambil tahu berapa kena dibayar dan macam mana untuk memudahkan pembayaran memandangkan kita masih dalam situasi #kitajagakita.  

Kadar Zakat Fitrah 1442H / 2021 Bagi Negeri-Negeri Di Malaysia Dan Cara Pembayaran Online

Zakat fitrah adalah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan. Perintah menunaikan Zakat Fitrah bermula pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun diwajibkan puasa pada bulan Ramadhan untuk mensucikan orang Islam yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan yang tidak berguna. Zakat Fitrah juga untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).

Kadar Zakat Fitrah

Asal kadar fitrah adalah satu sha? (gantang) dan nilainya seperti yang dinyatakan oleh Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam kitabnya Fiqh al-Islami wa Adillatuh iaitu 2.751 kg. Dan di sisi mazhab Hanafi ialah 3.8 kg.

Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum, pada hamba sahaya, orang yang merdeka, lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang dewasa dari kaum Muslimin? (HR ?Bukhari)


Fatwa Zakat Fitrah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Oct 2003 telah membincangkan tentang Zakat Fitrah. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum zakat fitrah adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan


Waktu Wajib Membayar Zakat 

Menurut Mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali, waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan (malam Raya). Mazhab Syafie berpendapat sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya dan makruh mentakhirkannya sehingga selesai solat. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.


Di mana Zakat Fitrah Perlu Dibayar

Zakat fitrah wajib dibayar berdasarkan di mana kita berada ketika masuknya waktu wajib untuk zakat fitrah iaitu bermula pada malam hari raya sehingga sampai sebelum solat hari raya. Namun dengan keadaan semasa dan pendapat ihtiyat, dibolehkan pembayaran awal sehari atau dua hari mengikut apa yang dilakukan oleh para sahabat.


Kadar Zakat Fitrah 2021 Bagi Negeri-Negeri Di Malaysia

Setiap negeri dalam Malaysia mempunyai kadar zakat fitrah berbeza berdasarkan jenis beras yang digunakan yang mana kadar ini memberi peluang kepada pembayar zakat untuk menunaikan kewajipan berzakat berdasarkan kemampuan masing-masing.

Berikut adalah kadar zakat fitrah di Malaysia mengikut negeri yang kita mastautin.

Kadar Zakat Fitrah 1442H / 2021 Bagi Negeri-Negeri Di Malaysia Dan Cara Pembayaran Online
Bagi warga Kuala Lumpur dan Selangor , kadar wajib RM5 ditetapkan bagi meringankan beban umat Islam yang kurang berkemampuan bagi menunaikan kewajipan zakat fitrah berikutan pandemik COVID-19 manakala kadar RM7 dan RM14 ditetapkan kepada mereka yang berkemampuan dan ingin membayar zakat fitrah secara gandaan mengikut jenis beras yang dimakan.

Memandangkan kita masih bergelut dengan Covid-19, umat Islam digalakkan membayar zakat melalui transaksi tanpa tunai (cashless) sama ada melalui atas talian (online) atau secara aplikasi QR Pay.

Bagi warga Kuala Lumpur, pembayaran boleh dibuat dengan melayari portal  https://www.zakat2u.com.my/kiraan/zakat/fitrah


Pilih je bayaran untuk berapa bilangan orang dan kadar samada RM5, RM7 atau RM14 mengikut kemampuan kita. Jumlah keseluruhan akan terpamer dan kemudian tekan Bayar Zakat



Jumlah keseluruhan akan terpamer dan tekan Terus Bayar atau balik ke Tambah di Troli sekiranya ingin bertukar atau menambah bilangan yang akan dibayar



Isikan butiran yang tertera untuk terus membuat pembayaran dan pilih jenis pembayaran. Siap!

Bagi negeri-negeri lain, ada beberapa kaedah pembayaran Zakat Fitrah yang berbeza seperti berikut Terdapat juga Majlis Agama Islam Negeri yang melantik agen bank seperti Maybank, CIMB, Bank Islam dan lain-lain bagi memudahkan urusan membayar zakat secara melalui perkhidmatan perbankan internet.

Semoga artikel ini dapat membantu anda membayar zakat fitrah pada tahun ini.


Rujukan:

Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan


Kadar Zakat Fitrah 1442H / 2021 Bagi Negeri-Negeri Di Malaysia Dan Cara Pembayaran Online Kadar Zakat Fitrah 1442H / 2021 Bagi Negeri-Negeri Di Malaysia Dan Cara Pembayaran Online Reviewed by Fuzy Hamid on May 04, 2021 Rating: 5

4 comments:

  1. belum bayar lagi...entah bila suami nak gi bayar ni...

    ReplyDelete
  2. senang betul skrg. dengan apps pahang go pun boleh jugak

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Powered by Blogger.