Royal Canin Galak Pemilik Kucing Rancang Lawatan Ke Klinik Veteriner Lebih Awal Dalam Tempoh PKP | Hubungan antara manusia dan haiwan peliharaan ialah ikatan yang tidak terucap, lebih daripada sekadar hubungan dan teman.  Sebagaimana kita tertarik dengan kecomelan haiwan, pemiliknya bertanggungjawab memastikan haiwan kesayangan mereka berada dalam keadaan selamat, sihat dan ria.  

Bagi menggalakkan penjagaan haiwan yang baik Royal Canin terus mendidik para pemilik unutk menyayangi haiwan dengan menjaga kesejahteraaan haiwan mereka.  Kempen Take Your Pet fo The Vet menggesa pemilik kucing dan anjing untuk membawa haiwan peliharaan mereka di periksa di klinik-klinik veterinary yang berdaftar sekurang-kurangnya dua kali setahun, bermula pada awal usia sehingga ke usia emas haiwan peliharaan itu bagi memastikan penjagaan kesihatan berbentuk pencegahan. 

Royal Canin Galak Pemilik Kucing Rancang Lawatan Ke Klinik Veteriner Lebih Awal Dalam Tempoh PKP

Royal Canin menyarankan pemilik haiwan peliharaan membuat temujanji terlebih dahulu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Royal Canin Malaysia telah pun memperjuangkan kepentingan membawa haiwan peliharaan untuk diperiksa oleh doktor veterinar sejak 2016, dengan menekankan kebajikan kucing sejak tahun tersebut.

Untuk edisi 2021, Royal Canin Malaysia turut memberi perhatian terhadap kesihatan anjing. Kempen Take Your Pet to The Vet 2021 mendapat sokongan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan,serta International Society of Feline Medicine (ISFM), sebuah bahagian veterinar dari International Cat Care.

Pengurus Komunikasi Saintifik Royal Canin Malaysia, Dr. Kavindaran Krisnasamy yang juga merupakan seorang doktor veterinar berkata: “Kita mahu mencipta impak yang lebih besar terhadap kesejahteraan haiwan peliharaan menerusi kempen Take Your Pet to The Vet tahun ini. Buat kali pertama di Malaysia, kita mengembangkannya dengan masukkan anjing peliharaan dalam inisiatif perkhidmatan awam ini.

Royal Canin Galak Pemilik Kucing Rancang Lawatan Ke Klinik Veteriner Lebih Awal Dalam Tempoh PKP


“Ramai pemilik haiwan peliharaan teruja untuk membela kucing atau anjing di dalam rumah dan menjadi sebahagian daripada keluarga. Semasa tempoh berkurung (lockdown), kami menerima maklum balas peningkatan pemilikan haiwan peliharaan. Justeru, penting untuk kita menekankan keperluan membawa haiwan kesayangan mereka ke klinik veterinar untuk pemeriksaan berkala,sebagaisatu amalan penjagaan haiwan yang baik. Pemeriksaan oleh doktor veterinar sebanyak dua kali setahun membantu pemilik mengetahui lebih lanjut tentang haiwan kesayangan mereka-sama ada kesihatan, keperluan nutrisi, tabiat dan minat. Pemeriksaan berjadual juga boleh mengenalpasti situasi medikal lebih awal, dan mencegah sesetengah penyakit daripada menjadi lebih teruk,” kata Dr. Kavindaran.

Royal Canin percaya kehidupan lebih baik mampu dicapai apabila pemilik haiwan lebih mengambil berat dan dilengkapkan dengan maklumat yang betul untuk menjaga kucing dan anjing mereka.

“Kesejahteraan ‘teman berbulu’ kita ialah satu kegembiraan untuk pemilik haiwan, dan kita mahu haiwan kesayangan kekal sihat, hidup lama dan selesa. Lawatan ke klinik veterinar wajar bermula sejak usia kecil haiwan sehingga dewasa,” tambah Dr. Kavindaran.

Royal Canin Galak Pemilik Kucing Rancang Lawatan Ke Klinik Veteriner Lebih Awal Dalam Tempoh PKP

Kempen Take Your Pet to The Vet bermula dari 1 Jun hingga 30 November 2021. Bersempena dengan kempen ini, Royal Canin menyediakan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik untuk semua peringkat usia  pada kempen tahun ini.

Puppy and Kitten On-Boarding Programme

Selari dengan fokus kempen iaitu mendidik pemilik haiwan melengkapkan diri ilmu yang betul untuk peringkat hayat yang berbeza, aplikasi Royal Canin Club menyediakan kandungan didikan dan pilihan nutrisi kesihatan bagi anak kucing dan anak anjing mereka. Royal Canin juga akan memberi ganjaran kepada pemilik haiwan yang mendaftarkan profil anak kucing dan anak anjing mereka di aplikasi berkenaan dengan baucar penjagaan kesihatan haiwan bernilai RM30. Pemilik haiwan akan menerima baucar ini bermula 1 Julai selepas berjaya mendaftar profil di aplikasi. Aplikasi Royal Canin Club boleh dimuat turun di Apple Store and Google Play Store.

Pet2Vet Contest

Royal Canin akan menganjurkan Pet2Vet Contest di aplikasi Royal Canin Club. Semua ahli Royal Canin Club dijemput mengambil bahagian dalam Pet2Vet Contest bagi membolehkan mereka memenangi baucar penjagaan kesihatan bernilai RM50 yang boleh digunakan untuk sesi konsultan perkhidmatan kesihatan di klinik-klinik yang disenarai di aplikasi. Lebih 2,000 baucar akan diberikan dalam dua fasa, iaitu 1 Jun-30 Julai 2021 dan 1-30 September 2021.

Jom Talk Pets! Podcast

Semua dijemput mendengar podcast Royal Canin Malaysia, Jom Talk Pets! untuk mengetahui lebih lanjut tentang situasi yang mungkin dihadapi oleh pemilik kucing dan anjing. Antara topik yang dibincangkan pada tahun ini ialah Puppy Needs and Wants, Senior Pets, dan Pets and Kids. Pemilik haiwan juga boleh mendengar podcast terdahulu yang membincangkan topik seperti parasit pada haiwan peliharaan, pemandulan haiwan dan bagaimana untuk melatih haiwan anda. Podcast menjadi sumber maklumat yang tepat untuk pemilik haiwan menerima sudut pandang dan tips. Ia tersedia di Spotify, Apple Podcast dan Google podcast.

Pet2Vet Digital Event

Sebuah acara digital dengan pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan turut tersedia. Direka dengan ciri interaktif, Pet2Vet Digital Event bakal menyaksikan aktiviti untuk disertai pemilik haiwan dan mereka berpeluang memenangi produk-produk Royal Canin,selain sesi pengkongsian daripada pakar-pakar haiwan peliharaan, pemilik haiwan dan doktor veterinar. Acara ini akan diadakan di Facebook Royal Canin Malaysia (https://www.facebook.com/RoyalCaninMY).

Untuk maklumat lanjut kempen Take Your Pet to The Vet, aktiviti yang bakal diadakan dan informasi penjagaan haiwan, layari https://www.royalcanin.com/my/take-your-pet-to-the-vet. Layari juga laman web rasmi Royal Canin Malaysia di www.royalcanin.com/my untuk maklumat lanjut tentang jenama dan tawaran produk.

Pemilik haiwan peliharaan juga boleh menyebarkan maklumat mengenai kempen, selain menyertai kempen ini bersama Royal Canin di media sosial untuk membawa haiwan kesayangan mereka berjumpa dengan doktor veterinar bagi pemeriksaan berkala menerusi hashtag: #Pet2Vet, #RoyalCaninMalaysia.

  • Pemilik haiwan peliharaan digalakkan untuk menghubungi klinik veterinar masing-masing dan membuat temujanji awal bagi memudahkan proses pemeriksaan kesihatan untuk haiwan, sekaligus memudahkan pemilik haiwan
  • Pemilik haiwan peliharaan disarankan untuk menyediakan dokumentasi mengikut SOP sebelummembuat lawatan ke klinik veterinar


Mengenai Royal Canin

The Royal Canin Company, pemilik jenama ROYAL CANIN® , merupakan satu divisyen Mars Petcare dan peneraju global di dalam khasiat kesihatan untuk kucing dan anjing. Ditubuhkan lebih 50 tahun lalu oleh seorang doktor veterinar Perancis, Dr. Jean Cathary, matlamat Royal Canin ialah menjadikan Dunia Lebih Baik Untuk Haiwan Peliharaan (A BETTER WORLD FOR PETS™) dengan mengembangkan pengetahuan dan khasiat makanan secara perkongsian dengan profesional dan pakar haiwan peliharaan.

Royal Canin bekerja rapat dengan profesional haiwan peliharaan,seperti pakar veterinar dan penternak, bukan sahaja untuk mereka cipta khasiat paling khusus untuk kucing dan anjing tetapi juga membangunkan pelbagai perkhidmatan, alat-alat pemantauan dan diagnostik untuk membantu memahami dan menjaga lebih baik haiwan-haiwan tersebut.

Pendekatan uniknya sentiasa meletakkan keperluan makanan berkhasiat kucing dan anjing sebagai nadi kepada proses inovasi. Umur mereka, gaya hidup,saiz, jenis baka,sensitiviti dan tahap aktiviti adalah dikaji menerusisains dan pemerhatian bagi menghasilkan diet-diet untuk keperluan khusus setiap haiwan peliharaan. Syarikat mempercepatkan amalan lestari, terutama dari segi penyumberan berwibawa, pelepasan asap dan pengurangan sisa serta penggunaan pembungkusan lestari.

Beroperasi di lebih daripada 100 pasaran, Royal Canin memiliki 8,300 sekutu, termasuk 500 doktor veterinar dan pakar pemakanan. Ia juga mengendalikan 16 kilang di seluruh dunia, 1 pusat penyelidikan dan pembangunan, 2 pusat inovasi dan 4 makmal. Produk berkhasiat Royal Canin boleh didapati di kedai peruncit khas haiwan peliharaan dan penyedia perkhidmatan veterinar di seluruh dunia.

Di luar Eropah, syarikat Royal Canin juga memiliki jenama Eukanuba TM – makanan berkhasiat berprestasi tinggi untuk anjing. Bagi mengetahui lebih lagi mengenai syarikat Royal Canin, lawati http://www.royalcanin.com/.