Tewas Dengan Demam Panas Dan Swab Test Positif  | Memang tak sangka dan tak jangka yang kami sekeluarga harus membuat swab test selepas en suami disahkan positive pada swab test kedua, hari Isnin lalu.

En suami dan 2 team ke Melaka untuk PRN Negeri Melaka dan mengikut jadual, mereka sepatutnya pulang pada hari Ahad selepas selesai upacara angkat sumpah tapi hari Khamis lepas en suami hantar mesej yang beliau dan 1 team akan balik malam Jumaat juga. Katanya salah seorang krew dia disahkan positif. 

Tewas Dengan Demam Panas Dan Swab Test Positif 

Memang agak kelam kabut sebab bonda pula tak sihat sudah menginap di rumah sejak hari Isnin (18 Nov) dan memang bonda seronok sebab ada kawan dan ada cucu untuk layan dia walau pada awalnya asyik nak balik. Tapi cakap kat bonda yang rumah dia tak de air so mak pun akur. Mak ni kalau bab tak de air memang dia sensitif...bukan dia saja kan tapi kita semua.

Nak tak nak malam tu hantar mak balik ke rumah dia dengan ditemani Kak Yang dan Ivy (anak adik) dan adik pula akan overnite kat rumah mak.  Memang kesian tengok mak naik tangga tapi tak ada pilihan sebab en suami balik akan memberi risiko pada mak yang sudah uzur.

Lepas hantar mak, saya balik rumah sebab en suami belum sampai ofis lagi sebab dari Melaka mereka harus buat swab test di Dunia Lab sebelum hantar perkakas shooting. Akhirnya jam 10:30 saya jemput en suami dan sepertimana sebelum ni memang dia akan kuarantin dalam bilik.

Esoknya en suami dapat keputusan swab test yang dia -ve. Fuhh memang lega tapi masih kuarantin kendiiri dan dia tak boleh nak lepak makan dengan kami apa lagi nak pelu anak-anak. So rutin kami tetap sama dan memandangkan dia kuarantin, saya ambil tugasan ke pasar dan dobi pada hari Sabtu sebab hasrat nak ada gathering dengan kawan sekolah pada petang Ahad.

Sebelum suami balik pun dah rasa nak demam mungkin sebab cuaca dan hari Ahad selepas gathering tu kena hujan. Badan dah tua kan lagipun dah lama tak demam, so tak berapa ambil kisah pun.

22 November, hari Isnin, en suami pergi buat swab test kedua dan keputusannya +ve. Saya macam biasa masih relax tapi suami la yang agak resah dan mintak kami anak-beranak pergi buat swab test. Malam tu saya dah rasa bertambah tak sihat dan ubat paling baik ialah tidur.

Rekod Makan Panadol 7 biji selang 8 jam

Saya dan suami memang tak suka makan ubat bila demam sebab rasa antibodi kita boleh heal badan dan memang terbukti sebab kami boleh overcome demam tanpa sebarang masalah. Kalau demam berlarutan tu memang kami ke klinik panel dan makan ubat sekali dua jer. Alhamdulillah, so far tak pernah lagi demam kami berlarutan walau pernah kena demam viral yang agak lama tapi tak berapa risau sangat. Tapi tu dulu, kalau sekarang, sejak 2020 ni kalau demam tu memang kena risau.

Tewas Dengan Demam Panas Dan Swab Test Positif 


Pertama kalinya buat swab test pada 23 November lepas untuk memastikan kesihatan sihat selepas demam masuk hari ke 3 dan bila en husby detected +ve buat pertama kalinya. Selain demam, mata kiri saya pula merah, nak kata garu tapi tak garu pun.

Tewas Dengan Demam Panas Dan Swab Test Positif 

Ya, kami 3 beranak disahkan positif bergejala. Sehingga hari ini, saya, Angah Ammar, Kak Yang dan en suami masih demam dengan tiada deria rasa dan deria bau. Cik applepie walau positive tapi tiada simptom dan Cik Meya pula keputusannya -ve tapi kena buat swab test lagi sebab dia harus masuk kerja (intern)

So far Ayong masih sihat dan KC Iman yang sepatutnya pulang rumah berehat (dia jadi pembantu kedai kawan kat Shah Alam) terpaksa tinggal di rumah kawan dan balik ke Shah Alam hari Khamis lepas supaya terhindar.

Tewas Dengan Demam Panas Dan Swab Test Positif 

Buat masa ini, sehingga artikel ini saya tulis, kami masih demam, tanpa deria rasa dan bau tapi tiada masalah pernafasan dan setiap hari update kat My Sejahtera. Mujur kat rumah ada alat tekanan darah dan oximeter untuk check oksigen, tak dapat dipastikan accurate atau tidak tapi so far kami tak alami masalah. 


Tewas Dengan Demam Panas Dan Swab Test Positif 


Vicks dan Eye drop ni memang kat sisi selalu. Vicks untuk sapu kat hidung yang tersembut dan sapu kat leher dan dada macam mak-mak buat kat anak-anak yang selesema tapi deria bau masih tiada dan hidung masih tersumbat. Hat eye drop tu sebab mata merah 

En suami pula dok bagitau yang lepas baik dia nak pergi bercuti, halah halahhh, saya baru nak enjoy duduk dirumah, kemas rumah, nak cantikkan dalaman rumah, berkebun, nak buat kerja penulisan dengan lebih tenang so part bercuti tu memang bukan sesuatu yang saya perlu buat masa ini apatah lagi bonda pun masih tidak sihat.

InsyaAllah kami okay dan sihat dengan dugaan ini. Moga kesakitan yang diberikan menggugurkan segala dosa-dosa dan tidak akan berulang dengan sedar mahupun tanpa sedar.

Saya doakan moga kita yang ditimpa musibah dan kesakitan terus sabar dan positif dengan ujianNya. Moga terus sihat dan tawakkal dengan perancanganNya kerana Dia sebaik-baik perancang.

Terima kasih buat ahli keluarga yang sering beri kata semangat begitu juga kawan alumni APGS yang tak henti-henti bertanya khabar begitu juga beberapa kawan blogger yang tahu yang sudi membantu. You know who you are dan saya appreciate it tapi so far kami so good. Alhamdulillah.


catatan hari ke 4 positive kontak rapat bergejala