Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 8 2021 Minggu Kelima | Semalam memang Adibah menambat hati bila dia menyanyikan lagu Jika yang diubah menjadi keroncong. Suka benar bunda HKE tu siap explain pelbagai jenis keroncong. 

Tapi secara jujur konsert semalam macam kurang umpphnya pada saya, mungkin sebab saya expect Alif Aziz terus memberikan yang terbaik dan lebih baik tapi nampaknya macam feeling tu tiada. Even Datuk Syafinaz pun tegur macam ada yang tak kena pada Alif Aziz tapi saya tahu dan berharap Alif Aziz akan terus unggul minggu depan. Good luck Alif Aziz.


kredit : instagram astrogempak

Ada sedikit kelainan dalam konsert Gegar Vaganza 8 Minggu Keempat semalam bila Nabil dan Jihan tidak membuat persembahan pembukaan tapi digantikan dengan Ameng dan Zarul Umbrella menyanyikan lagu Bila Cinta Didusta dan Salam Terakhir sebagai tribute kepada Allahyarham Gmie Screen, peserta Gegar Vaganza 3 (2016) yang meninggal dunia pada 10 Disember 2021 akibat masalah buah pinggang bocor.

Semoga roh Allahyargam Hajmi Ibrahim (50) ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan urusan beliau disana.


Markah Dan Carta Kedudukan Peserta Konsert Gegar Vaganza 8 2021 Minggu Keempat

  1. Adibah Noor - Jika (Melly Goeslaw Ft Ari Lasso) / 78%
  2. Nikki Palikat Zombie (The Cranberries) / 76.6%
  3. Suki Low - Jampi (Hael Husaini) / 75%
  4. Aweera - Bilal Cita (Gio) / 72%
  5. Shidee - Hati Yang Terluka (Broery Marantika) / 69.10%
  6. Alif Aziz Jika Kau Rasa Getarnya (Slam) / 68.40%
  7. Azam Scan - Dir (Rahim Maarof) / 68.10%
  8. SAYA - Getaran Jiwa (Tan Sri P Ramlee) / 64.80%
  9. Ani Mayuni - Lebih Indah (Datuk Seri Siti Nurhaliza) / 57.80%
  10. Bandi Amuk - Satu Kesan Abadi (Iklim) / 55.50%
  11. Upiak Isil - Cinta Sejati (Bunga Citra Lestari) / 50.50%
  12. Fazley Yaakob - Mahligai Syahdu (Hattan) / 50%


kredit : instagram astrogempak

Untuk minggu hadapan hanya 11 peserta yang akan bertanding bila  Fazley Yaakob tersingkir.

Baca : Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 8 2021 Musim Kelima


Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 8 2021 Minggu Kelima

Tarikh konsert : 19 December 2021 / 9 Malam

Tema konsert : Dulu Lain Sekarang Lain

  1. Adibah Noor - Gajah (Tulus)
  2. Nikki Palikat - Gelombang (Salamiah Hassan)
  3. Suki Low - Dancing Queen (ABBA)
  4. Aweera - You Give Love A Bad Name (Bon Jovi)
  5. Shidee - Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)
  6. Alif Aziz - Memburu Impian (Faizal Hussein)
  7. Azam Scan - Mimpi (Haqiem Rusli)
  8. SAYA - Terakhir (Sufian Suhaimi)
  9. Ani Mayuni - Kuca Kuca (Lia Aziz)
  10. Bandi Amuk - Purnama (Naim Daniel)
  11. Upiak Isil - Pengemis Muda (Dato Sheila Majid)

Adibah Noor juga menjadi pemenang Bintang Paling Power Meow dan juri jemputan minggu keempat ialah Datuk Shah Reza

Barisan juri professional tetap terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan guru vokal Datuk Syafinaz Selamat

Konsert minggu GV8, merupakan sebuah program siaran langsung di Astro Ria (CH104) pada setiap Ahad, jam 9 malam mulai 21 November 2021

Konsert Gegar Vaganza 8 bersiaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) boleh ditonton secara online di aplikasi Astro Go dan platform On Demand