Kenapa Tayar Lori Dipasang Getah  | Setiap kali memandu memang cukup risau kalau ada bersebelahan dengan lori atau treler kontena yang membawa muatan berat terutama kayu balak. Setiap kali membuntuti lori atau berada bersebelahan lori kontena, hati selalu tertanya kenapa tayar lori dipasang getah. 


Ada sesiapa perasan tak benda yang berkibaran kat tayar tu atau mungkin terfikir kenapalah lori besar gedabak gitu dipasang perhiasan sebegitu rupa. 


Kenapa Tayar Lori Dipasang Getah

Walau tak pernah menumpang kenderaan berat ni, teringin juga nak merasa duduk di lori yang cukup tinggi dan boleh nampak jalan di hadapan, pasti seronok agaknya. 


Rata-rata pemandu lori ni kalau kita tengok dah sangat berusia dan sudah pasti mereka ni pakar dan punya pengalaman dalam mengendalikan kenderaan berat. Cukup saya kagum dengan mereka ni.


Semalam sewaktu di dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, tiba-tiba dalam berborak pelbagai cerita sepanjang perjalanan tu, KC Iman sempat menduga akal kami semua dengan bertanya kenapa tayar lori dipasang getah sambil menunjukkan sebuah lori muatan berat dihadapan yang dipasang getah pada tayarnya, tergoyang-goyang, menampar tayar yang bergerak. 


Eh, memang tak pernah terfikir kenapa sebenarnya tapi rasa macam lawa la jugak bila nampak getah tu terbuai-buai tanpa tahu kenapa dan mengapa tapi kini dah tahu sebab DH cepat jer menjawab soalan KC Iman tu.


Kenapa Tayar Lori Dipasang Getah
gambar sumber Google

Kata DH, cuba tengok tayar lori yang tanpa getah bergantungan dengan tayar lori yang digantung getah tu. 


Ya, tayar lori yang dengan getah tu lebih bersih dari yang tiada getah.


Itulah salah satu cara penjimatan buat pemilik lori yang tidak perlu bergegas mencuci tayar yang kotor dan berselut yang digunakan tanpa henti sepanjang tahun.


Tidak kira hari kering atau hujan, lori treler akan melalui laluan bertanah merah, berselut untuk mengambil barangan seperti kayu balak. Laluan di tanah akan membuatkan tayar lori mendapat lumpur dan sekiranya tanah tidak dikeluarkan tepat pada waktunya, tayar akan rosak dan lumpur akan kering sehingga payah untuk ditanggalkan.


Bukan tak boleh ke kedai mencuci kereta  tapi kosnya sangat tinggi atau kalau dicuci sendiri, memang pasti selut dan lumpur sudah kering dan menjadi payah untuk dicuci.


Oleh itu, beberapa pemilik lori besar akan menggunakan kaedah sedemikian. Gantungkan jalur getah di sebelah tayar, biarkan jalur getah menampar tayar, dan kemudian melibas tanah, sehingga tidak perlu satu orang pergi ke kedai mencuci kereta.


Walaubagaimanapun, pemandu lori harus memastikan jalur getah tersebut dalam kualiti yang baik dan tidak mudah terbakar secara spontan memandangkan ianya terdedah kepada suhu tinggi di bawah sinar mathari. 


Sekiranya terbakar jalur getah terbakar, mudah menyalakan tayar, dan bahayanya sangat tinggi.