Cara Letak HTML Embed Codes Dalam Artikel | Embed bermaksud integrate konten luar (external) ke dalam website atau artikel dengan memasukkan beberapa blok kod. Selepas kod tersebut diletakkan, anda 'Save' atau 'Publish', ianya akan terpampang. 


Anda boleh meletakkan embed codes dari pelbagai social media seperti Facebook, Youtube, Instagram, Twitter, GIF, Pinterest dan juga lain-lain multimedia di dalam sesuatu website atau blog. Jom ikuti tutorial letak embed codes yang sangat mudah cara saya.


Baca : Tutorial 6 Langkah Mudah Meletakkan Gambar Dari Instagram ke Blog


Cara Letak HTML Embed Codes Dalam Artikel

Embed codes dan linking url ni adalah sama pada dasarnya tapi Embed Codes ni adalah pilihan selain meletakkan url dalam artikel dan Embed codes juga bermaksud menggabungkan sesuatu dokumen dalam file sedia ada yang kita boleh nampak secara langsung.


Bagaimana nak letak embeded coding dalam artikel? Caranya cukup mudah tapi kena hati-hati supaya tak terpadam content lain dalam artikel anda tu nanti jenuh pula nak cari dan perbaiki coding yang terpadam tu.


Boleh tengok embed codes dari instagram yang diletakkan dalam artikel kat SINI dan artikel SINI


Katakan anda sudah selesai atau sedang menyaipkan artikel dan perlu masukkan embed codes di antara konten anda tersebut, ikut cara seperti dibawah :


  • Mula-mula tukarkan compose view ke < > HTML view

Cara Letak HTML Embed Codes Dalam Artikel


Haa..memang sarat dan padat dengan coding dan content yang anda tulis. Tarik nafas dan tengok dengan teliti di bahagian mana anda nak letak embed codes tu.

  • Hit enter di antara content dan masukkan embed codes dan tukar balik pada compose view


Bagaimana nak dapatkan embeded coding di social media ?

1. Embed Codes Untuk Facebook

  • Pergi ke Facebook menggunakan browser di desktop dan pilih post yang ingin anda embed.


Cara Letak HTML Embed Codes Dalam Artikel

  • Klik tiga titik (...) bahagian atas posting tersebut dan klik Embed

Cara Letak HTML Embed Codes Dalam Artikel
  • copy code yang diberikan dan letak di artikel dan update.


2. Embed Codes Untuk Instagram

1. Pergi ke post instagram yang anda ingin letakkan didalam artikel

  • Tekan tiga titik (...) di sebelah atas dan pilih Embed


  • Kemudian akan keluar coding dan boleh pilih nak letak caption sekali atau hanya gambar pun boleh.

Cara Letak HTML Embed Codes Dalam Artikel

  • Copy link yang diberikan dan letakkan di dalam artikel.

Menariknya untuk embed codes dalam artikel dari instagram ni, kita boleh nampak semua gambar (maksima 10 gambar dalam IG) dengan hanya slide sahaja.


3. Embed Codes Untuk Twitter

  • Pergi ke tweet yang anda ingin embed di artikel dan tekan tiga titik (...) di bahagian atas kini


Cara Letak HTML Embed Codes Dalam Artikel

  • Tekan embed code dan akan terpampang coding, copy dan masukkan kedalam artikel


4. Embed Codes Untuk Youtube 

  • Pergi ke youtube channel, pilih video youtube mana yang anda ingin letakkan di artikel


Cara Letak HTML Embed Codes Dalam Artikel

  • Tekan pada SHARE dan akan keluar senarai dan pilih embed dan copy code yang letakkan di dalam artikel yang anda inginkan.


5. Embed Codes Untuk Pinterest

  • Pergi ke image yang anda ingin embed dan tekan tiga titik dan pilih Get Pin embed codes


Cara Letak HTML Embed Codes Dalam Artikel

  • Copy codes tersebut dan letak di mana-mana bahagian yang anda inginkan.

SIAP! Bila anda dah reload page, akan terpampang embeded codes pada artikel anda.


Tambahan:-

Bila anda meletakkan kod embed pada entri, secara automatik gambar tersebut akan terletak di sebelah kiri dan anda boleh mengubah kedudukannya di bahagian tengah dengan memasukkan kod <center> diikuti dengan kod embed dan diakhir kod embed dengan meletakkan </center> diantara kod embed tersebut. Tukar ke Compose view dan kedudukan gambar tersebut berada dibahagian tengah. Info di SINI


Sangat mudah dan selamat mencuba!