Big Bad Wolf Books Kembali Ke Pulau Mutiara 14 Jam Midnight Madness  | Warga Pulau Pinang. Kami ada berita hebat untuk anda! Jualan Buku Terbesar Dunia - Big Bad Wolf Books akan membawa beribu-ribu buah buku yang bernilai ke Pulau Mutiara pada akhir bulan ini!


Pencinta buku yang mengunjungi Jualan Buku akan berpeluang menikmati lebih banyak masa membelek pelbagai judul di jualan tersebut. Kenapa anda bertanya? Jualan ‘The Big Bad Box Sale – Midnight Madness’  akan dibuka selama 14 jam dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam! tidak lama lagi bertempat di tempat letak kereta Lotus Tanjung Pinang di Tanjung Tokong selama 11 hari bermula dari 28 April hingga 8 Mei, 2022. Pelanggan Jualan ‘The Big Bad Box Sale akan berpeluang menikmati pengalaman menyeronokkan membeli-belah buku-buku mampu milik.


Big Bad Wolf

Apabila tiba, pelanggan dikehendaki memilih dan membeli sama ada kotak "kecil" atau "besar" dan memasukkan seberapa banyak buku kegemaran mereka ke dalam kotak. Kotak bersaiz kecil boleh didapati dengan harga RM99.90 manakala kotak bersaiz besar boleh didapati dengan harga RM119.90 sahaja. Sekiranya pelanggan memilih untuk memiliki kedua-dua saiz, pelanggan hanya perlu membayar harga kotak ‘Combo’ iaitu RM199.90 dengan diskaun sebanyak RM19.90.  Dan sekiranya pelanggan masih berminat untuk membeli tiga kotak bersaiz besar (jika itu masih tidak mencukupi untuk memenuhi selera buku untuk keseluruhan isi rumah), pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan tawaran ‘Fuyoh Bundle’ pada RM299.90 dengan penjimatan sebanyak RM59.80.


Setelah mendapatkan kotak di kaunter juruwang, pelanggan boleh terus membeli-belah dan disambut oleh lautan buku pelbagai judul dari Sarang Serigala ini; daripada buku kanak-kanak, fiksyen dan bukan fiksyen untuk semua peringkat umur untuk dibawa pulang.


Andrew Yap, Pengasas Bersama Big Bad Wolf Books berkata, “Jualan ‘The Big Bad Box Sale’ ialah salah satu Jualan Buku yang paling dinanti-nantikan oleh pelanggan kami. Apa yang mengujakan ialah, pelanggan boleh memilih semua buku yang diingini dan membeli buku-buku ini pada harga mampu milik iaitu RM99.90 atau RM119.90. Selalunya, apabila anda berada di sebuah kedai buku, dengan anggaran perbelanjaan dalam lingkungan RM99.90, anda akan pulang dengan membawa sebuah atau dua buah buku sahaja. Tetapi dengan Jualan ‘The Big Bad Box Sale’ ini, anda akan berpeluang membawa pulang kotak berisi buku bukan sahaja untuk diri anda bahkan juga untuk rakan dan keluarga tanpa menyebabkan poket anda berlubang! Sudah pasti menarik, bukan?”


Selain itu, pelanggan yang tidak sabar-sabar untuk memaparkan daya kreativiti mereka akan berpeluang menyertai Peraduan Mewarna eksklusif yang akan dianjurkan oleh Big Bad Wolf Books pada tengah hari 30 April dan pada 1 Mei 2022. Kanak-kanak berumur 3 tahun hingga 12 tahun dan orang dewasa berumur 13 tahun ke atas dialu-alukan untuk menunjukkan bakat mereka dalam pertandingan mewarna lukisan bergambar oleh Lisa Wee, pengarang dan ilustrator kanak-kanak kelahiran Peranakan Pulau Pinang. Dua puluh orang peserta bertuah yang pertama dalam Peraduan Mewarna akan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM1,500 ihsan dari Big Bad Wolf Books.


“Saya berbesar hati dapat bekerjasama dalam menjayakan Peraduan Mewarna yang sangat mengujakan ini dengan Big Bad Wolf Books. Ilustrasi lukisan saya untuk peraduan ini diilhamkan daripada pelbagai elemen yang dianuti oleh kepelbagaian latar rakyat Malaysia. Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, saya berharap buku-buku kanak-kanak dapat disumbangkan  ke wad kanak-kanak di Hospital Besar Pulau Pinang. ” luah Lisa Wee.


Tidak ketinggalan juga, rakan kongsi Big Bad Wolf Books dan pengedar tempatan Malaysia, Kualiti Books, akan turut membawa pelbagai judul buku pendidikan dan hiburan berbahasa Melayu daripada IMAN Shoppe, Prestasi, Pelangi, PTS, Pustaka Azhar, Sasbadi dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, buku-buku dari Kualiti Books tidak termasuk dalam Tawaran Kotak, namun pelanggan masih boleh menikmati tawaran lain semasa jualan yang termasuk Set Promo, 'Kisah Teladan Kanak-Kanak' dan Stok Penghabisan dari harga serendah RM2.


Untuk rekod selama 13 tahun, Big Bad Wolf Books kekal teguh dalam misinya dalam 'Mengubah Dunia, Berdikit-dikit dengan Buku' (Changing The World, One Book At A Time). Jualan ‘The Big Bad Box Sale – Midnight Madness’ adalah sebahagian daripada kempen membaca Big Bad Wolf Books 2022 yang bertujuan untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia dengan menawarkan buku pada harga berpatutan dan menjadikan buku-buku ini mampu dicapai oleh semua. Idea memilih buku pertama untuk dimasukkan ke dalam kotak berpotensi untuk menyebabkan pelanggan untuk akhirnya mengisi kotak mereka dengan pelbagai jenis buku dengan judul yang paling memberi inspirasi kepada mereka. Kempen membaca adalah sebahagian daripada misi Syarikat ini untuk terus menggalakkan orang ramai mengambil sebuah atau dua buah buku sama ada untuk diri mereka sendiri, untuk rakan atau keluarga mereka dan memperkasakan mereka dengan pengetahuan. Big Bad Wolf Books memberi tumpuan kepada mencipta generasi pembaca baharu dan meningkatkan literasi bahasa Inggeris.


Sebagai sebahagian daripada program jangkauan komuniti, Big Bad GiveBack, Big Bad Wolf Books akan menyumbangkan buku kepada Penggerak Komuniti Muda (PEKA). PEKA bercadang untuk menempatkan buku-buku sumbangan tersebut di perpustakaan mini mereka yang baru dilancarkan di Beach Street. Pada masa hadapan pula, sebahagian daripada buku itu juga boleh didapati di Perhentian Bas Pasar Chowrasta yang terletak di Jalan Pulau Pinang serta di Taman Jepun yang terletak di Seri Delima. Lokasi-lokasi yang dinyatakan di atas ialah projek yang diketuai oleh Joshua Woo Sze Zeng, Pengarah Eksekutif PEKA yang pakar dalam penyelidikan mengenai pembangunan mampan, tindakan iklim dan pengangkutan awam.


Joshua Woo Sze Zeng, Pengarah Eksekutif PEKA berkata, "PEKA mengharapkan kerjasama ke arah visi dan usaha bersama dengan Big Bad Wolf Books ini akan membuahkan hasil, iaitu untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan penduduk Pulau Pinang. Kami berharap agar konsep perpustakaan yang dihidupkan semula ini akan menarik minat ramai penduduk Pulau Pinang apabila mereka terjumpa beberapa lokasi yang kami ada dan akan kami usahakan dalam masa terdekat."


Semasa tempoh Jualan, pelanggan Lotus yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM99.90 dalam satu resit di The Big Bad Box Sale juga akan layak mendapat diskaun 5% daripada jumlah pembelian. Untuk menebus diskaun, pelanggan hanya perlu menunjukkan resit sebarang nilai daripada pasar raya Lotus.


Psst… risau kerana perlu membawa buku-buku Big Bad Box anda ke mana-mana sahaja anda pergi? Jangan risau, anda cuma perlu ambil salah satu troli Wolf di pintu masuk dan tolak troli itu melalui lorong-lorong buku sepuas-puas hati anda!


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Big Bad Wolf Books, sila lawati:

Laman Web: https://bigbadwolfbooks.com/.

Facebook: https://www.facebook.com/bbwbooks.

Instagram: https://www.instagram.com/bigbadwolfbooks/.

Twitter: https://twitter.com/bigbadwolfbooks.

#BigBadWolfBooks #BBWPenang2022 #BigBadBoxSale