Rezeki Berbuka Dengan Bubur Lambuk Pahang Air Tangan Permaisuri Agong | Hari Jumaat hari tu DH bagitau yang dia kena kerja hari Sabtu. Ada tugasan kat Istana Negara katanya. Ermm nampak gaya rutin ke Pasar Datuk Keramat setiap Sabtu, kena pergi dengan anak jer la. Nampaknya tak boleh la membeli lebih sebab kalau pergi dengan Kak Yang, balik nanti nak kena siang ayam, ikan sendiri. Kalau DH ada memang dia akan buat, jadi kita kurang penat. 



Dah beberapa hari ingat nak buat nasi ulam tapi bila sampai pasar tengok ulaman tak cukup. Nak buat nasi ulam utara ni kena ada at least 15 jenis ulaman baru la sedap dan puas hati. Kalau buat Nasi Ulam Utara kena buat Sayur Keladi, baru terlajak makan.




Rezeki Berbuka Dengan Bubur Lambuk Pahang Air Tangan Permaisuri Agong



Tengahhari tu DH balik dengan bungkusan bubur lambuk. Alhamdulillah, rezeki dapat makan Bubur Lambuk Pahang yang sangat berbeza apatah lagi dimasak oleh Permaisuri Agong, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Cuma tengok gitu-gitu jer sambil tengok macam banyak daun jer tapi tak buka pun sebab puasa kan.


Bila tiba waktu berbuka tu agak cuak la juga nak merasa sebab masakan orang Pantai Timur ni selalunya manis walau bubur lambuk (pengalaman makan bubur lambuk Pantai Timur terus tersemat) so macam agak contemplating nak cuba tapi kena cuba sebab rezeki kan.


Perkara pertama orang perempuan akan buat bila dapat makanan ni, pastinya dicium. Tapi buka penutup bubur lambuk ni pun dah terbau wangi lada hitam dan ulaman. Siapa sama macam saya? hehe. Wangi dengan ulaman dan lada hitam. Dah bau macam nasi ulam utara pun ada. Sekali suap tu, kunyah-kunyah sambil nak kenal pasti daun yang dimasukkan selain kenal daun miding, ada ketulan kecil isi ikan. Walau agak terganggu dengan pucuk daun yang panjang, sehelai-sehelai (daun agak tua) tu tapi tetap dikunyah sebab saya sukakan bau wangi lada hitam.


pucuk miding/pucuk paku merah




Bubur lambuk resipi orang Pahang ni seakan bubur lambuk Pantai Timur juga dengan menggunakan isi ikan, dengan pelbagai daun antaranya daun kunyit, daun kesum dan daun selasih dan pucuk paku merah.


kredit gambar : Nadzley Amn



Bau dah seakan nasi ulam utara tapi versi bubur nasi dengan bau lada hitam yang kuat tapi I like! Jujurnya agak terganggu dengan sayuran yang panjang dan memaksa kita mengunyah. Paling penting kena makan waktu panas atau sila panaskan kalau tak memang cannot go.


Alhamdulillah untuk Rezeki Berbuka Dengan Bubur Lambuk Pahang Air Tangan Permaisuri Agong ni memang special berbuka kami semalam.



Rasanya ramai tahu yang bubur lambuk terdapat banyak versi. Jika versi simple, bahan-bahan yang digunakan pun hanyalah sedikit dan mudah sahaja. Yang paling penting, bahan utamanya bubur lambuk Pantai Timur adalah pucuk miding WAJIB ada untuk membuat bubur lambuk ini. Jika pucuk ini tidak dimasukkan ke dalam bubur lambuk, rasanya tidak akan sedap umph. Jadi, kalau anda berhajat untuk membuat bubur lambuk, pastikan anda mendapatkan pucuk miding ini terlebih dahulu.


Pucuk miding atau pucuk paku merah yang berwarna sedikit kemerahan atau keunguan tapi jangan silap ambil pucuk paku hijau tu dimasukkan dalam bubur lambuk pulak. Katanya pucuk ini akan menyedapkan dan membangkitkan selera, dan kalau saya nak buat boleh je sebab kat Pasar Datuk Keramat memang selalu ada pucuk ni.


Jom kita tengok 3 resepi bubur Lambuk orang Pantai Timur


1. Resepi Bubur Lambuk Pahang



Bahan-bahan:

1 cawan beras (pakai beras wangi lagi sedap)

1 sudu kecil halba

4 biji bawang merah sederhana besar*

2 ulas bawang putih*

1/2 inci halia*

1 genggam ikan bilis*

lada hitam*

1 biji kelapa santan

3 ekor ikan selayang or sardin (bakar dlm oven dulu and perisikan serta tumbuk lumat)

1 ikat pucuk paku merah (relaikan daun)

10 helai daun kaduk (hiris halus)

2 helai daun kunyit (hiris halus)

garam,gula sket n ajinomoto kalau suka

P/S sila kisar bahan bertanda *



CARA-CARA:

1. rebus beras dan halba sampai kembang

2. dah kembang,masukkan bahan- bahan yg dah dikisar tadi,ikan yg dah ditumbuk,santan,bahan perasa(garam,gula n aji,secukup rasa) dan semua sayur- sayur yg dah siap di hiris dan pucuk paku merah.kalau tak der pucuk paku merah,pucuk manis pun boleh.kacau sampai mendidih.

3. dah siap.hidangkan ajer.hehehe  


Bubur lambuk pahang ni mmg tak guna daging or sayur campur lain.this is the basic of bubur lambuk pahang.mmg mabeles rasa dia.tiap2 thn saya mmg ambik tender masak bubur lambuk ni tuk majlis berbuka di taman saya.kira kalau nak setahun sekali jer masak.hahahaaaa.......

P/s:kalau nak lagi lemak,leh lebihkan santan yer......

sumber : http://liayahya77.blogspot.com/2017/03/bubur-lambuk-pahang-style-assalam-gais.html



2. Resepi Bubur Lambuk Pantai Timur 1


Bahan-bahan:
Beras
Ikan Selayang
Bawang merah
Lada hitam
Sayur pucuk miding/ pucuk paku merah
Daun kadok
Daun kunyit
Daun Kesum
Santan

Cara Penyediaan:

1. Rebus nasi sampai empuk
2. Ikan dikukus dan diperisikan isi ikan
3. Blend bawang merah, lada hitam dan isi ikan.
4. Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi yang dah direbus tadi
5. Masukkan sayur pucuk miding, daun kadok, daun kunyit, daun kesum dan juga santan
6. Masukkan garam, gula dan perasa ke dalam bubur. SIAP!



3. Resepi Bubur Lambuk Pantai Timur 2

Bahan-bahannya:

15 gram beras

1 liter air

90 gram ubi keledak (dipotong dadu)

125 gram ikan selayang (dibersihkan, dibuang kepala)

1 keping asam keping

1 inci halia

160 gram santan

65 gram bawang merah (dikisar halus)

10 gram pucuk paku

1 helai daun kaduk dan daun kunyit

1 tangkai daun selasih, daun kesum, daun kesum dan daun kemangi (basil)

1 genggam pucuk manis

Garam, lada hitam dan budu sebagai perasa


Cara-cara membuatnya;


1. Asas bubur

Masukkan beras bersama air dalam periuk dan didihkan menggunakan api besar. Apabila mendidih, perlahankan air dan biarkan ia masak.

Tutup periuk dengan penutup dan biar ia mendidih selama 10 minit sebelum masukkan ubi keledek. Sentiasa kacau bubur sehingga ia menjadi pekat sebelum tutup api.

2. Ikan

Panaskan satu liter air dalam periuk dan masukkan asam keping dan halia. Tambahkan ikan selayang dan biarkan ia masak dengan api perlahan sehingga ikan masak. Alihkan ikah ke dalam bekas berasingan.

Apabila ikan sudah sejuk, asingkan tulang dan isi ikan. tumbuk isi ikan sehingga lumat.

3. Bubur lambuk Pahang

Satukan 500 ml air dan santan ke dalam asas bubur yang dibuat terlebih dahulu. Panaskan dengan api sederhana.

Apabila mendidih tambahkan bawang merah kisah dan ikan yang ditumbuk lumat. Biarkan ia mendidih selama dua minit.

Masukkan semua sayur-sayuran dan gaul rata. Tambahkan garam dan lada hitam sebagai perasa. Tutup api dan tambah budu dan gaul rata. Sesuai dihidangkan ketika bubur masih panas. - KUALI 

sumber - Sajimy


4. Resepi Bubur Lambuk Original Terengganu



Bahan A

Satu cawan beras (dapat mkn dalam 12 orang)
Satu per tiga cawan santan
Dua sudu teh lada hitam (di tumbuk) - jika suka makan pedas sila lebihkan lada hitam.
Lima hingga tujuh ulas bawang merah (di tumbuk)
Dua ulas bawang putih (di tumbuk)
Setengah kilogram ikan selayang (di rebus dan di tumbuk)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Dua sudu teh budu ( saya guna budu cap ketereh je)
Tiga per empat cawan air kosong (boleh kurangkan )


Bahan B : Ulam- ulaman

Pucuk midin
Daun cekak manis
Daun kaduk
Daun gambas
Daun kesom
Ubi keledek atau ubi stelle( orang terengganu panggil)
Dan lain-lain yang anda gemari.

Cara membuat bubur lambuk terengganu :

  1. Tanak beras terlebih dahulu. Jika beras satu cawan air akan saya lebihkan separuh periuk. Barulah bubur masak dengan elok dan cantik. Apabila air beras sudah hampir kering, tutup api.
  2. Rebus ikan selayang yang kita sudah sediakan sampai masak Air rebusan ikan tersebut jangan di buang,  campurkan ke dalam bubur yang telah siap kita tanak tadi.
  3. Seterusnya masukkan santan dan bahan-bahan yang telah di tumbuk ke dalam bubur .Kacau rata sampai sebati.
  4. Apabila bubur sudah mendidih. Masukkan pula ulam-ulaman.Kacau lagi sampai ulam-ulaman sebati dengan bubur.
  5. Kemudian, masukkan budu, gula dan garam sesedap rasa.


Sumber : 
http://cararesepi.blogspot.com/2018/09/resepi-bubur-lambuk-terengganu-asli-original-tradisional-mudah-sedap-simple.html


Tu jer yang saya jumpa masak dok Google mengGoogle. Kalau ada orang Pantai Timur yang tahu resepi sebenar atau resepi mak-mak, boleh je letak kat komen dan saya akan tambah, buang atau perbetulkan. Terima kasih.