Selamat Hari Guru - Guru Tunjang Sekolah Sejahtera | Bila sebut guru, tak kira sekiranya anda adalah Profesor, Pensyarah, Cikgu, Teacher, Ustazah, Ustaz mahupun Guru Tadika anda adalah guru yang mendidik kita semua untuk terus menjadi insan yang cemerlang.


Sesungguhnya guru atau cikgu adalah pekerjaan yang sungguh mulia dan merekalah yang bertanggungjawa mendidik, mengajar, memberi pesanan dan berkorban masa dan berusaha untuk kita berjaya. Tanpa guru, tiada sesiapa pun yang akan pandai mengenal huruf, nombor, menulis dan membaca seperti ini.





Terima kasih tak terhingga buat bonda, guru pertama yang melahirkan dan mengenalkan umi pada dunia, mendidik tanpa noktah dan guru-guru yang pernah mengajar bermula dari ABC, kemudian guru-guru sekolah  #MarianConventSetapak,  #APGS #BedfordSecretarialGirlsCollege #RimaCollege #GoetheInstitut #TheBritishCouncil 


Dalam family umi, hanya kakak kedua jer yang pernah menjawat jawatan sebagai guru dan suaminya juga guru tapi keduanya dah pencen. 





Guru,

Dalam ajarnya ada harapan,

Dalam tegurnya ada doa,

Dalam marahnya ada sayang,

Dalam tawanya ada mesra

Dalam diamnya ada kebijaksanaan

Dalam tangannya sahsiah kita terbina.



Wahai guru pengasuh jiwa,

Jasamu tidak akan ku lupakan

Terima kasih kerana telah mendidiku

Selamat hari guru kepada semua guru-guruku.

Terima kasih cikgu


Guruku, 

Kau mengajariku pelbagai ilmu,

Kau memberiku nasihat setiap waktu,

Guruku kau ibarat ayah bondaku,

Guruku kau jangan lelah mendidikku,

Ajari aku tentang Rasulku,

Ajari aku tentang perilaku,

Guruku, jasamu akan ku ingat selalu, 

Terima kasih guruku.


Puisi Abdul Aziz A 



Selamat Hari Guru, semoga terus hebat, sabar dan tabah dengan karenah anak-anak murid zaman sekarang 

#terimakasihcikgu #HappyTeachersDay