Menu Wajib Dan Istimewa Aidilfitri Bila Beraya Di Kampung - IAMFUZY™ Malaysia Lifestyle Blog

TERKINI

Post Top Ad

Menu Wajib Dan Istimewa Aidilfitri Bila Beraya Di Kampung

Menu Wajib Dan Istimewa Aidilfitri Bila Beraya Di Kampung | Kalau berhari raya ni kat Kedah ni lain macam sikit sebab pagi raya dah ada laksa utara, bihun sup utara yang disediakan buat tetamu kat kampung DH. Sebenarnya tetamu pagi raya mereka yang akan menjengah rumah selesai solat Aidilfitri adalah sanak saudara jadi juadah ni la yang meraikan kedatangan adik-beradik dan keluarga terdekat. 

 

Tapi di kampung DH tahun ni menu raya tu agak lain sikit bila tuan rumah buat masak lodeh rebung tapi Gulai Daging Kerisek Utara ni memang menu wajib setiap kali hari raya yang dimakan bersama ketupat palas, lemang atau nasi impit. Kalau kat KL pun umi akan buat gulai daging kerisek sebab tu favorite DH dan anak-anak.




Tahun ni Mak Teh (adik DH) tak buat laksa seperti kebiasaan sebab dah planning nak berjalan ke rumah saudara mara. Memang tercapai dengan rekod menziarah ke 14 buah rumah dalam 1 hari tu sampai ke malam dan sampai naik berlengas rasa badan. Hebatkan raya terkejut dan kami merayakan dengan cara mengejutkan juga tu.


Aidilfitri kali ni lebih istimewa bila abang sepupu DH yang juga tauke harummanis menjamu kami dengan pulut mangga di pagi raya. Selalunya dia akan buat laksa atau bihun sup utara tapi kali ni lain memandangkan dia baru kehilangan ibu tercinta yang juga merupakan kekanda ayah mertua, beberapa hari sebelum Aidilfitri


Baca : Raya Terkejut ? Raya Mengejut? Tetap Indah


Menu raya pertama dan kedua dengan 3 hidangan itik dimasak untuk makan tengahhari kami. Ishhh teringat-ingat pulak keempukan isi itik yang padat sampai rasa nak buat lagi. Tapi kat KL ni sekilo daging itik pulak RM40 tu...hahhh pengsan.!


Menu Wajib Dan Istimewa Aidilfitri Bila Beraya Di Kampung


Gulai Daging Kerisek Utara


Bahan-bahan

1kg daging, dipotong kecil

1 cawan serbuk kari daging

3 sudu kerisik

1/2 kilo santan

2 sudu teh garam

Minyak untuk menumis


Bahan Tumis :

4 bawang merah, dihiris

3 bawang putih, dihiris

3 keping halia, dihiris

5 biji buah pelaga

2 kuntum bunga lawang

5 kuntum bunga cengkih

1 batang kulit kayu manis

1 tangkai daun kari


Baca : Gulai Daging Makan Dengan Ketupat Palas - Cara Anyam Ketupat Palas


Cara penyediaan

  • Gaul daging bersama rempah kari dan diperap  selama 15 minit
  • Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik bau. Masukkan daging yang diperap dan kerisek, masak hingga pecah minyak. Masukkan santan. kacau supaya mesra dengan daging. Akhir sekali, masukkan garam secukupnya. 
  • Kecilkan api dan biar mendidih perlahan beberapa minit supaya kuah menjadi agak kering. Siap untuk dihidang bersama ketupat palas.



Masak Lodeh Rebung



Bahan-Bahan

Daging ayam, dipotong kecil

Rebung kuning, disagat memanjang

2 mangkuk santan pekat

Serbuk kunyit

Garam secukup rasa


Bahan dikisar

15 tangkai cili api

10 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

2 inci halia

2 gengam belacan


Cara Penyediaan :

  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar besama isi ayam serta serbuk kunyit. Masak hingga pecah minyak dan isi ayam masak sempurna. Masukkan rebung, kacau biar mesra bersama dengan ayam. Bila nampak rebung agak lembut, masukkan pati santan dan garam secukupnya. Renih hingga kuah agak kering, tutup api dan sedia untuk dihidang.


Nota : Kalau nak lebih sedap, guna kunyit hidup dan dikisar bersama bahan lain.


Itik Masak Lemak Cili Api



Bahan-bahan
1 ekor itik, dibersihkan dan dipotong kecil
1 helai daun kunyit, dihiris kasar
1 biji mangga muda, dipotong
2 keping asam gelugur
1 mangkuk santan cair
1 1/2 mangkuk santan pekat
2 batang serai, diketuk
2 inci lengkuas, diketuk


Bahan kisar
15 - 20 tangkai cili api
5 tangkai cili api merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas



Cara Penyediaan
  • Masukkan bahan kisar dengan air, serai serta lengkuas didalam kuali berserta daging itik, gaul sebati dan di renih dengan api sederhana. Kacau dengan kerap supaya daging tidak melekat dan hangit.  Tambah air supaya bahan kisar lebih mesra dengan daging itik dan isi itik menjadi lebih lembut.
  • Bila daging itik nampak dah lembut, masukkan santan cair, daun kunyit dan asam gelugur. Kacau dengan kerap supaya tidak pecah minyak. Kalau suka boleh letak mangga muda, sebaiknya mangga telur yang masam tapi cukup menyedapkan bila dimasak.
  • Akhir sekali masukkan santan pekat dan garam secukupnya. Bila kuah hampir mendidih, tutup api tapi jangan sampai pecah minyak. Siap dan sedia dihidang.

Baca : 3 Menu Wajib Hari Raya


Itik Masak Gulai Mamak


Bahan-bahan:

1 ekor itik, dibersihkan dan dipotong kecil

1 paket rempah daging /  ayam

2 sudu serbuk jintan manis

2 sudu serbuk jintan putih

1 sudu serbuk kunyit

2 sudu serbuk cili

3 biji tomato, dipotong baji

2 biji kentang, dipotong

2 biji bawang besar, dipotong nipis

1 mangkuk santan cair

1 mangkuk pati santan

rempah 4 sekawan

1 tangkai daun kari

1 helai daun pandan, disimpul


Bahan untuk dikisar

5 ulas bawang merah

5  ulas bawang putih

1 inci halia


Cara penyediaan:

  • Tumis rempah 4 sekawan bersama daun kari dan daun pandan yang disimpul hingga naik bau. Masukkan bawang besar yang dihiris, masak hingga keperangan dan masukkan buah tomato. Kemudian masukkan bahan yang dikisar. Bila sudah kekuningan, masukkan itik yang telah dipotong tadi. Kacau dan biarkan dimasak dalam 5 - 10 minit.
  • Masukkan rempah yang sudah dicampur dengan air, kacau dan tambah air supaya rempah masak dan mesra dengan itik dan rempah pecah minyak.
  • Bila dah pecah minyak, masukkan santan cair, kacau dan biar direnih. Api jangan terlalu kuat supaya, isi itikk mesra dan dimasak sempurna.
  • Masukkan kentang dan bila nampak agak empuk, masukkan santan pekat serta garam secukupnya. Biarkan kuah mendidih, tutup api dan sedia untuk dihidang.



Itik Masak Kicap


Bahan-bahan

1 ekor itik, dibersihkan dan dipotong 

2 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

2 inci halia

sos tiram

kicap Mudim


Cara penyediaan

  • Masukkan itik di dalam kuali berisi air dan sedikit minyak. Rebus hingga itik menjadi lembut dan air menjadi kering hingga tinggal minyak. Asingkan itik dari kuali.

  • Tumis bawang merah, bawang putih dan halia dengan minyak hasil rebusan itik tadi hingga layu dan naik bau. Masukkan itik, sos tiram dan kicap, gaul hingga sebati dan dimasak dengan api sederhana. Perasankan dengan sedikit garam. Pastikan itik sudah benar-benar lembut dan ditutup api. Siap

Selamat mencuba!

10 comments:

  1. Replies
    1. heee mmg sedap Cik Nor...ni rasa nak cari itik dan masak lagi tapi kat KL ni mahal yaamat

      Delete
  2. ha'ah..orang utara mmg suka masak laksa time hari raya, walaupun laksa tu hari2 boleh dapat tapi bila dimakan time raya, rasa mcm best je, rasa special pulak.....

    jarang makan itik..tapi nampak menyelerakan sungguh masakan itik tu semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. laksa dengan org utara tu sinonim sangat tapi bila raya tu mmg sajian istimewa mungkin sebab bulan Ramadan kan bila makan tu feeling kurang...hehee

      sama la lama tak makan itik sebab harga itik kat pasar mahal yaamat..bila dapat ni fuhhh hilang rasa craving

      Delete
  3. Replies
    1. tu la ni tengok balik pun dah terliur sendiri..hehe

      Delete
  4. wah banyaknya menu masakan itik. mesti sedap tu

    ReplyDelete
  5. tak pernah makan lodeh rebung tu kak, cam unik je. ke sama dengan gulai lemak kuning tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap kali balik raya, kakak ipar akan buat tapi kali ni kami buat kat rumah pusaka. Sedap dan crunchy lodeh kering ni

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Post Top Ad