Sambut Aidilfitri Di Kedah Selepas 3 Tahun Dengan Raya Terkejut - IAMFUZY™ Malaysia Lifestyle Blog

TERKINI

Post Top Ad

Sambut Aidilfitri Di Kedah Selepas 3 Tahun Dengan Raya Terkejut

Sambut Aidilfitri Di Kedah Selepas 3 Tahun Dengan Raya Terkejut | Dah hampir setengah bulan Syawal baru dapat nak nukilkan kisah balik kampung kami. Akhirnya kami dapat beraya di Kedah selepas 3 tahun tak beraya di sana. Tahun 2019 memang turn raya di KL, tahun 2020 dan 2021 waktu PKP jadi raya kat rumah sendiri dan KL jer, tetiba jadi raya terkejut. Sebenarnya bukan kali pertama kot raya sehari lebih awal macam tahun ni tapi dah zaman teknologi, jadi raya terawal sehari pun jadi topik terhangat.


Agak sedih sebab raya kali ni hanya kami bertujuh jer yang balik ke Kedah sebab Ayong decide untuk beraya di KL sambil menjaga bonda. Memang terasa sebak tapi nak buat camner sebab bonda dah semakin uzur dan syukur sebab cucu dia (Ayong) sudi menjaga, lagipun bonda memang rapat dengan anak-anak sebab dia yang jaga diaorang sejak lahir hingga usia 12 tahun. Bila masuk sekolah menengah, kesemua anak-anak balik rumah dan jaga diri sendiri.



Seperti di rancang, kami balik kampung pada hari petang Sabtu walau plan asal nak bertolak selepas berbuka puasa. Bila difikir nak memasak, nak mengemas akan buat plan jadi lewat dan bimbang nanti stuck dalam kesesakan jalanraya. Tengahhari tu umi singgah rumah bonda hantarkan lauk sementara DH pergi cuci kereta dan check itu ini sebelum nak berjalan jauh. 


Kami pun bergerak dalam jam 4 petang, singgah ke Batu Caves rumah Liez untuk ambil kuih tart nenas untuk adik DH di Penang dan sebekas untuk bekalan kami. Baki kuih tu nanti lepas balik KL baru ambil kata DH.


WM - Batu Caves - Rawang - LATAR - Kuala Selangor - WCE - Penang

Memandangkan Angah Ammar ikut balik kampung, jadi DH jadi boss duduk belakang jer sementara KY jadi navigator. Dari Batu Caves - Rawang - LATAR - Kuala Selangor - Sabak Bernam. Kami berhenti untuk berbuka puasa di Sabak Bernam dalam jam 8.30 malam sebelum meneruskan perjalanan melalui WCE. 



Selepas berbuka DH pula ambil alih tugas memandu dan Angah disuruh berehat sebab dah memandu dari KL tadi. Lagipun DH memang layan driving bila ikut jalan lama ni tapi jalan luar ni memang sangat berbeza dari jalan yang biasa kami guna bila balik utara. Totally berbeza!


Lepas berbuka tu memang sepanjang melalui jalan lama ni, umi tak tidur langsung dan tak rasa mengantuk pun. Jalan lama awalnya ada 4 -5 buah kereta tapi lepas DH potong tu terus tak nampak dah kereta lain dan yang tinggal hanya kami di jalanraya yang berliku-liku ni. Pengalaman yang agak menyeramkan sebenarnya bila kami melalui jalan lama Changkat Jering - Sri Manjung - Terong yang gelap gelita dan keadaan jalan yang kecil dan berbelok-belok. Kiri kanan jalan tu memang gelap tak ada lampu jalan malahan tak nampak pun cahaya dari rumah atau dari kawasan perkampungan. 

Ada kisah rupanya Misteri Jalan Beruas kat facebook. Nak tahu sila google ya

Tapi kami perasan juga macam ada moreh sewaktu kami melepasi kawasan tu. Mungkin surau tepi jalan yang terang benderang dan agak ramai orang. Tak pasti pula daerah mana sebab dah memang tak nampak nama tempat apatah lagi memang gelap gelita, hanya lampu kereta kami jer yang menerangi jalan.


Alhamdulillah, debaran melalui jalan yang gelap gelita berakhir bila kami sampai ke Sitiawan dan masuk ke highway PLUS hingga sampai ke Penang jam 1 pagi. Memang tenang la kalau naik highway kan tapi kereta banyak but still dah lega sebab kami tak la kemurungan dalam kesesakan. Agaknya kalau kami naik highway terus dari KL tak tahu la jam berapa nak sampai Penang sebab sesak gila kot.


Sampai Penang, tempat tidur dah tersedia, jadi terus cuci muka, kaki dan zasss kami tidur kepenatan dan bangun untuk bersahur. Lepas sahur tu sempatlah juga kami berehat dan bercerita dengan ipar jalan yang kami lalui tu. Kata DH dia pernah lalu jalan tu waktu PRN tapi waktu tu waktu subuh dan dia dengan krew untuk shooting PRN. Memang seram akui DH dan sebab tu dia yang nak memandu apatah lagi jalan yang bengkang-bengkong gitu. Alhadulillah, tiada kejadian yang menakutkan sepanjang perjalanan kami. Jadi kalau sesiapa nak guna jalan situ atau jalan macam tu, pastikan minyak kereta tu penuh ya.


Pagi Ahad kami bersiap nak ke Padang Besar dan bertolak sebelum jam 9 pagi. Memang awal sebab takut lambat nanti sesak dengan orang ramai dan nak pergi masa raya ketiga takut tak sempat nak singgah dan mungkin PB pun tak buka lagi memandangkan kawan Angah ada pesan jersi MU.


Rasa Pelik Bila Padang Besar Sunyi

Kami singgah ke Beseri rumah abang sepupu DH konon nak pesan ikan pekasam dan mangga harummanis, tapi dia ada kat kampung. Jadi kami teruskan perjalanan ke PB sebab kalau lewat memang sesak dengan ramai orang yang berpusu-pusu membeli-belah. Waktu dah dekat nak sampai tu memang hairan la sebab boleh dikatakan tiada kenderaan seperti selalu malahan kat bulatan tu pun tak ada kenderaan juga. Sebelum tu nak berhenti kat bank tapi tengok punyalah ramai orang beratur, jadi kami berhenti kat Petronas (jalan menghala balik) untuk ambil wang tunai tapi lupa nak tanya kat kaunter kot-kot PB tutup. Jadinya kami meneruskan perjalanan dan barulah nampak kenderaan yang diparkir kiri dan kanan jalan. Memang tak banyak kenderaan dan parking pun masuk free.


Ya, Padang Besar dibuka tapi tak berapa ramai peniaga yang meniaga dan sebab Thailand akan sambut Aidilfitri hari Isnin.


Siapa tak seronok sebab tak perlu bersesak tapi kedai jersi yang sering kami pergi tu masih tak buka dan kedai yang kami pergi bulan Februari hari tu tutup. Jimat sikit duit! Selain jersi bola, kami beli comforter untuk diletakkan di kampung, kacang macadamia, gula gerek, ikan bilis mata biru haya RM25 sekilo tapi kualiti biasa-biasa jadinya belilah juga sekilo. 




Dari Padang Besar kami melalui Chuping sebab ingat nak berhenti sebelum teruskan perjalanan ke rumah kakak DH untuk berbuka dan menginap semalam. Badan dah letih sebenarnya jadi sempat juga berhenti untuk ambil gambar tapi tak lama sebab puasa kan dan panas yaamat.


Memandangkan kami nak berbuka di rumah kakak DH di Simpang Empat Kuar, sempat lagi kami berhenti nak beli ikan atau udang untuk juadah tapi hanya ada penjual mentarang jer, tu pun hanya ada dua orang peniaga. Jadinya DH beli 2kilo mentarang yang berharga RM12 sekilo. Gila murah kan. Memang tak beli banyak pun sebab pastinya Kak Chah dah sediakan banyak juadah lain. 


Sampai rumah Kak Chah sempat lagi kami rehat sekejap sebelum 'the girls' membantu Kak Chah membersihkan mentarang, nak masak sayur manis mentarang dengan kelapa. Nanti umi share resepi



Memang banyak menu Kak Chah sajikan untuk berbuka apatah lagi anak menantu serta cucu dia semua ada, jadi memang meriah sungguh waktu berbuka tu. 


Dalam duk sedap menjamu selera tu, terdengar pengumuman yang raya jatuh pada hari Isnin. Bagi umi tak heran la sebab beberapa hari sebelum tu ada ura-ura kata raya mungkin awal sehari dan umi pun rasa gitu tapi ramai yang kata tak mungkin.  Jadinya hasrat untuk menginap di rumah kakak DH terbatal bila kami terus balik ke Kerpan. Hasrat nak main bunga api pun tertunda sebab DH dah niat nak bagi zakat pada kakak sepupunya. Kalau tunggu esok pagi memang tak sempat dan kelam kabut nanti. Kesian kat kakak DH sebab kami serta adik DH pun berangkat balik ke Kerpan yang jaraknya dalam 20 minit je.


Perjalanan ke Kerpan agak mengambil masa sebab jalan agak sesak dengan kenderaan banyak. Anak-anak kampung balik beraya dan kedai Kawang yang terletak di pekan Kerpan pun cukup ramai orang. Mana taknya orang berpusu-pusu nak beli barangan mana tak cukup. Sesampai di Kerpan, DH terus ke rumah 2 orang kakak sepupu untuk bayar zakat dan memang rasa lega katanya.


Kat dapur, kakak ipar DH pun agak kelam kabut juga sebab tak sempat nak potong daging untuk buat gulai jadinya anak-anak jadi pembantu untuk potong bawang, potong daging dan sebagainya. 


Khabarnya pasar basah Kerpan yang tutup dibuka balik sampai jam 4 pagi! Mujur kami dah terlalu penat, kalau tak memang sah DH akan keluar naik moto pergi ambil gambar.


Baca : Menu Wajib Aidilfitri Di Kampung 


Pecah Rekod Berziarah Raya Hari Pertama 14 Rumah

Kalau dulu ada MiL dan FiL, memang DH akan lepak kat rumah jer selain menziarah ke rumah sepupu yang beberapa langkah dari rumah tapi sejak keduanya tak ada, memang lepas bermaafan tu kami berjalan ke rumah sepupu di PIDA atau beraya kat rumah kawan sekolah DH.



Dah namanya kampung DH, jadi haruslah beraya ke rumah adik beradik sepupu DH yang tinggal berdekatan sebelum melangkau jauh ke rumah kakak DH dan dia pun turut sama kami ke Sanglang dan ke PIDA. Jadinya DH bertiga beradik la mengunjungi saudara mara sebelah MiL dan FiL ni manakala abang kedua DH seperti biasa memang payah nak bawa berjalan dan abang sulung pulak dah bermastautin di Johor.


Pertama kali dalam hidup kami beraya kat 14 buah rumah sampai ke waktu Maghrib tu. Bayangkan dengan penat masuk kereta, keluar kereta, makan dan minum. Kalau ada penimbang mau takut jarum tu naik



Ni aerial view kawasan PIDA yang cukup cantik tapi laluan kenderaan muat untuk dua buah kereta jer dan kalau selisih kereta lain yang satu kena berhenti takut bergesel. Gambar ni waktu siang, tapi kami balik tu dah lebih jam 8 malam dengan jalan tanpa lampu pulak tu. Memang rasa semput bila banyak pulak kereta yang berselisih dengan kami. Bila sampai ke hujung jalan, memang tarik nafas lega. Memang pengalaman sungguh.


Memandangkan kakak DH tumpang kami, so kami singgah sekejap kat rumah dia sebelum balik ke Kerpan. 


Alhamdulillah, misi DH untuk bertemu saudara mara berkesampaian. Sampai di rumah memang buat apa yang perlu, mandi dan lelapkan mata untuk berehat. Ya, esoknya kami akan ke rumah kawan DH dan terus ke Penang.


Baca : Menu Raya Aidilfitri 2022 yang istimewa


Sampai sini dulu, next akan disambung cerita balik kampung kami.

3 comments:

  1. Indahnya kediaman di kelilingi sawah padi

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Aidilfitri Jauh ye beraya Kak Fuzy tahun ni

    ReplyDelete
  3. Rindunya nak pergi kedah. Ra mcm kg sendiri pulak padahal tempat membesar aje..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Post Top Ad