Aktiviti Menarik Di Taman Eco Rimba Komanwel KL | Baru-baru ni umi dapat meluangkan masa untuk menyertai program FAM (Familiarization Trip) atau Open Day ke Resort Taman Eko Rimba Komanwel KL yang dianjurkan oleh Tourism Selangor. Program ini adalah bagi mengiktiraf pencapaian dan sumbangan pengiat media yang membantu dalam mempromosi industri pelancongan di negeri Selangor.

Resort Taman Eko Rimba Komanwel Kuala Lumpur

Memang cukup meriah dengan kehadiran seramai lebih 180 orang penggiat media dalam kalangan wartawan, editor, penulis, blogger, selebriti, KOL, youtuber, dan ramai lagi yang dijemput bagi memeriahkan program yang memberi peluang untuk kami merasai pelbagai aktiviti menarik yang terdapat di sini. 


Selain dari tu ada 10 lokasi pelancongan yang menarik di Selangor yang boleh anda terokai. Kita pusing Selangor dulu ya.


Aktiviti Menarik Di Taman Eco Rimba Komanwel KL


Resort Taman Eko Rimba Komanwel terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong, menghala ke Rawang, dengan jarak kira-kira 24km ke utara pusat bandar Kuala Lumpur dan kira-kira 3km dari Bandar Rawang. 


Di sini, pengunjung boleh berkhemah dengan menyewa tapak atau menyewa khemah ‘glamping’ yang sangat estetik dengan aura glamor.

 

Aktiviti Menarik Taman Eco Rimba Komanwel KL

Selain dapat berkhemah menikmati ketenangan dalam hutan di bandar, banyak aktiviti lain yang perlu dicuba oleh penggunjung antaranya Glamping, Jungle Trekking, ATV, berkayak, river trekking, berbasikal, dan skuter elektrik. Memang cukup menarik aktiviti-aktiviti ini yang pasti menyeronokkan bila dilakukan ahli keluarga atau pun bersama rakan-rakan untuk menghilangkan stress, merehatkan diri daripada media sosial, dan mengeratkan silaturrahim.


Pihak Tourism Selangor menyediakan pengangkutan dari stesen LRT Gombak hingga ke Taman Eco Rimba Komanwel KL. 


Aktiviti Menarik Di Taman Eco Rimba Komanwel KL


Selepas pendaftaran, acara kami dimulakan dengan senamrobik. Memang lama tak bersenam dan mengeluarkan peluh jadi umi cuma duduk kat belakang jer.



Port OOTD 

Selain berkhemah dan layan aktiviti lasak, pengunjung berpeluang untuk berkongsi gambar OOTD kepada rakan mahupun ahli keluarga yang lain. Memang banyak tapak yang cantik dan estetik serta latarbelakang pemandangan resort yang cantik.


Aktiviti Menarik Di Taman Eco Rimba Komanwel KL

Tak sah kalau tak berposing kat sini kan.


Aktiviti Menarik Di Taman Eco Rimba Komanwel KL




Aktiviti Menarik Di Taman Eco Rimba Komanwel KL

Aktiviti Menarik Di Taman Eco Rimba Komanwel KL

14 Aktiviti Di Eco Rimba Komanwel KL

Sebanyak 14 aktiviti yang pasti menarik untuk disertai dan semestinya kena berswafoto diantaranya  Mini Flower Garden Cik Bunga, Cik Bunga Telephone Booth, Cafe Loaves & Bites, Welcome Bamboo, Roundabout RTERK, Berkayak, Berbasikal, Electric Scooter, ATV Ride


Cik Bunga merupakan maskot rasmi di RTERK dan pastikan anda bergambar di kedua port kepunyaan Cik Bunga ni termasuk juga di roundbout RTERK ni. 


Penginapan

The White Cottage, River Cottage Area, Lubarcamp, Checkpoint 9: Black Indiana, Forest by Cik Bunga.



Aktiviti Menarik Di Taman Eco Rimba Komanwel KL



Bagi yang nak berglamping boleh book di Lubarcamp yang menyediakan khemah siap  dengan tilam dan peralatan lain seperti kipas, kerusi dan banyak lagi. Memang selesa untuk anda yang ingin lari dari kebisingan bandar dengan suasana hutan yang tidak jauh dari bandar Kuala Lumpur. Malahan kat Selangor ni ada 8 tempat glamping yang boleh dicuba nanti.



Majlis Apresiasi Media TOURISM

Aktiviti Menarik Di Taman Eco Rimba Komanwel KL


Tourism Selangor menghargai sumbangan dan jasa penggiat media dengan Penganjuran Media FAM Trip dan Majlis Apresiasi Media Tourism Selangor 2022 di sebelah malamnya telah dirasmikan oleh YB Tuan Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor. 


Sebanyak 26 kategori anugerah dan penghargaan yand perkenalkan untuk diberikan kepada rakan-rakan media yang hadir pada malam ini. Sesi penilaian diambil kira, jumlah liputan serta nilai konten yang diwar-warkan dalam pelbagai platform media.


Antara kategori penghargaan dan anugerah yang diberikan pada tahun ini adalah seperti Liputan Media Terbaik, Video Travelog Terbaik, Majalah Pelancongan Terbaik, Wartawan Terbaik, Konten Media Sosial Terbaik, Program TV Terbaik dan banyak lagi.


Resort Taman Eco Rimba Komanwel KL (RTERK)

Resort Taman Eko Rimba Komanwel (RTERK) dilancarkan bagi memperingati Persidangan Hutan Komanwel ke-14 pada tahun 1993. Taman ini menggabungkan hutan tebal dengan taman berlandskap yang disediakan dengan pemandangan panorama, susunan formal, tapak perkhemahan, chalet, monumen air pancut, trek joging, denai mendaki, ladang lebah kelulut dan kemudahan lain untuk memberi pengunjung pengalaman yang indah untuk percutian.


Tarikan ini merupakan hutan simpan yang besar dengan keluasan lebih 260 hektar dalam spesies dipterokarpa tanah rendah bersempadan dengan Hutan Lipur Kanching dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). 


Commonwealth Eco Forest Park & ​​Resort atau dikenali sebagai Resort Taman Eko Rimba Komanwel (RTERK) dilancarkan bagi memperingati Persidangan Hutan Komanwel ke-14 pada tahun 1993, taman ini menggabungkan hutan tebal dengan taman berlandskap yang disediakan dengan pemandangan panorama, susunan formal, tapak perkhemahan, chalet, monumen air pancut, trek joging, denai mendaki, ladang lebah kelulut dan kemudahan lain untuk memberi pengunjung pengalaman yang indah untuk percutian.

RTERK kini diuruskan oleh Future World Avenues Sdn. Bhd. dengan kerjasama erat Kerajaan Negeri, Tourism Selangor Sdn. Bhd. dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.