Kenduri Bonda Ada Kejutan Kek Hari Lahir Buat September Babies | Memang tersenyum lebar bonda bila impian bonda tertunai untuk buat kenduri anak beranak berjalan dengan lancar dan meriah walau cukup sederhana.  Malahan, kami tetapkan RSVP untuk elak pembaziran, maklumlah dengan 9 ketua keluarga dan kebanyakkan adik beradik dah ada menantu dan cucu dan cicit. Bonda pun dah berpangkat Buyut sebab cucu Abang Chaq (abang sulung) dah punya anak dan soon nak lahirkan anak kedua.


Seperti kebiasaan malam Jumaat tu umi sampai rumah bonda untuk overnight, ehh ada Kak Jang (kakak no 2) buat surprise. Memang senyum lebar bonda sebab selain umi ada Kak Jang dan Bang Teh. Bonda ni memang suka anak-anak datang tidur kat rumah dia seperti mana mak-mak yang lain kan


Kenduri Bonda Ada Kejutan Kek Hari Lahir Buat September Babies


Alhamdulillah, anak-anak bonda semuanya hadir walau ada juga menantu dan cucu, cicit serta piut bonda yang tak dapat hadir. Kalau tak silap ada lebih kurang 70 orang kot tu belum masuk anak-anak Bang Chaq dan anak buah yang lain. Apa pun memang meriah.


Aturcara pun cukup simple dengan menu makan ala hi-tea dan bacaan Yassin sebelum masing-masing menjamu selera. Memandangkan orang Melayu ni perut nasi, kakak umi yang no 3 (Kak Jang) decide nak masak nasi dengan masak lemak cili api daging dengan ikan masin. 


Seperti kelaziman, umi akan balik jam 12.30 tengahhari sebab nak memasak tapi kali ni umi kena ke pasar beli barangan untuk Bang Teh masak kue tiaw. 


MENU KENDURI

Bihun goreng, laksam, kuih cucur badak hanya di tempah oleh adik sementara Abang Teh, ditugaskan memasak kue tiaw goreng yang seriously sangat sedap tambahan pula ada cili jeruk. Kak Ndak pula tempah kuih kaswi pandan, Kak Lang buat air limau kasturi asam boi, Bang Chaq pula bawa krim puff yang sangat sedap sebab menantu dia memang pakar buat kuih untuk jualan. Bang Ngah pula tempah kuih dan umi pulak seperti selalu buat bubur kacang hijau dan bubur pulut hitam.


Kenduri Bonda Ada Kejutan Kek Hari Lahir Buat September Babies


Walau kenduri untuk hi-tea tapi Kak Jang pula decide nak masak nasi dengan gulai cili api daging serta ikan masin memandangkan pasti ada yang datang lebih awal. Tup-tup Kak Uda pula buat stew kambing seperiuk besar. Fuhh bersinar-sinar mata cikapplepie dengan stew kambing tu.


Bila dah bersibuk dan ramai kat rumah bonda ni, umi terus lupa la pulak nak ambil gambar makanan yang lain tapi sempat ambil video sikit. Hurmm



KEJUTAN HARI LAHIR BUAT BULAN SEPTEMBER

Kenduri Bonda Ada Kejutan Kek Hari Lahir Buat September Babies

Surprised! rupanya Chef Ross bukan buat kek untuk Uda yang sambut hari lahir ke 55 pada 3 September tapi untuk September babies seramai 6 orang yang kesemuanya perempuan. Kedua anak buah lelaki yang sama tarikh lahir sama umi pulak tak hadir begitu juga anak buah yang sambut birthday 1 September.


Meriah birthday dan semestinya kek Tiramisu kesukaan DH tapi DH pulak tak ada. Apa pun tak kisah sebab dia dah dapat kek Tiramisu masa sambutan birthday Ayong pada 28 Ogos lepas.



4 SEPTEMBER, BIRTHDAY UMI KE 53 !

Alhamdulillah, umi bersyukur kerana masih diberikan kesihatan yang baik sehingga hari ini dan dapat menyambut ulang tahun kelahiran ke 53 walau tiada sambutan di mana-mana sebabnya DH berada di Kuantan hingga hari Isnin.


Kenduri Bonda Ada Kejutan Kek Hari Lahir Buat September Babies

 

Perihal hadiah Gimbal tu, umi dah cerita, nanti kalau ada kelapangan umi cerita pasal handphone android yang DH hadiahkan tu.