Singgah Makan Di Pak Mat Western Penang | Finally, selepas beberapa kali makan kambing perap frozen Pak Mat Western, kami sampai juga ke kedai makan Pak Mat Western yang pernal viral ni. Selalu juga lalu video  Elisha Sandha masak kambing perap dan Sheila Rusly pun sama.


Tak sangka Pak Mat Western ada cawangan antaranya kat Kulai, Johor dan khabarnya akan buka beberapa cawangan lain. Tahniah  kerana berjaya menyediakan makaanan ala barat dengan slogan citarasa hotel, harga warong ni.



Antara makanan frozen yang dijual adalah Kambing Perap, Lembu Perap dan Ayam Perap yang berbeza harga setiapnya.

Waktu sampai tu pengunjung perlu tunggu sebelum dibenarkan masuk mungkin sebab selalu full house la kot. 

Bila sampai kat meja makan, tiada menu fizikal macam dulu, scan dan pilih apa yang nak dimakan dan diminum. Rasanya lebih praktikal dan cepat.


Tapi makanan kami sampai pun agak lambat dan paling akhir umi dapat meatball tu. Mujur kami tak la rush sangat tapi perut dah lapar.
Nasi Goreng Lamb Chop (RM17.90) untuk DH, rasa kambing tu lembut tapi agak dry. Cikapplepie pilih Spagetti Fish Fillet (RM13.90), Kak Yang pilih Nasi Kambing (RM10.90) sebab dia meamng macam DH yang suka kambing. Memang kami semua suka kambing kecuali Angah Ammar jer


Umi pulak pilih homemade meat ball (RM13.90) kekonon tak nak makan nasi. Portion meatball tu memang banyak tapi daging tu keras dan kering. Mujur bukan pakai gigi palsu. KY pun order Tempura Calamari Ring (RM7.90) sebab KY craving nak makan kisahnya.

Kami juga order Ice Lemon Tea x 2 (RM5.00) sebab umi dan KY minum air suam jer dan kami take away frozen kambing perap (RM39.90) yang tengah ada promosi





Ruang makan kat sini, memang luas dan selesa walau waktu kami sampai itu, memang agak ramai orang sedang menikmati makanan. Kedudukan meja pun tak rapat, jadi rasa selesa sangat.


Apa yang umi nampak ada kemudahan surau dan tandas dalam premis ni, jadi lepas makan tu memang kena singgah masuk dalam sebab perjalanan kami masih jauh.




Kalau anda berada di Penang atau lebih spesifik kat Bukit Mertajam boleh la singgah dan mencuba makanan kat Pak Mat Western ni.




By the way, ada yang komen di IG umi yang dia ada bad experience kat Pak Mat Western ni. Apa pun tastebud kita berbeza, apa yang sedap pada orang lain mungkin tidak pada kita.


Alamat : No. 6, Jalan Industri Tangkas 2 Taman Industri Tangkas, 14000 Bukit Mertajam, Penang


Baca Juga : Kalau ke Melaka boleh singgah Cafe Markisa