Alhamdulillah, tahun ni kami sambut ulangtahun perkahwinan ke 32! Tahun ni agak berbeza sebab habibi hadiahkan sejambak bunga buat pertama kalinya! Rasa bahagia sangat walau habibi bagi sekuntum bunga pun dah memadai, tanda dia ingat ulangtahun perkahwinanan kami.
Seperti biasa umi memang akan beli kek tiramisu tapi tahun ni umi buat kelainan sikit, tempah kek lemon cheesecake dari Chef Ross sebab Ayong dan Miya suka cheesecake.
01 November 2024. Ulangtahun perkahwinan ke 32 yang berbeza dari biasa. Memang tak jangka akan dapat bunga dan habibi akan ingat tarikh istimewa kami tapi pelik pulak sebab ssesampai di rumah, tengok dia tengah bersantai menonton tv.
Waktu umi letak beg dan nak ke dapur, habibi bangun dan masuk bilik anak bujang, kat tangan dia ada sejambak bunga. Memang senyum sampai ke telinga la sebab waktu balik dok terfikir, kalau dapat bunga sekuntum pun dah cukup membahagiakan. Tak perlu hadiah lain dah.
Anniversary Dinner Bersama Ahli Baru
Kisah dapat bunga tu berlaku pada hari ulangtahun tapi anniversary dinner ni pulak 2 hari sebelumnya. Kalau ikutkan nak buat on the dot tapi sebab Is ada hal, jadinya anniversary dinner diawalkan pada 30 Oktober.
Memang awalnya nak ke restoran Italian Place, dulunya dikenali sebagai Restoran Jiran (rebranding rasanya). Dah lama kami tak ke sana dan umi memang nak makan pesto.
Bila sampai kat lokasi, tengok restoran penuh dengan pengunjung tapi habibi sempat pergi tanya dan memang penuh. Dulu kami akan call untuk booking tapi tidak kali ni sebab dinner ni antara jadi dengan tidak sebab masing-masing ada hal dan weekdays pulak tu.
Cosy Place Restaurant, Wangsa Maju
Malas nak fikir restoran lain, umi terus call Cosy Place ni dan buat booking. Alhamdulillah boleh juga muat 9 orang kami ni.
Tahun ni dah 3 kali umi ke sini, kali kedua dengan ahli keluarga sewaktu sambut hari lahir Kak Yang dan kemudian umi dan kawan sekolah pun buat small reunion kat sini.
Menu Pilihan
Jom tengok apa yang kami order dengan harga sekali, kot kalau anda ke sini bolehlah tau harganya mengikut bajet dalam poket dan ikut cita rasa kami.
Apa pun cita rasa kita berbeza, mungkin sedap pada kami tidak pada anda kan.
Belacan Fried Rice (RM12.90) menjadi pilihan habibi. Orang perut nasi ni mana boleh tak makan nasi.
Rating : 3/5
Rating : 4.5/5
Panfried Blue Mackerel Fillet (RM35.00) Umi pula nak kelainan walau sebenarnya nak makan pesto. Selain tu umi tambah Creamy Wild Mushroom Soup (RM12.50) dan teh Earl Grey (RM6.80).
Sebenarnya hampir setiap kali ke sini, umi akan order mushroom soup ni sebab suka dengan soup yang diletakkan dalam roti macam umi pernah makan di Dome dulu-dulu.
Rating : 3/5 untuk mackerel / 4.5 untuk mushroom soup
Sour and Sour Chicken Rice (RM12.90) jadi pilihan Is (menantu) Nampak sedikit portion nasi tu tapi banyaklah jugak
Rating : 4/5
Fish & Chips (RM30.00), jadi pilihan budak yang masuk gym dan nak kurus. Siapa lagi kalau bukan KY Amanda, isterinya Iskandar.
Memang kurus dan fit badan KY ni, yang sekarang sibuk nak bina muscle. Aduhaiii.
Rating : 4/5
Rating : 4/5
Grilled Chic Chop with Creamy Mushroom (RM23.50) jadi pilihan Cik Meya. Not bad rasa serving dan portion pun agak banyak
Rating : 4.5/5
Beef Spaghetti Bolognese (RM25.00) jadi pilihan CikCha. Ni memang tak recommended sebab tak menepati selera. Kata CikCha, sosnya rasa sos tomato jadi jenuh dia nak habiskan.
Rating : 3/5
Angah Ammar pula tiba lewat dan dah kenyang, dia cuma order minuman Hot Chocolate sambil nak meraikan hari ulangtahun kami.
Kalau dah makan mesti ada minuman yang kami order Ice Lemon Tea RM7.80, 2 x Hot Chocolate RM6.80 x 2, Lychee Juice RM8.50, Air Mineral RM3.50 dan Air Suam RM1.00 x 2.
Jadi jumlah keseluruhan ialah RM282.35 untuk 8 orang termasuk service charge dan tax.
Alhamdulillah, sesi makan malam sempena ulangtahun perkahwinan kami kali ni bertambah meriah dan berseri dengan kehadiran ahli baru, menantu pertama kami.
Lain tau ada menantu ni, haha
5 Comments
32 tahun yg penuh rasa....semoga berbahagia hingga ke akhir hayat kak..
ReplyDeleteAlhamdulillah...selamat menyambut ulangthaun ke 32 Umi...jauh lagi linda nak sampai 32 nie...
ReplyDeleteiye, dapat bunga sekuntum pun dah gembira, tapi sebenarnya, kalau husband igt tarikh anniversary tu pun dah bahagia...sebab jarang lah husband nak ingat...kikiki
walau terlambat, nak wish jg - happy anniversary puan, semoga bahagia till jannah!...seronok tengok anak2 & menantu berkumpul, sambut anniversary ibubapa..
ReplyDeleteHappy Anniversary. Alhamdulillah seronok dan meriah.
ReplyDeletedouble meriah bila ada ahli baru erk
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!