Sambutan Lewat Birthday KC Iman Di Kafe Heavenly Meal

Akhirnya dapat kami raikan hari lahir KC Iman walau lewat 6 hari, tak macam tahun lepas, cuma dapat bersahur pun kat kedai mamak. Kiranya ada 2 tarikh lahir dalam bulan Mac, habibi pada 1 Mac, raikan di Italian Place dan hari lahir KC Iman pula pada 1 Syawal, dengan umi sibuk dan KY Amanda pula balik ke rumah mertua.




Kafe Heavenly Meal

Ni kafe pilihan KC Iman untuk iftar beberapa hari sebelum akhir Ramadan, tapi tak kesampaian sebabnya Ayong buat extra kerja di pasar Ramadan, sama juga dengan anak-anak yang lain termasuklah jadual umi pun sangat pack.

Akhirnya 5 April dipilih sebab masing-masing tiada program, KY pun dah balik KL, paling penting dan sangat pasti jalan tak jem sebab orang ramai masih tak balik bercuti dari kampung.

"Cook with passion, taste like heaven"

 

Menu Pilihan

Bila tiba bab mengorder ni memang ambil masa nak-nak pula dengan ahli yang ramai. Semua nampak sedap, risau juga bila pertama kali kat kedai yang kita tak biasa ni memang risau sebabnya habibi ni memang agak 


Honey Mustard Lamb Chop (RM32.00) menjadi pilihan birthday girl, KC Iman. Kepingan lamb shoulder yang dimarinate dengan mustard, ada coleslaw, black pepper sauce dan cajun fries. Sedap dengan rasa masam-masam mustard. 


Spaghetti Akira (RM22.00) pilihan KY Amanda. Spaghetii fusion Itali, Cina dan Jepun dengan kuah bacheml digabung dengan home made chili. Ada 3 gyoza yang sedao. Cukup rasa peda, berkrim dan memang layan makan spaghetti ni.


Spaghetti Alfredo (RM18.00) x 3 pilihan habibi, Ayong dan Ammar. Kalau sesiapa suka cabonara macam habibi mesti suka Alfredo ni tapi yang ni versi pekat digual dengan kuah white becahamel dan potong daging. Cukup rasa lemak dan secukup rasa.


Spaghetti Tomato Sunset (RM18.00) x 2 pilihan umi dan Is. Ni menu top seller dan spaghetti ni macam gigi hadid pasta katanya tapi versi ni lagi sedap. Pasta ni hasil campuran kuah bechamel dengan tomatoo sauce diganding dengan ayam honey garlic chicken dengan rasa lemak masak dan berkrim. Walau agak manis tapi sedap!


Fish and Chip (RM24.00) pilihan Cik Meya, ada fries dan sos garlic yang memang sedap.


Chicken Chop (RM24.00) pilihan cikapplepie ni memang besar portionnya dengan fries, sos lada hitam, roti bawang putih dan coleslaw. 

Gyoza Dumpling (RM10.00) ni jadi favorite anak-anak. Memang recommended dengan isi ayam yang padat dan banyak

Nuggets and Fries (RM9.00) ni tak sempat nak ambil sebab ni kami order paling akhir.



Minuman Pilihan

Kalau korang ke sini, kena try minuman haru biru tu yang mungkin sama dengan kafe atau restoran lain dengan nama yang berbeza.



Apa yang pasti, habibi suka teh tarik kat sini. 

  • Haru birtu (RM8.00) x 2 
  • Ice Tea Peach (RM9.00)
  • Longan Katuri (RM8.00)
  • Ais Kosong (RM1.00)
  • Teh Tarik (RM3.00) kurang manis
  • Ice Lemob Tea (RM5.00)
  • Garlic Bread (RM2.50)

Jumlah keseluruhan RM255.50 untuk 9 orang. 


Hiasan Dalaman Kedai

Kedai ni tak berapa besar dan simple, hiasan pun biasa je tapi banyak yang macam retro juga. Pekerja kat sini pun 


Ruang makan kedai pun simple dan tak berapa banyak sebab tu mereka tak bagi kita buat booking.


Di dinding tergantung gambar-gambar retro dan mungkin mengamit kenanang buat empunya kedai atau pengunjung sini.

Rating Peribadi

Puashati! dan menepati selera kami. Portion makanan pun agak besar dengan harga yang pada umi sangat berpatutan.

Paling umi suka, kedai ni kepunyaan 3 orang anak muda Melayu sejak PKP selepas kehilangan pekerjaan. Jadi kita pun seronok nak support apatah lagi makanan kat sini pun sedap. Memang boleh datang lagi tapi

Cuma nak dapat parkir letak kereta tu agak payah, lagi-lagi kalau hujung minggu sebab berdekatan dengan perumahan dan pastinya ramai yang tahu akan kedai ni.


PRICE :  9.5/10 |  FOOD RATE :  9.5/10  |  SERVING :  9/10   |  AMBIANCE : 8.5/10

Lokasi Heavenly Meals


Alamat : Ground Floor, 138, Jalan Kampung Pandan, Kampung Pandan, 55100 KL

Tel : 014-7198 701

Waktu Operasi : 12.00 tengahari - 11 malam



Post a Comment

0 Comments