4 Hari Guna Servis e-Hailing : Pengalaman Biasa, Terbaik Dan Terburuk

Habibi kena tahan kat wad sebab jari kelinkingnya yang dislocated. Asalnya dia ke Hospital Kuala Lumpur untuk follow up temujanji pada hari Isnin 16 Jun) untuk ketumbuhan di tapak tangan tapi doktor pula terlihat keadaan jari kelinking kanannya yang bengkak dan bengkok. Tapi umi nak kongsi pengalaman biasa,, terbaik dan terburuk bila guna e-hailing 4 hari berturut-turut sejak habibi hospitalized.


Kecederaan Jari Kelinking

Kononnya bermain bola untuk MAKSWIP ni adalah kali terakhir sebelum pencen dan memang ya pun yang terakhir dan dia sendiri dah war-warkan akan gantung but sebab bukan sekadar kecederaan di jari kelinking tapi kaki kiri juga. 

Habibi ni kalau masuk padang bermian, memang serius dan sepanjang bermain bola banyak kecederaannya antaranya  ACL lutut kanan, koyak bibir, dislocated di jari kelinking kiri jadi bila perkara sama berlaku pada jari kiri, dia buat tak tahu.

Kecederaann jari kelinking ni paling teruk tak macam jari kelinking kiri dulu tapi dah berkali dinasihatkan untuk ke klinik, dia kata " nanti-nanti baiklah" Tapi kalau tersalah sentuh, terjerit la juga

Baca Juga : Kecederaan paling teruk sejak bermain bola


Masuk Wad Orthopedik

Temujanji pada pagi 16 Jun (Isnin) untuk masalah ketumbuhan kat tapak tangan, namun ketumbuhan tu dah tercabut tapi bila doktor tengok jari kelinkingnya tu, memang panjanglah ceritanya.

Tup-tup kami dapat tahu habibi kena di masukkan ke wad untuk rawatan jari kelinking. maka bermulalah episod kena tahan wad sepanjang hidup habibi.



Bila di X-Ray nampak jari yang dislocated tu memang la doktor tak boleh buat tak tahukan.

Malam tu dengan hujan lebatnya, bergegas kami ke HKL untuk hantar barangan keperluan habibi sebab meang tak diduga akan dimasukkan ke wad.


4 Hari Guna e-hailing

Okay, nanti umi cerita perihal masuk wad dalam entri yang lain sebab nak cerita pengalaman menggunakan perkhidmatan 2 e-hailing selama empat hari berturut-turut. 

Memanglah agak costly tapi tak nak buang masa cari parkir, jadinya servis e-hailing kami guna supaya lebih cepat dan 


Hari 1 /  Selasa

Driver 1 - WM ke HKL (Grab) 4*

Seorang lelaki berbangsa cina dengan keadaan kereta yang bersih. Dia menggunakan Jalan Genting Kelang hingga ke destinasi. Cuma lupa nak bagitau CikCha untuk pin bahagian Kecemasan, jadinya grab hantar kami ke bahagian lobi.

Maka berjalanlah kami berdua menuju ke bahagian Kecemasan. Well tak apa, kirinya macam breeze walklah jua.


Pemandu : 


Driver 2 - HKL ke WM (Maxim) 4*

Pemandu Melayu ni buat kami rasa kelakar sebab macam nak borak tapi macam tak nak. Dia tanya nak singgah ke Air Panas ke selepas diberitahu saya memang orang KL, bersekolah di APGS. "Eh dah kenapa nak singgah, memang out of the way nak balik rumah tu" kata hati. Tapi layan jer la. Pastu dia tanya nak berhenti beli ayam goreng ke? sebab dia tengok ayam goreng popular kata Barakath yang digoreng sekali lagi sebelum diberikan pada pelanggan.

Nama Pemandu : 


Hari 2 / Rabu

Driver 1 - WM ke HKL (Grab) 4*

Pengalaman dengan driver yang sangat best, sangat soft spoken dan polite. Tutur kata pemandu Melayu ni memang sangat humble dan sangat-sangat recommended. Kami bercerita pasal hal ehwal semasa, pasal pokok, pasal pelancongan (topik yang umi sangat suka) dan dia pula nak buat survey memandangkan dia baru tamat pengajian Master tapi lupa pulak kursus yang dipelajarinya.

Waktu ada sebuah kereta tiba-tiba masuk ke kiri, dia tak marah tapi terkejut, still calm dan relax. Bukan umi jer suka dengar tutur kata dia tapi cikcha pun cakap perkara yang sama.

Nama Pemandu : 


Driver 2 - HKL ke WM (Maxim) *****

Perjalanan balik dengan driver Maxim ni memang borak sepanjang jalan dari cerita parkir penuh di HKL dan dia cerita pasal parkir Hospital Sultanah Bahiyah yang besar pun selalu penuh. Banyak yang kami borak antaranya kisah isterinya yang pernah menghidapi limfoma tahan 3 sebelum kahwin. Memang teruk isterinya tu sampai penah botak, pernah kimo  tapi Alhamdulillah sekarang dah bebas dari limfoma darah. 

Bercerita hal limfoma yang pernah habibi hidapi dulu, memang isteri dia memang tahap bahaya tapi bapa mertua dia berusaha mengubati anak walau dalam keadaan payah dan stress sebab isterinya sendiri sakit dan  kena jaga anak-anak.

Kami berkongsi pendapat orang yang hidap kanser (limfoma, pengalaman suami dan isteri driver ni) mereka tak boleh stress dan kata driver Maxim ni, ada 3 perkara yang perlu dielakkan dari pesakit ni iaitu, jangan bagi mereka stress, jangan bagi mereka rasa tersisih dan jangan bagi mereka merasa mereka beban.


Nama  Pemandu : Azrul Bin Amron (Axia Silver)


Hari 3 / Khamis

Driver 1 - WM ke HKL (Grab) **

Kami dapat Grab Myvi dan kali ni kami 3 orang jadi masuk dan duduk belakang tapi driver minta duduk depan sebab kereta dia lowered. So umi pun keluar dan duduk depan sementara KY dan Cikcha duduk belakang.

Lepas lalu depan Masjid Usmah Bin Ziad, tengok dia masuk kiri, ingatkan dia akan ikut Setiawangsa, Keramat dan masuk Semarak tapi dia naik highway DUKE. Bila tanya, kenapa naik highway, dia cakap dia ikut waze.

Lahh, kenapa driver Grab ni tak tanya dulu sebab kalau guna highway, pelanggan kena bayar tol dan jauh pulak tu dia pusing.


Nama Pemandu : 


Hari ni kami bertiga dengan cikcha peneman sepanjang masa dan KY Amanda yang WFH tapi sempat ikut kami dan kat katil ayah pun ada kerja perlu dibuatnya.


Driver  2 - HKL ke WM (Grab) - 0*

Awalnya kami guna MAXIM tapi driver nak sampai dalam 19 minit. Uishh tu dah lama sangat tu jadi bila kami sampai kat tempat menunggu tu kami dapat driver Grab (AXIA) yang akan sampai dalam 4 minit. Legalah juga sebab tak perlu tunggu lama.

Memandangkan dia bawa AXIA, jadi fikr nak kena duduk depan tapi dia cakap duduk belakang. Erm, seat depan pun dah penuh barang kat lantai. 

Masa dia tak guna bulatan Pahang, umi ok jer cakap dekat KY Amanda, yang  dia ikut Jalan Semarak sebab nampak Jalan Pahang macam jalan sesak.

Tup tup dia naik DUKE,ehhh kenapa dia tak tanya, bila tanya dia kata ikut waze. Then ok jer la kot sampai awal tapi dia naik pulakk SPE. Dah dua kali kena bayar tol! Kami diam jer lagi bila dia turun selepas DesaTun Hussin Onn dan kira dia akan ambil kanan untuk terus ke Wangsa Maju

Tapi, dia masuk ke DUKE! 

Pastu cakap kat dia kenapa dia masuk DUKE balik kenapa tak ikut kanan? dia cakap dia tak tahu. Cakap kat dia kalau tak tahu kenapa tak tanya? Pastu dia suruh kami turun dan saya nak bayar tapi dia tak nak. 

Bayangkan kami kena jalan kaki dekat highway tu  melawan arus sebab kam kena turun lepas dia masuk simpang ke DUKE. Menapak dalam 10 minit untuk ke taxi stand berdekatan Desa Tun Hussin Onn.

Nama Pemandu : 


Driver 3 - DTHO - WM (Grab) ****

Alhamdulillah, tak lama kami tunggu untuk dapat Grab ke 3 (VIOS). Seorang anak muda cina yang keretanya bersih dan kami sampai ke rumah dalam 3.15 petang.

Nama Pemandu : 


Hari 4 / Jumaat

Driver 1 - WM ke HKL (Grab)

Pengalaman dengan hari Khamis tu cukup mengajar, jadi bila dapat e-hailing pada kali ni umi siap-siap bagitau dia untuk guna Jalan Genting Kelang.

Pemandu berbangsa Cina ni agak berumur dan boleh layan borak pasal makan durian, pasal pelanggan Bangla yang dia sebut Mangra. Mulanya agak jenuh nak faham tapi dia cakap orang Mangra ni nak naik empat orang, barulah kami faham. Dalam pelat tu seronok dia bercerita yang dia pernah makan durian 3 ulas sementara kawan yang sama makan durian boleh habiskan 6 biji, esoknya kaki jadi bengkak. Dia cerita pasal dia tak boleh makan manis sebab ada diabetes, cerita pasal dia tak percaya bila datuk dia dulu kata tak boleh angkat tangan tapi bila dia dah tua ni, dia pun alami perkara yang sama.

Memang syok dalam faham dan tak faham tu, memang enjoy the ride. Kereta dia pun bersih walau waktu nak naik tu tengok ada kesan kemek tapi tak semak dalaman kereta dia.

Nama Pemandu : 



Driver  2 - WM ke HKL (Maxim)

Pemandu Mealyu ni agak berumur dan dari loghat bahasa yang dituturkan memang sah dia orang Kedah dan bila tanya tu memang kami borak sakan. Kata driver yang dah pencen dengan Jabatan Pertanian ni, orang Kedah suka cakap nak mampuih. Contonya, sedap nak mampuih, jauh nak mampuih dan ayat mampuih ni memang selalu ada. Memang betul dan memang layan berborak apatah lagi umi bagitau dia yang encik suami pun orang Kedah.

Dia bercerita pasal keluarga dia, anak-anak semua dah kahwin dan ada seorang anak yang menghidap penyakit limfoma darah tahap 4. Anak yang pandai dan cemerlang dalam pelajaran dan ilmu agama tapi umur tak panjang. 

Nama Pemandu : 

Pertanyaan

Apakah sekarang driver tak perlu tanya penumpang untuk guna lebuhraya memandangkan untuk ke Hospital Kuala Lumpur ada 2 option melainkan tiada pilihan lain tapi sepatutnya pemandu e-hailing patut tanya pelanggan kerana kos tol akan dimasukkan ke dalam kos perjalanan, 


Kesimpulan

Memang seronok bila bercerita dengan pemandu e-hailing atau teksi ni, kita boleh dapat pengalaman, boleh gembira ketawa terkekek-kekeh atau boleh menangis dengar kisah orang yang tidak baik nasibnya. Mungkin mendengar cerita mereka ini kita boleh jadikan contoh dan buat sempadan.


Post a Comment

0 Comments