Sabtu, Pagi Ke Pasar Dato Keramat Dan Petang Shopping Di Quill City Mall

Jari habibi masih lagi tak ok, begitu juga dengan kaki kirinya yang masih dengan masalah muscle pulled. Nak berjalan lama tak boleh, jadi memang jalan-jalan cuci mata kat Cowboy atau mall memang tiada dalam diari dia buat masa ini. Ada satu lagi sesi fisio dan mungkin akan sambung lagi fisio, bergantung pada dia kalau  dia rasa perlu.





Baca Juga : Buat Fisio di Physiogo https://www.iamfuzy.com/2025/05/tanggung-cedera-paling-teruk-sepanjang.html


Pagi Ke Pasar Dato Keramat

Sekian lama Ayong tak ikut ke pasar sebab maklumlah anak bujang ni busy sungguh tapi dia dah janji nak ikut serta sebab tau ayahnya tak boleh nak bawa barangan berat. Maklumlah belian untuk 2 minggu sekali ni dengan 4 ekor ayam, 2,3 jenis ikan, udang, sotong dan kekadang tu beli kerang atau ketam terutama bila bulan tengah penuh.


Kata habibi, dia beli ikan aji-aji. Tak pernah pula dengar nama ikan ni tapi kata Ayong, kan sekarang musim haji, tu yang ikan tu boleh sampai ke Malaysia tu. Aduhlah anak, tapi memang ya pun kita baru je sambut hari raya haji kan.

Tambah habibi lagi, ramai juga yang nakkan ikan ni dan kata Anuar (peniaga ikan) memang ramai suka ikan ini sebab sedap dan memang payah nak jumpa. Jadinya habibi pun belilah 3 ekor, bimbang sedap pada selera orang tapi tidak pada selera sendiri.


Spot favorite untuk sayuran pastinya kat Jep sebab dah tau apa yang nak dibeli dan harga kat dia pun berpatutan.

Ada beberapa bulan dulu, dia bagi buah yang macam jambu batu ni, dia cakap ada orang kata sedap dan dia bagi percuma untuk dicuba. Buah ni agak tahan lama tapi sampai kesudah tak dimasak sebab banyak pula sayur lain sampai lupa buah ni.

Tapi kali ni, memang beli buah ni sebab nak cuba masak. Jep sendiri pun tak tahu nama buah ni. Habibi suruh tanya kat ChatGPT sebab boleh dapat jawapan instant dan yess, nama buah ni labu siam. Sedap juga buah ni dibuat sayur masak lemak kuning, dan tak sangka buah labu siam ni banyak manfaatnya terutama buat wanita hamil dan baik untuk cegah lemak hati



Mujur minggu ni tak perlu beli daging sebab ada orang sedekah, kalau tak memang bertambah berat dengan daging 2-3 kilo, sayur-sayur, ulaman, santan, barangan kering seperti bawang kecil, bawang besar, ikan bilis yang memang beratlah untuk dijinjing masuk ke rumah walau parkir kereta ke rumah tu sekangkang kera jer.


Begitulah jadual bila pasar day ni, dengan barangan yang perlu dibeli untuk dimasak tak termasuk barangan kering di pasaraya Hero atau Aeon. 


Petang Di Quill City Mall

Kalau ikutkan memang malas nak keluar kalau hari pasar ni sebab penat ke pasar, penat menyimpan, memasak dan berat perut lepas makan tapi habibi minta belikan baju 2,3 pasang untuk Cik Meya yang akan mula kerja. Kalau nak ikutkan hati mau angkut dia sekali tapi faham masalah kaki ni memang tak boleh nak buat apa. Maklumalah usia orang nak pencen..haha



Kat sini tak berapa ramai orang tu yang bestnya, sebab makin usia tua, makan rimas bila bersesak dengan orang ramai.

Waktu nak ke H&M, kami nampak belon-belon yang dibuat pelbagai bentuk menarik ala Pirate dengan sotng, lanun, belon panas yang pastinya mengambil masa untuk disiapkan dan mencabar kesabaran sebab belon ni kan mudah pecah.

Thumbs up buat artist kat Quill City Mall


H &M


Memang best kalau ada sales kat H&M ni, harga long pants yang ratus pun jadi separuh harga dan dapat staff price lagi sebab adanya kawan si bujang kat situ. Alhamdulillah, memang rezeki sebab kalau tak mau pokai juga kan.


Apa pun memang anak-anak suka betul shopping H&M ni sebab kena dengan jiwa dan citarasa.


Ngopi Di Coffee Bean


Perut masih kenyang tapi KY pulak lapar sebab memang niat dia nak keluar ajak girls (umi pun kategori girls jugak kan) makan kat Sukiya. Rugi kalau perut semua masih kenyang nak makan kat situ, jadinya kami cuma coffee time kat Coffee Bean ni.


NSK Grocer

Alang-alang dah ke sini, umi pun ajak ler anak-anak ke NSK Grocer sebab masa kena buat job kat sini, memang teruja umi sebab pasar ni lain dari yang kami pernah pergi. 

Dah rasa macam masuk Village Grocer pun ada dengan susunan sayuran yang lebih kemas, bersih dan harga masih murah.


Dalam jalan-jalan tu jumpa buah labu siam ni dengan buah roselle tapi idoklah dibeli sebab bila masanya pulak nak rebus roselle ni dan sayur pun banyak beli kat pasar Dato Keramat.


Anak-anak pulak teruja sebab NSK ni teratur, kemas dan siap nak datang lagi. Alamak, idoklah nak datang kalau tiada hal.


Gitulah Sabtu kami, macam mana dengan hari Sabtu korang?


Post a Comment

0 Comments