15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk DiAmalkan

Macam mana rasa ubi beetroot ni? Ada rasa tanah tak? Memang sebelum ni dok terfikir banyak kali nak guna atau tak sebab kalau tengok warnanya tu  dah macam warna buah naga yang tinggal kesan kat tangan.

Jus beeetroot


Ubi Bit / Beetroot

Ubi beetroot atau ubi bit kaya dengan nutrien penting seperti zat besi, folat, vitamin C dan antioksidan. Dalam dunia kesihatan, ubi ini amat  dipercayai membantu melancarkan peredaran darah, meningkatkan tenaga dan menyokong fungsi hati.



15 Resipi Jus Beetroot Wajar Dicuba

Ada 15 resepi jus ubi bit yang bukan sahaja sedap dan mudah disediakan, tetapi juga baik untuk kesihatan anda.

Ketahui bagaimana anda boleh menggabungkan jus ubi bit dengan pelbagai bahan semula jadi lain untuk hasil yang lebih menyegarkan dan berkhasiat.

Ayuh jadikan jus ubi beetroot sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat anda!

Secara mudahnya ubi bit ini dibuang kulitnya, dipotong kecil, dicampur dengan buah-buahan lain, dan dikisar.  Boleh minum terus atau ditapis sebelum diminum sejuk.

Jus ini sebaiknya diminum secara sejuk, sekali atau dua dalam seminggu dan di minum di waktu pagi.


1. Jus Beetroot Asli

  • Manfaat : Tinggi antioksidan (terutama betalain), Menyokong kesihatan jantung dan tekanan darah (kerana kandungan nitrat semulajadi), Membantu detoksifikasi hati, Meningkatkan prestasi stamina dan tenaga (baik untuk senaman), Kaya dengan zat besi – baik untuk pembentukan darah.


Bahan-bahan:

1 biji ubi beetroot (sederhana besar)

1 cawan air


Cara : Kupas dan potong kecil beetroot. Kisar bersama air dan tapis sebelum dihidangkan sejuk.


2. Beetroot + Epal Hijau + Oren + Lobak Merah



Manfaat: 

  • Detoks semulajadian, membantu membersihkan hati dan darah. Meningkatkan tenaga & stamina, Kulit lebih sihat & berseri, menurunkan tekanan darah, meningkatkan imuniti dan baik dalam  sistem usus


Bahan-bahan:

1 biji beetroot

1 biji epal hijau

1 batang lobak merah

1/2 oren

1 cawan air


Cara : Kisar semua bahan hingga halus dan tapis.


3. Jus Beetroot + Timun + Lemon + Halia

Khasiat: Detoks hati, bantu penghadaman, kuatkan imun


Bahan-bahan:

1 biji kecil beetroot

½ batang timun

½ biji lemon (perah jus)

1 cm halia

1 gelas air sejuk


Cara: Potong semua bahan kecil-kecil. Kisar bersama air. Tapis jika mahu, dan minum sejuk.


4. Jus Beetroot + Lemon + Daun Pudina

  • Manfaat: Menyegarkan, bantu penghadaman dan cegah kembung.

Bahan-bahan:

1 biji beetroot

1/2 biji lemon (perahan)

Beberapa helai daun pudina

1 cawan air


Cara: Potong semua bahan kecil-kecil. Kisar bersama air. Tapis jika mahu, dan minum sejuk.


5. Jus Beetroot + Oren + Halia

  • Manfaat: Tinggi vitamin C, bantu tingkat imuniti.

Bahan-bahan:

1 biji beetroot

1 biji oren

1 inci halia

Air secukupnya


Cara: Potong semua bahan kecil-kecil. Kisar bersama air. Tapis jika mahu, dan minum sejuk.


6. Jus Beetroot + Nanas

  • Manfaat: Kaya enzim bromelain untuk sistem penghadaman.

Bahan-bahan:

1 biji beetroot

1/2 cawan nanas

Air secukupnya


Cara: Potong semua bahan kecil-kecil. Kisar bersama air. Tapis jika mahu, dan minum sejuk.


7. Jus Beetroot + Saderi + Epal Merah

  • Manfaat: Sesuai untuk tekanan darah dan detoks.

Bahan-bahan:

1 biji beetroot

1 batang saderi

1 biji epal merah

1 cawan air


Cara: Potong semua bahan kecil-kecil. Kisar bersama air. Tapis jika mahu, dan minum sejuk.


8. Jus Beetroot + Yogurt + Madu

  • Manfaat: Bantu kesihatan usus dan rasa lebih kenyang.

Bahan-bahan:

1 biji beetroot

1/2 cawan yogurt rendah lemak

1 sudu teh madu

Sedikit air


Cara: Potong semua bahan kecil-kecil. Kisar bersama air. Tapis jika mahu, dan minum sejuk.


9. Jus Beetroot + Halia + Madu

  • Manfaat: Bantu kurangkan keradangan dan tingkat tenaga.

Bahan-bahan:

1 biji beetroot

1 inci halia

1 sudu teh madu

1 cawan air


Cara: Potong semua bahan kecil-kecil. Kisar bersama air. Tapis jika mahu, dan minum sejuk.


10. Jus Beetroot + Kurma + Susu Badam

  • Manfaat: Kaya tenaga dan serat, sesuai untuk sahur.

Bahan-bahan:

1 biji beetroot

2 biji kurma (buang biji)

1 cawan susu badam


Cara: Potong semua bahan kecil-kecil. Kisar bersama air. Tapis jika mahu, dan minum sejuk.


11. Jus Beetroot + Tembikai

  • Manfaat: Hidrasi tinggi dan bantu cuci buah pinggang.

Bahan-bahan:

1 biji beetroot

1 cawan tembikai (dadu)


Cara: Potong semua bahan kecil-kecil. Kisar bersama air. Tapis jika mahu, dan minum sejuk.


12. Jus Beetroot + Tomato + Lemon

  • Manfaat: Tinggi likopena, baik untuk kesihatan jantung.

Bahan-bahan:

1 biji beetroot

1 biji tomato

1/2 biji lemon (perahan)


Cara: Potong semua bahan kecil-kecil. Kisar bersama air. Tapis jika mahu, dan minum sejuk.


13. Jus Beetroot + Timun + Halia

  • Manfaat: Minuman detoks harian yang menyegarkan.

Bahan-bahan:

1 biji beetroot

1/2 batang timun

1 inci halia

1 cawan air


Cara: Potong semua bahan kecil-kecil. Kisar bersama air. Tapis jika mahu, dan minum sejuk.


14. Jus Beetroot + Epal Hijau + Halia

  • Manfaat: Kaya antioksidan, bantu detoks hati dan melancarkan penghadaman.

Bahan-bahan:

1 biji beetroot

1 biji epal hijau

1 inci halia

1/2 biji lemon (perahan)

1 cawan air


Cara: Potong semua bahan kecil-kecil. Kisar bersama air. Tapis jika mahu, dan minum sejuk.


15. Jus Beetroot + Lobak Merah + Timun

  • Manfaat: Gabungan untuk kesihatan mata dan kulit.

Bahan-bahan:

1 biji beetroot

2 batang lobak merah

1/2 batang timun

Air secukupnya


Cara: Potong semua bahan kecil-kecil. Kisar bersama air. Tapis jika mahu, dan minum sejuk.


Kesimpulan

Secara jujurnya jus ubi beetroot ni sangat sedap, walau ada sedikit bau tanah tapi bearable sebab tu diminum sejuk. Paling bagu beetroot ini sangat banyak manfaat kepada kesihatan seperti:

  • Menurunkan tekanan darah
  • Menambah tenaga
  • Menyokong fungsi hati
  • Melancarkan peredaran darah
  • Meningkatkan imuniti badan


Menurut kajian dalam Hypertension Journal (2008), jus beetroot membantu menurunkan tekanan darah dalam masa beberapa jam selepas diminum.


Selamat mencuba!

Post a Comment

4 Comments

  1. Banyak manfaat beetroot ni rupanya.

    ReplyDelete
  2. Wah... Menarik.. Tq kak... kongsi ilmu tentang ubi bit ni...

    ReplyDelete
  3. beetroot pun saya tak pernah jumpa...hahaha

    ReplyDelete
  4. Banyak khasiat nya ye... kene cuba ni kak

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!