Selalunya telur ikan tenggiri dengan warna kecoklatan ni memang mudah didapati kat pasar dan telur tu memang agak keras dan bila dimasak pun kekal keras. Tapi baru-baru ni umi jumpa telur tenggiri papan yang cukup cantik dan memang rasa menyesal kalau tak beli walau harganya RM45 sekilo.
Resipi Gulai Cili Api Telur Tenggiri Papan
Bahan-bahan
Telur Tenggiri Papan
20 tangkai cili api kampung
1 helai daun kunyit, dihiris
1 batang serai, diketuk
3 keping asam gelugur
1 mangkuk air
1 mangkuk santan segar
1/2 mangkuk santan kotak
Bahan Kisar
5 tangkai cili api thai
1 1/2 inci kunyit hidup
5 ulas bawang putih
Cara Penyediaan
1. Rendam telur dalam tepung dan limau kasturi, kemudian dicuci bersih dan hati-hati sebab telur ni agak lembut.
2. Kisar cili api, bawang putih dan kunyit hidup hingga halus. Masukkan ke dalam periuk bersama serai yang diketuk dan semangkuk air, renih dengan api perlahan, kacau supaya jangan melekat bila kering.
3. Masukkan santan cair, bila nampak hampir mendidih masukkan telur ikan, asam gelugur dan daun kunyit.
4. Bila telur tu nampak dah separa masak, terbalikkan dengan cermat supaya telur tidak pecah dan masukkan santan pekat, kacau dengan perlahan supaya kuah tidak pecah minyak. Kena kerap kacau (timbuk) kuah supaya tak pecah minyak
5. Akhir sekali, perasakan dengan garam secukupnya. Siap!
Nota :
Kali ni saya tak masukkan mangga muda atau belimbing sebab nak feel makan telur ikan tenggiri ni tanpa gangguan sebab telur ni nampak sangat fresh.
Baca Juga
Banyak Ikan Rare Ada Di Pasar
Umi nak kongsi ikan-ikan yang rare yang mungkin korang pernah nampak, pernah makan atau tidak tapi ikan-ikan ni apa yang umi tak sangka boleh jumpa kat sini.
Ikan Aji-aji
Pertama kali kami kenal ikan ni bila Anuar yang meniaga ikan ni kata isi ikan ni sedap. Mulanya habibi cuma ambil 3 ekor dan memang sedap. Ikan ikan ni ada rasa macam ikan bawal tapi isi ikan aji aji ni lebih sedap. Ada rasa macam ikan tongkol tapi lebih lembut tapi lebih sedap.
Nak resipi ikan aji-aji, boleh baca kat resipi ikan aji-aji goreng bersos
Pelik juga bila nama ikan aji-aji tapi sinonim yang muncul waktu orang balik dari mengerjakan haji. Mungkin secara kebetulan.
Apa pun ikan ni memang terbaik dan korang kalau jumpa kena ikan ni kat pasar silalah beli.
Ikan Sisa Nabi/Ikan Sebelah
Ikan sebelah atau flatfish (Pardachirus marmoratus). Ikan ini dikenal sebagai ikan sisa nabi kerana ianya dimakan oleh Nabi Musa AS saat mencari Nabi Khidir. Dalam tradisi Islam, ikan ini memiliki bentuk yang unik dan aneh, dengan kedua mata yang terletak di bagian atas tubuhnya, sehingga terlihat hanya memiliki satu sisi. Ikan ini juga disebutkan dalam Alquran dan memiliki makna simbolis dalam kisah Nabi Musa. Menurut beberapa sumber, ikan ini dihidupkan kembali oleh Allah dan berkembang biak hingga sekarang.
Ikan ni memang umi selalu nampak bila balik kampung di Kedah, selalunya ikan ni dikerat 3 dan digoreng biasa. Rasa isi ikan ni pun sedap bila digoreng garing. Mungkin lain kali umi boleh masak ikan ni dengan resipi yang lain. Mungkin.
Ikan Kekek
Ha gitu lah lebih kurang baik lagu yang sering dinanyikan waktu kecil dulu walhal tak kenal langsung pada ikan malahan memang umi tak kenal pun ikan-ikan tu bila dah berusia tapi mula kenal ikan tu bila habibi sering kenalkan pada ikan-ikan yang ada kat pasar ni.
4 Comments
Sedapnya gulai telur tu. Pekat likat je. Cicah roti pun sedap ni.
ReplyDeletetelur ikan tenggiri ni faVourite mak saya ni
ReplyDeletesedap, segala telur ikan mieja suka kak....
ReplyDeleteSaya pernah makan telur ikan di restoran Padang. Memang dimasak gulai biasanya, mungkin untuk menghilangkan amis yaa. Tp saya suka. Kalo digulai atau masak lemak, sedaap memang. tp pernah juga coba yg digoreng, tak suka, Krn JD keras hahahaha.
ReplyDeleteIkan2 rare di atas biasanya dijual di restoran seafood yg mahal. Ikan sebelah terutama. Sedaap memang. Biasanya dibakar. Ikan aji aji mama juga sering masak, dibakar. Unik kan namanya.. jarang ketemu di pasar ikan kecil
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!