Ketahuilah Akan Perbezaan Lafaz Doa Antara Jenazah Lelaki Dan Wanita

Umumnya kita akan sebut INNALILLLAHI WA INNAA ILLAHI ROJI'UN apabila mendengar berita kematian ahli keluarga, saudara, sahabat mahupun sesiapa saja. Sekiranya di mesej mahupun di media social, anda juga boleh menambah doa buat simati dan dapat juga menenangkan perasaan mereka yang kehilangan akibat kematian.



Ucapan 

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Erti : "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah, dan hanya kepada Allah kami kembali."



Dalam Al Quran, setiap umat muslim dianjurkan membaca doa untuk orang meninggal. Anjuran membaca doa untuk orang meninggal juga tertuang dalam surat Al Hasyr ayat 10 yang berbunyi;


وَالَّذِيْنَ جَاۤءُوْ مِنْۢ بَعْدِهِمْ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِاِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالْاِيْمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِنَا غِلًّا لِّلَّذِيْنَ اٰمَنُوْا رَبَّنَآ اِنَّكَ رَءُوْفٌ رَّحِيْمٌ ࣖ - ١٠


Erti:

"Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa, 'Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sungguh, Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang."


Perbezaan doa buat jenazah mengikut jantina

Ketika kita ingin memanjatkan doa untuk orang meninggal, lihat apakah simati adalah seorang lelaki atau pun wanita kerana ada sedikit perbezaan doa untuk kedua-dua jenazah.


Doa Untuk Simati Wanita

Doa sekiranya jenazahnya perempuan;


اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا، وَأَكْرِمْ نُزُلَهَا، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهَا، وَاغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهَا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلاَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ. وَأَبْدِلْهَا دَارًا خَيِرًا مِنْ دَارِهَا، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ اَهْلِهَا وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهَا، وَأَدْخِلْهَا الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهَا مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ


Arab latin:

Allaahummaghfir laha warham ha wa'aafi ha wa'fu anha wa akrim nuzula ha wa wassi' madkhola ha waghsil ha bil maa-i wats-tsalji wal barodi wa naqqi ha minal khothooyaa kamaa yunaqqots tsaubul abyadlu minad danasi wa abdil ha daaron khoiron min daari ha wa ahlan khoiron min ahli ha wazaujan khoiron min zaoji ha wa adkhil hal jannata wa 'aidz ha min 'adzaabil qobri wafitnati hi wa min 'adzaabin naar


Erti:

"Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, bebaskanlah dan lepaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, cucilah dia dengan air yang jernih lagi sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan bagaikan baju putih yang bersih dari kotoran, dan gantilan rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada yang ditinggalkannya, dan keluarga yang lebih baik, dari yang ditinggalkan, serta suami yang lebih baik dari yang ditinggalkannya pula. Masukkanlah dia ke dalam surga, dan lindungilah dari siksanya kubur serta fitnah nya, dan dari siksa api neraka."


Doa Untuk Simati Lelaki

Ada sedikit perbezaan doa buat jenazah lelaki, iaitu pada sebutan 'wa la ha' dan 'min ha' jika doa untuk orang meninggal dipanjatkan kepada jenazah wanita


Sementara kalau yang meninggal laki-laki maka kalimatnya menjadi 'wa la hu' dan 'min hu'. 


Berikut doa untuk jenazah lelaki.


اللّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَاَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِلْمَاءِ وَالشَّلْجِ وَالْبَرْدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْاَبْيَضُ مِنَ الدَّ نَسِ وَاَبْدِلْهُ دَارً اخَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَاَهْلًا خَيْرًا مِنْ اَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَادْخِلْهُ الجَنَّةَ وَاعِذْهُ مِنْ عَدَابِ الْقَبرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ


Arab latin:


Allaahummaghfir lahu warham hu wa'aafi hii wa'fu anhu wa akrim nuzula hu wa wassi' madkhola hu waghsil hu bilmaai wats-tsalji walbarodi wanaqqi hi minal khothooyaa kamaa yunaqqots tsaubul abyadlu minaddanasi wa abdil hu daaron khoiron min daari hi wa ahlan khoiron min ahli hi wazaujan khoiron min zaoji hi wa adkhil hul jannata wa 'aidz hu min 'adzaabil qobri wa fitnati hi wa min 'adzaabin naar


Artinya:


"Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, bebaskanlah dan lepaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, cucilah dia dengan air yang jernih lagi sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan bagaikan baju putih yang bersih dari kotoran, dan gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada yang ditinggalkannya, dan keluarga yang lebih baik, dari yang ditinggalkan, serta istri yang lebih baik dari yang ditinggalkannya pula. Masukkanlah dia ke dalam surga, dan lindungilah dari siksanya kubur serta fitnahnya dan dari siksa api neraka."


Doa Memohon Ampun

Sekiranya anda tidak tahu jenis jantinanya dan mendengar ada berita duka, anda boleh membaca doa untuk orang meninggal yang tujuannya memohon ampun kepada Allah SWT. 

Berikut doa untuk orang meninggal yang memohon ampun


اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَلَهُ وَأَعْقِبْنِي مِنْهُ عُقْبَى حَسَنَةً


Arab latin: Allahummaghfirli wa lahu wa'qibni minhu 'uqba hasanah


Erti : "Ya Allah, ampuni diriku dan dia dan berikan kepadaku darinya pengganti yang baik."

 

Baca Juga 


Post a Comment

0 Comments