Hari ini genap 7 hari Kak Mala (isteri Bang Ngah) meninggalkan keluarganya dan kami semua. Ipar ketiga yang telah kembali ke rahmatullah dalam keluarga kami pada usia 62 tahun. Insan yang akan sentiasa dalam ingatan dan amat terasa kehilangannya kerana sifatnya yang sangat mesra dan gemar bergurau senda.
Kak Mala atau nama sebenarnya Noziah Bt Mohd Salleh ni berasal dari Parit, Perak, diperkenalkan melalui bapa saudaranya kepada abah dan dijodohkan dengan abang ngah Mohd Noor. Mereka dikurniakan dengan 3 cahaya mata, dan 5 cucu. Kak Mala ni sangat rapat dengan adik beradiknya seramai 10 orang.
Kronologi Kematian Kak Mala
Waktu kat rumah Bang Ngah, sempat kami borak dan menurut BN, Kak Mala bangun batuk-batuk dalam jam 3 pagi hari Sabtu (13 Dis) dan mengadu sakit-sakit badan dan dalam jam 6 pagi dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru dengan ambulan.
Jam 8.18 pagi : BN bagi tau yang dia tak dapat hadir untuk mesyuarat keluarga sebab Kak Mala dimasukkan ke Hospital Kuala Kubu Baru jam 6 pagi
Jam 8:31 pagi BN bagitau tengah tunggu ambulan untuk bawa Kak Mala ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.
Jam 8.48 pagi, BN bagitau hasil pemeriksaan, Kak Mala mengidap paru-paru berair dan banyak asid dalam darah
Jam 4.13 petang : BN bagitau yang ambulan otw bawa Kak Mala ke Hospital Selayang dan ditidurkan.
Pagi Ahad, jam 0602 pagi BN bagitau yang Kak Mala telah dipindahkan ke ICU dan masih tak sedarkan diri dan dibawah pemantauan.
Kami yang ada kat Perlis ni bertambah tak senang duduk bila adik bagitau yang sanak-saudara boleh melawat Kak Mala sebab dia tiada harapan.
Jadinya grup whatsapp keluarga memang busy tanya itu ini dan kami ingat nak ke hospital bila tiba nanti tapi beritahu waktu lawatan hingga jam 7 malam sahaja dan kami akan sampai KL dalam 8.30 malam
Jam 5.36 petang BN bagi tau yang Kak Mala kritikal, dah xde. Speechless dan confuse kejap.
Jam 5.49 petang BN mesej bagi tau "Kak Mala dah tak ada, dah tinggalkan abang"
Innalillahiwainnaillahirojiun.
Tak tahu nak express macam mana dengan kami masih diperjalanan kembali dan hubby kemudian cadangkan kami terus ke rumah BN di Serendah sebab tak nak berselisih dengan van jenazah yang akan menghantar Kak Mala nanti.
Kak Mala Dalam Kenangan
Doa Buat Allahyarhamah Kak Mala
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا وَأَكْرِمْ نُزُلَهَا وَوَسِّعْ مُدْخَلَهَا وَاغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهَا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهَا دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهَا وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهَا وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهَا وَأَدْخِلْهَا الْجَنَّةَ وَأَعِذْهَا مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ
Moga Allah ampuni dia, rahmati dia,
maafkan dia,
muliakan kematian dia,
lapangkan kubur dia,
jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya,
semoga dia ditempatkan di kalangan orang² yang beriman.
*Al Fatihah ....* بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Aamiin Ya Rabbal Alamin.


.jpeg)

0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!