Ni antara urap atau dipanggil kerabu yang menjadi favourite Mak waktu dia sihat dan sememangnya Mak ni punya idea yang banyak bila kat dapur, selain mudah ia juga tak renyah nak sediakan.  Jom kita tengok apa bahan2 ringkas yang mak Umi gunakan untuk kerabu ni

Kerabu Selom ni makan dengan nasi panas dan ikan goreng pun dah sedap dah.. ;D

Bahan:
Seikat daun selom
1/2 biji kelapa parut
5 batang cili kering
3 biji cili api
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
1 batang cili masak
sedikit cuka
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
Daun selom dibersihkan, dibasuh dan dihiris halus.
Cili kering dibasuh dan ditumbuk hingga lumat, masukkan cili api (kalau suka pedas, boleh tambah bilangan cili api tu), bila dah lumat, masukkan bawang putih juga ditumbuk hingga lumat kemudian masukkan bawang merah, ditumbuk jangan sampai lumat dan akhir sekali masukkan kelapa dan garam, ditumbuk hingga semua bahan bergaul rata. Masa ni dah jadi sambal kelapa dah ya.
Keluarkan sambal kelapa dan campurkan dengan daun selom dan bawang besar yang dihiris, sedikit cuka dan digaul hingga semua sama rata.  Masukkan garam sekiranya perlu. Akhir sekali hiris cili masak dan ditabur sebagai hiasan.  psst kali ni Umi tak letak pun sebab tak de stok hehe.
Dah siap untuk dimakan dengan nasi panas

Info: ada sesetengah orang suka letak ikan bilis yang ditumbuk sekali dengan cili tu dan masukkan sedikit belacan.  Umi pernah buat macam ni tapi lebih suka resepi mak yang lebih mudah dan ringkas tu