5 Kesilapan Berpakaian Yang Perlu Kita Ubah Untuk Tampil Menarik - blog.iamfuzy™

27 October 2019

5 Kesilapan Berpakaian Yang Perlu Kita Ubah Untuk Tampil Menarik

5 Kesilapan Berpakaian Yang Perlu Kita Ubah Untuk Tampil Menarik | Siapa yang tak mahu nampak stylo, bergaya dan mungkin teruja bila di puji tentang pemakaian kita kan. Tak kira yang muda mahupun yang dah berusia mesti nak tampil kemas dan in trend sebab pemakaian jugalah yang membuatkan kita disukai atau sebaliknya.

5 Kesilapan Berpakaian Yang Perlu Kita Ubah Untuk Tampil Menarik 

Kita sedia maklum tidak semua pakaian sesuai untuk kita yang mungkin berbadan kurus atau mungkin kita berbadan gempal, rendah tapi hasrat kita tetap sama..nak nampak cantik dan kalau yang berbadan gempal tu mesti nak sorok kelebihan yang terlebih tu kan.  Jangan risau, I feel you! sebab tu la yang saya rasa bila badan dah semakin bagai ditiup-tiup walau makan tu sudah bercatu! Mana taknya..nescafe tarik buatan sendiri memang menjadi kegemaran setiap pagi dan Americano jadi pilihan bila menghadiri event..ahhh memang parah bukan.

Berbalik pada pemakaian, kita jangan pilih semberono walau kita suka fesyen dan reka bentuk sesuatu pakaian itu kerana tidak semestinya ia sesuai untuk kita.  

Apa yang penting, biar kita nampak kemas walau ringkas dan kalau saya paling suka kalau menghadiri sesuatu acara tu, pemakaian saya itu bersesuaian dan mengikut tema. PENTING! Jangan lah korang kalau pergi ke event dengan pakai t-shirt tanpa kolar dan kalau ke majlis perkahwinan memakai jeans dan blaus dan ada yang pergi ke pejabat macam nak pergi ke kelab malam..ahh sakit mata tengok.  

Senarai dibawah adalah 5 Kesilapan Berpakaian Yang Perlu Kita Ubah Untuk Tampil Menarik yang memang antara tabiat yang saya cuba untuk ubah supaya saya nampak lebih kemas dan sesuai dengan usia saya sendiri dan mungkin korang boleh jugak tengok dan cuba okay.

5 Kesilapan Berpakaian Yang Perlu Kita Ubah Untuk Tampil Menarik 

1. Malas Mencuba
Ni memang antara tabiat saya sejak badan semakin naik tu yang selalunya malas nak membeli tapi kalau dah membeli tu malas pulak nak mencuba dan akibatnya...alahaiii.  Antara lain kecuaian adalah membeli dengan terburu-buru dan kurang teliti dan jugak main fikir pakain tu sepadan dengan saiz badan.

Macam mana nak elak? sebaiknya bawa la teman untuk bagi komen atau mungkin luangkan lebih masa untuk ke bilik persalinan.  Hentikan sifat malas mencuba dan main tangkap muat sebab nanti diri kita sendiri yang menyesal.


2. Pilihan Saiz Terlalu Besar
Orang berbadan besar memang suka membeli baju yang bersaiz besar untuk menutup lebihan yang terlebih tapi kena ingat bukan jenis kain sesuai bila ianya besar dan bukan semua individu sesuai memakainya.  Ianya bukan dapat menutup lebihan atau menyembunyikan lebihan pada badan tapi membuat kita nampak seakan memakai baju pinjam dan adakalanya nampak lebih besar.


3.  Pilihan Saiz Terlalu Kecil
Adakalanya kita merasa pakaian yang kecil kita beli tu untuk menunjukkan bentuk badan tapi kekadang tu kita tidak sedar yang pakaian yang muat-muat tu membuat kita sendiri tidak selesa malahan kekdang pakaian yang ketat tu menonjolkan bahagian yang tidak sepatutnya.  Sebaiknya pilihlah pakaian yang punya sedikit ruang bagi memudahkan kita sendiri untuk bergerak.


4. Terlebih Aksesori
Pemakaian aksesori selalunya akan membuat kita nampak lebih bergaya dan berketrampilan menarik tapi jangan terlau berlebihan kerana kita akan nampak lebih menjengkelkan.  Pilihan aksesori seharusnya tidak berlebihan dan pilih yang asas sahaja.  Selain jam tangan dan anting-anting, rantai leher yang bersesuaian dengan pakaian pun sudah memadai.  Kalau pakai baju bercorak tu usahlah memakai aksesori berlebihan kerana pasti korang tak nak nampak macam badut bukan?


5. Kes Malas Ambil Risiko
Ramai malas ambil risiko dan tanpa fikir banyak akan memakai pakaian samada putih, hitam ataupun gelap jadi penampilan kita nampak 'selamat' tapi pada pandangan rakan, penampilan kita nampak sama saja setiap masa malah mungkin membosankan pada pandangan mereka.  Adalah lebih elok kita punya pilihan warna pakaian yang berbeza selain pakaian dengan corak.  Beranikan diri memakai pakaian yang luar dari kebiasaan jadi bila sesekali kawan nampak, kita kelihatan sangat menarik dan berseri.  Rasanya kita akan nampak lebih segar setiap kali bertemu dengan kawan mahupun orang ramai.


Nota kaki : Saya bukan pakar pemakaian jauh sekali pereka fesyen tapi saya tahu kita tak perlu pakaian jenama mahal untuk nampak cantik, tak perlu pakai pakaian menjolok mata untuk mendapatkan kawan-kawan tapi kita perlu pakai pakaian yang selesa dan yang pasti untuk kita tampak cantik pada mata suami dan orang yang kita temui di sepanjang perjalanan hidup kita.

Akuan : ada sebahagian dalam artikel ini saya dapat dari keratan akhbar yang menarik saya untuk menulis dari sisi pandangan saya dan isi kandungan artikel ini sepenuhnya milik saya.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!