Resepi Mentarang Masak Lemak Cili Api - blog.iamfuzy™

7 November 2019

Resepi Mentarang Masak Lemak Cili Api

Memang tak sabar nak buat entri pasal mentarang ni. Kenapa buat masak lemak cili api? walhal kalau orang kampung DH pasti akan buat sayur manis mentarang. Saya mencari mentarang ni sebab mak dah lama teringin makan dek kerana pertama kali merasa mentarang masak lemak cili api di restoran Faridah Mentarang Bakar semasa ikut kami jemput Cik Meya dulu, nak tahu baca Rambang mata dengan makanan laut segar di Sungai Besar

Resepi Mentarang Masak Lemak Cili Api
Alhamdulillah, dapat juga saya beli dengan harga RM20 sekilo tapi bukan dari gerai Wak yang kami pernah beli.  Mujur juga tak beli kat restoran pertama yang meletak harga RM30 sekilo! mak aihh.  Menurut kakak yang menjual ni, mentarang ni semua dari Johor bukan Sg Besar sebab tu harga dia mahal, malah dia bagitau kalau hujung minggu harga mentarang ni dia jual RM25 sekilo.

Resepi Mentarang Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan:
1 kilo mentarang
15 tangkai cili api*
3 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
2 batang serai, diketuk
3 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit atau daun cekur
2 cawan santan cair
1½ cawan santan pekat
Garam secukup rasa

Nota : Bahan bertanda * dikisar ataupun ditumbuk


Cara membersih mentarang
Rendam mentarang di dalam besen/bekas berisi air dan masukkan garam selama lebih kurang 2 jam.  Kadang-kadang tu mentarang yang dibeli tu penuh selut, kena la basuh buang selut dan rendam.  Kena buat pelahan-lahan sebab cengkerang mentarang ni agak rapuh dan di dalam isi mentarang tu kena ada benda tajam yang dikatakan gigi mentarang.


Cara memasaknya:

  • Masukkan bahan yang di kisar, serai yang diketuk didalam periuk berisi air dan renih sehingga masak dan agak kering.
  • Masukkan santan cair dan dikacau hingga sebati dan mendidih kemudian masukkan daun kunyit hingga mengelegak
  • Masukkan mentarang dan asam keping, dikacau hingga sebati dengan api perlahan
  • Akhir sekali masukkan santan pekat, dikacau dan dalam 5 hingga 7 minit, tutup api dan masukkan garam secukup rasa.



Resepi Mentarang Masak Lemak Cili Api

Nota : saya tidak masukkan bawang merah ke dalam masakan sebab warna masak lemak cili api akan berubah tapi kalau ada yang suka, silakan ya.  Kalau tiada kunyit hidup, boleh la guna serbuk kunyit.


4 comments:

  1. Ya allah sedapnya...SA pun suka mentarang...

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak mentarang masak lemak tu

    ReplyDelete
  3. Assalamualekum, MashaAllah the way you write is a joy to read. The Knowledge gained from this lot, InshaAllah I'll try to carry it with me forever. Umrah Packages umrah packages from delhi

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!