blog.iamfuzy™ Lifestyle Blog

Lifestyle Blog

December 31, 2019

Dengan Hello™ Synthetic Formulation Engine Oil Lebih Senyap Lebih Lancar

December 31, 2019
Dengan Hello™ Synthetic Formulation Engine Oil Lebih Senyap Lebih Lancar
Dengan Hello™ Synthetic Formulation Engine Oil Lebih Senyap Lebih Lancar | Terasa malu sungguh bila difikirkan selama memandu lebih 30 tahun saya tak pernah ambil tahu perihal kereta dan hanya tahu mengisi minyak sahaja.  Kalau dulu selain arwah abah, saya cuma mengharap suami untuk hantar kereta untuk diselenggara bila tiba masanya atau panggil jer mekanik bila perlu.

Hello™ Synthetic Formulation Engine Oil Menjadikan Enjin Lebih Senyap Dan Lebih Lancar

Baru-baru ni saya berpeluang mengikuti suami ke bengkel kereta dan baru saya tahu yang kita perlu membuat selenggara serta menukar minyak enjin berdasarkan kilometer yang dicatat dan selepas penyelengaraan dilakukan sekali lagi dicatatkan bila selenggara yang seterusnya,

Tahu tak, sekiranya kita ingin memastikan hayat enjin kereta kita lebih panjang, lebih lancar kita seharusnya memilih minyak enjin yang terbaik dan saya syorkan pilihlah Hello™ Synthetic Formulation Engine Oil yang punya kelebihan dan diantaranya ialah
  • Diformulasi dengan aditif tambahan untuk memanjangkan hayat enjin kereta
  • Pengawalan terhadap kelikatan (viscosity) dan kerosakan thermal
  • Memelihara enjin sentiasa sejuk dan bersih bagi meningkatkan prestasi
  • Membantu mengurangkan pengunaan minyak

Hello™ Synthetic Formulation Engine Oil merupakan minyak enjin separa sintetik, berkualiti premium yang memberikan perlindungan haus yang meningkat, rintangan yang lebih baik terhadap pembentukan enapcemar dan kadar piston yang lebih rendah.  Minyak ini diperbuat khusus untuk mengekalkan enjin berada di kemuncak kelancaran.

Ianya sangat sesuai untuk digunakan bagi kenderaan yang menggunakan petrol, LPG atau CNG, kenderaan komersial ringan dan 4WD yang diperakui oleh API SN (American Petroleum Institue). Hello Lubricant juga mengutamakan kualiti dan produk ini juga menepati piawai ISO 9001:2008.  alah insurans liabiliti sebanyak RM11,000.00 untuk satu tuntutan turut disediakan bagi menggalakkan pelanggan mengguna produk mereka.




Hello™ Synthetic Formulation Engine Oil Menjadikan Enjin Lebih Senyap Dan Lebih Lancar
Hello™ Synthetic Formulation Engine Oil Menjadikan Enjin Lebih Senyap Dan Lebih Lancar

Pengalaman Sendiri
Memang sangat disyorkan! mana tidaknya sejak awal December kami sangat kerap berulang alik ke Pahang dan Sabak Bernam untuk menjemput dan menghantar anak-anak jadi dapat kami bandingkan sejak menggunakan minyak Hello™ Synthetic Formulation Engine Oil ni pemanduan terasa lebih lancar dan enjin kereta lebih senyap, memberi pelindungan untuk enjin bagi serta memanjangkan hayat enjin kereta kami dan menjimatkan pengunaan minyak.

Walaupun harganya agak mahal berbanding minyak enjin yang biasa tapi sangat berbaloi sebab dengan pengunaan Hello™ Synthetic Formulation Engine Oil ini memberi lebih kilometer bagi kenderaan kami dan semestinya ianya menjimatkan bukan!

Bagi mereka yang menggunakan Toyota Innova 2.0 kami disyorkan menggunakan minyak Hello™ Synthetic Formulation Engine Oil 10W-40 dan sememangnya kami puashati.

Hello™ Synthetic Formulation Engine Oil Menjadikan Enjin Lebih Senyap Dan Lebih Lancar

Mudah jer nak dapatkan mata ganjaran ni dengan gores di atas penutup botol tu dan kemudian imbas kod QR yang terdapat di penutup tu dan tadaaaa boleh dapat berapa mata ganjaran korang tu.



Jom tengok video ni dan saksikan betapa lancarnya pemanduan saya bila menggunakan Hello™ Synthetic Formulation Engine Oil

Hello™ Synthetic Formulation Engine Oil Menjadikan Enjin Lebih Senyap Dan Lebih Lancar

Hello™ Synthetic Formulation Engine Oil Menjadikan Enjin Lebih Senyap Dan Lebih Lancar
Perjanjian diantara API dan Hello Lubricant Sdn Bhd


Nak dapatkan produk ni, sila cari di http://hellolubricant.com/reseller/

Pengenalan
Hello™ merupakan syarikat yang sedang pesat berkembang di Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam minyak pelincir dan penjagaan kereta.  Sebagai sebuah syarikat asas pelanggan kami akan sentiasa mengutamakan keperluan dengan menghasilkan minyak mesra alam yang berkualiti dan efisien mengikut jenis enjin.

Jaminan Kualiti
Kepuasan kualiti amat diutamakan dan menepati piawai ISO 9001:2008.  Untuk menggalakkan pelanggan menggunakan produk kami, kami menyediakan liputan insurans liabiliti sebanyak RM11,000.00 untuk satu tuntutan

Misi
Kami akan sentiasa menggunakan pendekatan yang inovatif untuk semua produk yang dihasilakan.  Kami akan mengambil kira keperluan pelanggan dan pada masa yang sama melaksanakan langkah-langkah alam sekitar

Visi
Kami adalah sebuah jenama yang sentiasa membuat penyelidikan untuk mencari teknik pengeluaran yang baru.  Bilangan pelanggan kami di Malaysia dan di luar negara sedang meningakt dengan konsisten  berharap agar peningkatan ini dapat membantu dalam menempuh segala cabaran industri, peluang, trend dan menjadi pendahulu dalam industri minyak
Read More

December 30, 2019

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan

December 30, 2019
Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan
Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan | Rasanya memang kerap kami ke Pahang bila hampir hujung tahun ni menjemput KY Amanda dan kali ni kami ke sini lagi selepas KY Amanda tamat cuti seminggu..sejak KY belajar di UMP Pekan ni, Pahang ni dah dekat di hati..cewahh

Kami bertolak dari KL selepas solat Subuh dan berhenti bersarapan ala kadar di Petronas Bentong dan kemudian terus ke Kuantan untuk  untuk penuhi temujanji.  Sarapan pagi di Petronas saja ala kadar jer sebab dah goreng pepagi saya dah bangun untuk memasak bihun sebagai bekal sebab kena keluar awal.

Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkanNya dan selesai temujanji terus kami mengisi perut yang berkeroncong di Akob Patin House 3 dan destinasi seterusnya pastilah untuk daftar masuk ke Hotel Seasons View. Alhamdulillah bilik pun dah tersedia walau waktu baru menginjak ke jam 1 tengahhari. Kalau tak silap ni kali ke 2 kami menginap di sini sebab mudah nak cari makan!

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan 

Ni bukan pekerja housekeeping apatah lagi penyelia hotel...ni la en suami aka DH (darling husband) yang rajin pulak mengemaskan bilik sebab si isteri nak ambil gambar.  Mana taknya anak-anak bila masuk bilik jer terus terkam katil hehee. Ini adalah kali kedua kami menginap dii Hotel Seasons View sebab bila booking di saat akhir memang tak ada pilihan namun kami bersyukur sebab di hotel ni memang selesa dan mudah untuk dicari dan mudah nak cari makan. 

Dalam dok berehat dengan masing-masing layan social media sendiri, saya syorkan kami ke Pantai Pelindung yang tak jauh dari Kuantan mengikut apa yang saya Google. Bukan apa rancangan televisyen tak dapat kami tonton sebab mereka sedang menaik taraf perkhidmatan tu yang diberitahu waktu saya daftar masuk. 

Bercerita pasal Kuantan ni banyak tempat menarik yang boleh dilawati termasuklah beberapa pantai yang terdapat dan boleh dikunjungi antaranya Pantai Teluk Cempedak  Pantai Cherating, Pantai Balok, Pantai Batu Hitam, Pantai Tanjung Sepat, ada yang selamat untuk mandi manda dan ada yang sememangnya sangat merbahaya, jadi kalau berkunjung tu sila berhati-hati demi keselamatan diri ok.

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan 

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan 

Akhirnya kami bersepakat ke Pantai Pelindung yang terletak di Beserah tak jauh dari Teluk Cempedak yang telah acap kali kami kunjungi.  Perjalanan ke Pantai Pelindung ni ada lebih kurang 20 minit tu pun kami guna waze sebab kang tak pasal sesat jauh sebab pantai ini agak tersorok malah dan sewaktu kami tiba masih tak ramai orang.  Tiba kat sini je terus nampak kedai makan dan masanya untuk isi perut.

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan 

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan 

Kami pesan sebekas bihun goreng untuk kami berlima dengan telur dadar, dua pinggan keropok lekor dan sotong celup tepung untuk mengisi perut sesambil menikmati angin pantai dengan panorama yang cukup indah.

Lepas kenyang rugi kalau tak turun ke pantai untuk mengambar gambar dan video kan tapi nak mandi tu idok ler walau pantainya cukup landai dan dikatakan selamat untuk mereka yang ingin mandi tapi memang seronok layan angin yang bertiup dengan deruan air laut...ahh asyikk!

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan 

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan 


Lepas puas berjalan dan bergambar di tepi pantai kami berjalan menuju ke  tasik rekreasi yang terletak beberapa langkah dari pantai.  Tasik Pelindung merupakan tasik rekreasi yang dijadikan menjadi tempat riadah siap dengan trek untuk berjoging dan taman permainan malah ramai jugak pengunjung yang memancing tapi tak tahu diaorang ni dapat ke tidak ikan tu. Apa yang pasti lokasi ni pun cukup cantik untuk bergambar  sambil menikmati udara sega dari tasik dan pantai berdekatan.

Sewaktu keluar tu baru perasan ada tempat makan di sebelah kiri yang tapi tak kan kami nak berhenti makan lagi setelah kenyang dengan bihun, keropok lekor dan sotong celup kan.  Badan pun dah letih dan melengas jadi niat tu nak balik hotel, mandi dan rehat tapi sempat pulak kami singgah ke Kuantan Mall untuk cari barangan untuk anak-anak gadis ni. 

Kalau menginap di Seasons View Hotel ni tak perlu risau sebab kedai makan ada kat sebelah jer jadi untuk makan malam, DH cuma beli bungkus nasi goreng pelbagai jenis di kedai yang terletak beberapa langkah dari pintu masuk hotel. Kenyang dan boleh tidur dengan tenang!


Hari Kedua
Mulanya ingat nak ajak en suami sarapan di luar tapi memikirkan payah nak memandu dan mencari kedai makan niat tu dibatalkan je dan sarapan pagi kami di hotel je.

Memang banyak la jugak pilihan antaranya nasi lemak, kuetiaw, roti bakar, American breakfast yang cukup simple tapi mengenyangkan. Lepas sarapan, masuk balik ke bilik untuk bermalasan dan kekonon nak update la blog tapi eh kita ni datang bercuti kan jadi kenapa tak keluar dan jalan-jalan kan walau sebenarnya mood berjalan dah tak macam dulu...serba serbi rasa malas hehee.  Sesambil menunggu anak-anak bersiap, saya pun google lagi untuk cari mana tempat yang nak pergi...yang pasti bukan lokasi kedai makan tau!

Selepas daftar keluar hotel lebih awal, destinasi seterusnya ke Pantai Balok yang mengambil masa lebih kurang 15 minit jer sebab dekat ianya jadi tumpuan untuk beriadah dan lokasi bagi peminat aktiviti lasak luncur angin, luncur layar dan perahu layar. Memang cantik!

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan
Pantai Balok

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan 

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan 
Hasrat nak menjejak kaki ke Pantai Batu Hitam tak kesampaian walau lokasinya kiranya macam bersebelahan je sebab nak kejar masa ke Pekan pulak...InsyaAllah harapnya dapat berkunjung bila ke Kuantan lagi.

Selain dapat melihat keindahan panorama pantai yang indah ni pengunjung pun boleh berkhemah dan mencuba aktiviti yang terdapat di sini

Kalau kami punya banyak masa memang tak nak lepaskan untuk singgah melihat suasana perkampungan nelayan tradisional dengan rumah kayu, pukat yang dijemur, nelayan menangkap ikan di pesisir pantai dan sesi bergambar sakan kat sini atau tunggu waktu senja untuk saksikan matahari terbenam dan mungkin dapat tengok bot nelayan balik dari mencari rezeki di lautan. Mungkin di kesempatan lain boleh la ke Natural Batik Village untuk melihat penghasilan batik walau pernah tengok lama dulu.

InsyaAllah ada rezeki nak berkunjung ke sini lagi dan perjalanan kami teruskan ke Pekan pulak la dan tentunya agenda mengisi perut dan ambil peluang untuk membuat lawatan ringkas di lokasi yang belum pergi kami singgah untuk bergambar antaranya Istana Abu Bakar, Royal Polo Pahang Club, Istana Mangga Tunggal.

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan
Antara pintu gerbang sebelum memasuki kawasan istana yang pasti mtembuat pelawat teruja nak bergambar kat sini jugak.

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan

Perut dah kenyang DH bawa jalan-jalan ke perkarangan istana dan saya pun apa lagi ambil kesempatan la untuk bergambar di depan Istana Abu Bakar.  Mujur waktu kami sampai tu tak ramai orang tapi lepas selesai posing tu ramai pulak yang sampai...fuhh

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang MenyeronokkanRoyal Polo Pahang Club Pekan

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan
Royal Polo Pahang Club Pekan
Royal Polo Pahang Club Pekan ni antara lokasi menarik buat sesiapa yang suka bergambar untuk kenang-kenangan..memang cantik!
Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan
Istana Mangga Tunggal 

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan
Istana Mangga Tunggal 

Istana Mangga Tunggal dibina pada tahun 1934 oleh tukang Melayu bernama Awang Mat Ali (baca SINI). Dikatakan nama istana Mangga Tunggal ini diambil dari sepohon pokok mangga yang berbuah hanya sebiji pada setiap kali musim berubah.  Istana ini merupakan tempat bersemayam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah sebelum baginda bersemayam di Istana Abu Bakar.

Banyak kan tempat menarik yang kami dah lawati dan boleh baca di SINI

Dah puas berjalan dan perut pun dah kenyang jadi  tiba masa untuk ucap selamat tinggal buat KY Amanda..dah biasa kena tinggal jadi tak la sedih sangat sebabnya DH cakap KY kalau tak de kelas balik jer tiap-tiap minggu..kalau gitu memang tak sempat kami merindu kan? hehe

Read More

December 25, 2019

Beverly Hills Polo Club Fragrance For Every Occassion

December 25, 2019
Beverly Hills Polo Club Fragrance For Every Occassion
Beverly Hills Polo Club Fragrance For Every Occassion | BHPC has recently launched its new series of their fragrances at Kohi Yatta Kuala Lumpur  with different frangrance for every ocassion.

From left, Mr Thoren Tan – Trading Director of Watsons Malaysia with Mr Chester Chow – Executive Director of Delfi Marketing Sdn Bhd launching the new fragrance exclusive range from Beverly Hills Polo Club

The scent is evocative, that it can trigger a memory in an instant and remember the perfume our mum used to wear, or when we get a whiff of freshly printed ink on a new magazine and remember our school days that we really feel it. It is for this moment, for the instant feeling that a spritz of perfume can deliver, that we choose our fragrances. From office influence to evening charm, the Beverly Hills Polo Club fragrance collection has you covered. Beverly Hills Polo Club® established in 1982, is a worldwide fashion brand. The brand’s trademark Horse & Rider logo evokes the relaxed elegance of the Southern California lifestyle, and at the same time, images of competitive sport, individual strength and affluence. Beverly Hills Polo Club is a new fragrance brand. Designer Beverly Hills Polo Club has 16 perfumes in our fragrance base all launched in 2018.

During an engagement activity, invited guests and members of the media were painting the logo of Beverly Hills Polo Club before spraying the painting with their preferred BHPC 1982 fragrance series.

Mr Chester Chow explaining on a little history of Beverly Hills Polo Club and how the latest 1982 series range fragrances comes about during the media launch.

Ranging from perfumes, deodorants and roll-ons, this French fragrance matches any style-defining you elegant yet sporty.  A fashion and lifetyl brand with the epitome of competitive sport, individal strnegth and affluence .  The Eau de Toilette or Eau de Parfume range of the Beverly Hills Polo Club repreensts the emodiment of luxury, elegance and extravagance.  While the deodorant range of the Beverly Hills Polo Club demonstrates a refined sense of style, charm and self-confidence.  If you want to feel warm, social as well as exclusive, choose the Beverly Hills Polo Club roll-on-range

Beverly Hills Polo Club Offers A Different Fragrance For Every Occassion Exclusively At Watsons

Beverly Hills Polo Club Offers A Different Fragrance For Every Occassion Exclusively At Watsons

For Men
There are 4 variants ranging from No.1, 9, 8, 2, each with different fragrance notes.In the men’s No.1 EDT, it has a woody floral musk fragrance with top notes of rosemary, pimento and rose de main bends to a heart of arris root, jasmine and neroli, leading to a base of sandalwood, patchouli, vetiver and cedar. In men’s No.9, there is a balanced fragrance of freshness and charisma with refreshing notes of lemon and mandarin and bergamot leading to a luminous heart of patchouli, vetiver and cedar, blending to a harmonious finish of grey amber and musk. The men’s No.8 is a warm and masculine fragrance with a note of woods and oriental spices that lead to a vibrant, smoky finish. If your preference is a rich fragrance, then the men’s No. 2 EDT combines hints of pink pepper, cardamom, saffron and nutmeg. The heart turns strong and masculine with notes of geranium and myrrh leading to a trial of precious oud, patchouli, leather and incense.
Beverly Hills Polo Club Offers A Different Fragrance For Every Occassion Exclusively At Watsons

Beverly Hills Polo Club Offers A Different Fragrance For Every Occassion Exclusively At Watsons

Beverly Hills Polo Club Offers A Different Fragrance For Every Occassion Exclusively At Watsons

For Women
While the Beverly Hills Polo Club Eau de Parfum range for women starts with its women’s No. 1 fragrance which is a fun-filled fragrance with top notes of oranges, tangerine leaves, lime and bergamot. The heart hints of tuberous mixed with violet, evoking gardenia like opulence. A sensual combination of patchouli, vanilla and honey. While the EDP of women’s No.9 exudes a sparkling flora fragrance from raspberry sorbet and blood orange. The delicate floral heart blends honeysuckle, orange blossom and osmanthus leading to a woody oriental dry down evoking cashmere wood, vanilla, musk and hints of amber. The EDP of women’s No.8 is a lively and exotic fragrance for women from citrus and passion fruit blend with a slightly aquatic and floral heart of water jasmine, water lilies and violet leaves. The feminine bottom suggests the sweeter aspects of cedarwood, musk and vanilla. Lastly, the Beverly Hills Polo Club Eau de Parfum women’s No.2 is a playful fragrance made from lavender and modernised with transparent floral notes of Muguet and neroli, evokes an aquatic theme. Sandalwood and amber are crowned by a mossy touch.

These full range Beverly Hills Polo Club fragrance collection is now available exclusively at all Watsons stores and Watsons online
Read More

December 24, 2019

Resepi Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api

December 24, 2019
Resepi Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api
Resepi Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api | Kalau sesiapa teringin nak makan cendawan kukur ni cari jer kat Pasar Keramat..memang selalu ada.  Cendawan kukur ni ada jugak dipanggil cendawan sisir oleh orang Utara dan sangat murah kalau kat sana la.  Di Pasar Keramat cendawan ni dijual dengan harga RM5 untuk 100g...tak perlu banyak sebab beli tu pun sebab teringin nak buat goreng tapi  last minit jadi masak lemak cili api..hehe

Kalau mak memang dia buat goreng bercili dengan campur telur atau dia goreng kunyit..mmg marvelous ...mmg awesome 

Resepi Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api
Resepi Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api
ni la rupa kulat sisir atau cendawan kukur 

BAHAN - BAHANNYA :-)
200 gram cendawan kukur segar, bersihkan dan rendam
1 genggam ikan bilis 
2 batang serai, diketuk
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
1/3 cawan cili padi kampung (boleh kurangkan)
1 inci kunyit hidup, pilih kunyit yang tua
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih




CARA MEMBUATNYA :-)
  • Cendawan dibasuh dan ditos.  Ada sesetengah orang akan tumbuk cendawan untuk bagi pecah2 sikit² tapi jangan sampai lumat pulak ya
  • Masukkan bahan yang telah dikisar kedalam periuk berserta air, serai yg dititik dan cendawan.  Gaul rata dan masak dlm 5-7min biar bagi sebati.  Kemudian tuangkan santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. 
  • Masukkan ikan bilis yang ditumbuk berserta dengan asam gelugur.  Masak hingga cendawan jadi lembut
  • Tuang pati santan, kacau rata dan masukkan garam secukupnya (ikut kesukaan ler ya) dan sedikit gula.  Biarkan dalam 5-10 tapi jangan bagi pecah minyak. Matikan api dan sedia untuk dihidang!

Selamat Mencuba!
Read More

Akupuntur Dan Berbekam Untuk Kesihatan Di Shan Yuan Accupunture Centre

December 24, 2019
Akupuntur Dan Berbekam Untuk Kesihatan Di Shan Yuan Accupunture Centre
Akupuntur Dan Berbekam Untuk Kesihatan Di Shan Yuan Accupunture Centre | Dah lama nak bawa mak untuk akupuntur ni tapi asyik tertangguh dan Alhamdulillah minggu lepas saya dan adik lelaki Chef Ross dapat la bawak mak untuk mencuba perubatan akupuntur yang dijalankan oleh Simon Choo di Shan Yuan Accupunture Centre, 2 Jalan SS 18/1, Subang Jaya, 47500 Selangor (rumah teres setingkat).  Memang tampak muda Simon Choo dan cukup ramah sekali dan kalau dulu kami panggil seisei jer la.

Perubatan Akupuntur Dan Berbekam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Di Shan Yuan Accupunture Centre


Akupuntur ni sejenis perubatan cina menggunakan jarum-jarum halus pada titik tertentu di tubuh yang dikenali sebagai 'acupunture point'.  Jarum yang digunakan ni diperbuat dari pelbagai bahan logam seperti jarum perak, tembaga atau jarum emas...ehh bukan susuk la ya. Adalah difahamkan akupuntur ni dah lama diamalkan oleh tamadun China sejak 4000 tahun yang lampau tapi orang-orang Afrika, Arab Tigris, Mesir Kuno dan India pun ada membuat yang sama

Nak tahu lebih lanjut boleh baca kat


Tujuan akupuntur ini bagi merangsang tenaga Qi bagi mendapatkan kesembuhan pada sesuatu penyakit dan meningkatkan kualiti kesihatan.  Bila jarum akupuntur dicucuk secara automatik saraf di bahagian yang dicucuk terangsang dan menstabilkan pengaliran darah.

Perubatan Akupuntur Dan Berbekam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Di Shan Yuan Accupunture Centre

Dua batang jarum ditusuk dibahagian yang mak rasa sakit.

Perubatan Akupuntur Dan Berbekam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Di Shan Yuan Accupunture Centre
Peluang untuk lihat Simon membuat tusukan tak dilepaskan.  Mulanya Simon memeriksa tapak kaki mak dengan mak berbaring diatas katil yang tersedia sambil dia bertanya adakah bahagian yang dia sentuh tu sakit.  Kemudiannya dia menusukkan jarum yang panjang sambil bertanya sakit ke tidak dan sebanyak 2 jarum di kaki kanan dan 2 lagi di kaki kiri. Kemudian disambung ke alat yang menggunakan kuasa elektrik. Bahagian yang sakit tu akan bergerak-gerak dengan sendirinya. 
Perubatan Akupuntur Dan Berbekam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Di Shan Yuan Accupunture Centre

Adik ipar pulak menyambung sesi akupuntur di bahagian bahu dan dia ada masalah carpal tunnel yang membuatkan tangan dia kebas, tiada kudrat walau untuk mengangkat barangan yang ringan. Kalau tak silap ada ada 10% lagi kot untuk pulih sepenuhnya jadi dia memang kena buat rawatan lagi selepas ni.


Mungkin ramai yang tidak tahu atau tak pernah dengar tentang carpal tunnel ni boleh diubati dengan cara pembedahan dimana urat di tapak tangan akan diperbetulkan atau dipotong (tak pasti). Teringat dulu boss masa kerja di ExxonMobil tu punya la risau sebab ada masalah carpal tunnel dan terpaksa dibedah dan jiran mak yang punya masalah yang sama. Jadi kalau ada sesiapa ada masalah kebas di bahagian pergelangan tangan, sila berjumpa doktor atau mungkin boleh cuba rawatan akupuntur ni.

Sempat la jugak diperiksa oleh Simon untuk masalah kesihatan dan Alhamdulillah dia cakap saya ok cuma ada sikit masalah dengan hati, kena kurangkan berat badan jugak!

Adik syorkan saya buat rawatan akupuntur untuk masalah lutut yang dah lama dihidapi dek sebab tertolak oleh anak ni memang kadang kala membuat rasa tak selesa bila berdiri lama, berjalan banyak malah suami pernah ajak untuk berjumpa dengan  pakar Chiropractic Master Erik Leong yang terkenal tu tapi rasanya macam tak payah ler kan. Bukan takut tapi seram! lagipun dia kan lelaki..alasan kan sungguh!

Akupuntur pun boleh dibuat di lutut dan suami pun dah bagi keizinan tapi memikirkan nak selak seluar sampai paras peha, niat tu tinggal niat jer la tapi kalau suami ada sekali mungkin buat la kot..kot je la

Kata adik kat sini diaorang ada buat bekam...ting! ngeri bila teringat bekam kat kampung Tok Mak yang guna tanduk dan keluar darah dan bengkak yang jelas timbul lepas berbekam tu. Sebenarnya kat sini diaorang buat bekam angin oleh pembantunya seorang wanita Indonesia yang sangat ramah dan kalau bekam darah dibuat oleh Simon.



Kata pembantu Simon ni berbekam ini akan mengambil masa 30 minit dan akan dibuat dibahagian belakang badan dan kemudian 10 minit di bahagian perut. Mangkuk yang digunakan akan dilekapkan ke badan hingga kulit akan naik tinggi macam mengembung mengikut saiz mangkuk tu serupa macam kena vakum. Tujuan saya berbekam ni sebab nak buang angin supaya badan rasa lebih ringan dan segar. Berbekam juga akan memudahkan saya tidur tapi kalau cerita pasal tidur memang saya tak de masalah la buat masa ni.

Kaedah Bekam angin juga dikenali sebagai bekam cina atau bekam kering bukanlah Sunnah Nabi.  Tiada tusukan jarum dan tiada pengeluaran darah dari badan tapi hanya menggunakan cup (mangkuk) yang diletakkan pada badan bagi mengeluarkan angin.  Bila warna merah kelihatan, cup akan dialih bahagian yang lain tapi ada setengah tempat menggunakan cup yang banyak iaitu 15 - 20 cup sekali jalan.  Semasa proses berbekam ni akan kelihat wap-wap air pada cup bekam selepas taman rawatan. Rawatan ni boleh dibuat dengan kerap dan tiada kesan sampingan tapi kesan merah yang akan berubah warna bila ianya semakin hilang.

Perubatan Akupuntur Dan Berbekam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Di Shan Yuan Accupunture Centre

Perubatan Akupuntur Dan Berbekam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Di Shan Yuan Accupunture Centre
Selepas berbekam dapat bersambung bercerita dengan pembantu Simon yang bertanya kalau nak buat bekam di wajah...what! Rupanya berbekam di wajah ni sekiranya berminat nak merawat kulit bermasalah, resdung disamping melancarkan aliran darah di bahagian muka supaya kelihat awet muda.  Apa yang pasti tidak akan ada parut dan lebam serius semasa rawatan. Dan kat sini juga ada bekam untuk payudara supaya terletak dan tak kendur..hehe

Maaf la tak dapat nak tunjuk kesan merah di bahagian belakang badan saya ni tapi kalau korang tengok memang ngeri dengan kesan bulat memerah dan kemudian beransur blueblack dan malah waktu sayan menulis artikel ni masih kelihatan kesan bulat-bulat sebesar cup yang digunakan.

Sakit tak?
Agak la tapi kalau sesiapa yang biasa mengurut tak perlu risau sebab ianya tidak sakit sangat tapi boleh minta diaorang kurangkan kadar sedutan tu. Apa yang pasti semasa rawatan, kita kena relax dan jangan keraskan badan tu punca kita rasa sakit.

Nak tahu pasal bekam boleh baca kat 

Dikatakan lebih 70 jenis penyakit dapat disembuhkan dengan berbekam antaranya Kegemukan, Penyakit kaki gajah, Sakit pinggang, Sakit perut, Sembelit, Gangguan jantung, Radang perut, Alergi makanan, Sengal tulang, Sesak nafas, Asma, Insomnia, Cirit birit, kejang otot, Kencing manis,  Gangguan pundi, Menggigil, Kencing malam, Tonsil, Gatal-gatal, Radang usus besar, Stress,  Gangguan pundi hempedu, Pusingan haid tidak teratur, Masalah Ginjal, Tekanan darah tinggi, Sakit lutut dan sendi, Sakit kaki, Sakit tulang belakang, Gangguan jiwa, Stroke, Gout, Rematoid, Bisul, Kurang imun, Sinus, Sakit kawasan perut, Gangguan rusuk, Buasir, Mandul, Kuat tidur,  Membaiki peredaran darah, Pembuluh darah sempit/sumbat, Sakit punggung, Badan kurus,  Membuang tabiat merokok, Sakit bahu/tengkuk, Jangkitan kuman, Kurang daya ingatan, Kurang fokus, Sakit punggung, Gangguan pundi, Kaki semut-semut Salah urat, Lumpuh menyeluruh, Lemah syahwat dan masalah prostat, Pening kerana gangguan haid, Sakit paha dan tapak kaki, Sejuk tapak kaki, Tegang/gelisah, Tumor otak, Lutut yang kaku, Gangguan pankreas, Kejang-kejang, Penyakit mata, Berhenti haid, Bengkak testis, Tekanan darah rendah, Penyakit rahim, Keputihan, Masalah kesuburan, Batuk kronik dan penyakit paru-paru, Sihir,  Saka dan banyk lagi








Read More

December 20, 2019

eCurve Spreads the Christmas Joy to Agathians Shelter

December 20, 2019
eCurve Spreads the Christmas Joy to Agathians Shelter
eCurve Spreads the Christmas Joy to Agathians Shelter | December marks the end of the year and the  season of giving is back once again  and in the festive spirit, eCurve treated a group of  underprivileged children from Agathians Shelter with a fun-filled Christmas celebration!

eCurve Spreads the Christmas Joy to Agathians Shelter 
The young guests of Agathians Shelter who arrive with  their caretakers were ushered to the Centre Atrium which was transformed into a lively Christmas alleyway, featuring colourful street grafitti, in line with this year’s Christmas theme, Expressions of Christmas. The guests of honour could not contain their excitement as they walked along the alleyway decorated with ribbons of dazzling lights and Christmas trees adorned with tinsel and ornaments. Not forgetting the artistic backdrop of Santa with his elves and trusty reindeer.

The young guests waited in anticipation until the stage lit up signaling the start of the Expressions of Christmas musical. The kids were well entertained as the musical brought a fresh twist to holiday music, which combined elements of hip hop and Christmas with upbeat and electrifying dance moves.

eCurve Spreads the Christmas Joy to Agathians Shelter 
"Christmas is a very special time of the year, filled with warmth care and lots of love.  This year, we are delighted to share this joy with the children from Agathians Shelter for an unforgettable festive celebration.  Indeed, the children enjoy themselves put a smile on our faces.  After all, the most part about Christmas is sharing the love with those in need" - Gina Long Ahmad, Acting Centre Manager, eCurve
eCurve Spreads the Christmas Joy to Agathians Shelter 
Towards the end of the performance, the kids of Agathians Shelter were so excited to receive the early Christmas gifts courtesy of eCurve and the celebration eneded on a high note as they were all treated to a delectable lunch at Skaters Cafe
eCurve Spreads the Christmas Joy to Agathians Shelter 
eCurve Spreads the Christmas Joy to Agathians Shelter 
Come and let experience the Expressions of Christmas this Christmas season only at eCurve, until December 25, 2019. Throughout the month-long campaign period, shoppers can watch the live musical which will take place twice a day at 3 pm and 6 pm on weekends as well as public holidays including Christmas Eve.

There is also an early Christmas gift awaits shoppers who spend at eCurve with a minimum spend of RM180 in a maximum of two receipts, you can redeem an exclusive Colour My Day umbrella, designed with Christmas-themed graffiti artwork.

All redemptions are subject to terms and conditions and while stocks last.

For more Christmas fun happening at eCurve, contact eCurve’s Customer Care officers at 03-7725 0277 or visit www.ecurve.my or Facebook page at www.facebook.com/eCurveMall or eCurve’s Instagram page at www.instagram.com/ecurve_official (ecurve_official).


Read More