blog.iamfuzy™ Lifestyle Blog

Lifestyle Blog

January 29, 2020

Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan

January 29, 2020
Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan
Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan | Memang tak pernah terfikir untuk menginap di Pekan dan bila dapat kesempatan ni memang teruja memandangkan ini adalah kali pertama kami akan menginap di Pekan dan lebih teruja untuk merasai penginapan roomstay! Mana tak seronok sebab roomstay yang kami bakal kami duduk ni ala-ala motel ni hanya dalam 5 minit perjalanan ke UMP dan berdekatan dengan laut dan perkampungan nelayan yang terletak di Kuala Pahang.

Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan
Hari Pertama
Sepertimana yang DH dah rancang kami 4 beranak bertolak jam 10 pagi dengan mood santai tu yang  sempat singgah beli Corndog kat Chun di Petronas Temerloh. Bila sampai Kuantan perut berdendang lapar dan mujur restoran yang kami cari tapi andai tak jumpa Sara Thai Kitchen antara yang ada dalam fikiran untuk kami mengisi perut.
Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan
Restoran Meedah di Kuantan
Komen : tak recommend la sangat selain harga yang agak mahal lauk pun tidak begitu menarik perhatian dan ikan patin tempoyak tu memang tak lepas piawaian selera.  Kot ada kerajinan akan ada entri untuk kedai makan ni la ya.

Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan

Selesai makan, destinasi seterusnya ke HTAA untuk sesi temujanji KY dan selesai je kat situ dalam jam 4 petang kami terus bergerak ke Pekan. Sempat juga la stopover untuk bergambar tapi sekejap je sebab hujan dah mula turun. Memang jenuh dengan unpredictable plan ni dan untuk ini akan ada entri lain jugak..hehe 

Akhirnya kami sampai ke roomstay dan ambil kunci dalam jam 5 petang, mandi, solat jamak dan berehat sebelum keluar balik untuk makan malam di Restoran Sumpit-Sumpit yang ekslusif dengan dekorasi dan persekitaran yang menarik perhatian. Tempoh hari kami lalu tapi restoran ni tutup tapi mujur tidak kali ni.
Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan
Roomstay ni kami recee sewaktu menghantar KY balik Pekan memandangkan sangat berdekatan UMP dan kononnya DH seorang jer yang akan menginap sebab cikapplepie kan baru naik sekolah. Konon jer la kan
Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan
Ruang santai di depan setiap unit bilik yang menempatkan meja dan kerusi untuk tetamu yang suka bersantai sambil menikmati minuman. Kedudukan penginapan kami ni mengadap jalanraya jadi boleh layan tengok orang kampung lalu lalang menaiki motosikal menghantar anak sekolah sesambil tu boleh tengok kehijauan pokok-pokok bergoyangan di tiup angin dari arah laut...memang tenang sungguh.
Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan
Binaan berjubin seakan para  yang menempatkan sinki memang cukup ringkas cukup memadai dan kami juga bawa dapur gas kecil kekonon nak memasak air atau maggi sekiranya terasa lapar tengah malam tapi korang jangan risau banyak jer kedai yang terdapat di sekitar.
Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan
Bilik kami Family room yang menempatkan satu katil Queen dan satu katil Single untuk kami berempat tapi kalau ada satu atau dua tambahan ahli lagi boleh la bawa comforter dan bentang kat lantai jubin tu.
Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan
Di bilik ni tersedia penghawa dingin, sebuah almari beserta sejadah, tv LCD tapi masih belum berfungsi sebab kata anak tuanpunya binaan roomstay yang kami duduki tu masih baru. Di bahagian belakang roomstay kami pun tuanpunya tengah nak naikkan lagi beberapa unit.

Memang selesa, bilik yang bersih dan persekitaran pun bersih tapi mungkin pihak tuanpunya boleh tambah yang saya rasakan amat perlu supaya penginap merasa lebih selesa seperti
  • Penyapu didalam sebab persekitaran yang berpasir 
  • Alat penyangkut di dalam bilik air 
  • Tempat letak sabun/syampu
  • Alat penyangkut di dalam bilik
  • Lampu sidetable atau lampu kecil 
  • Seterika dan papan menggosok
  • Kipas siling sebab bukan semua penghuni suka aircond
  • Tong sampah besar di halaman roomstay

Bagi yang berminat untuk bercuti di Pekan boleh tempah roomstay Warisan | No Telefon : 6013 998 8613 | Alamat : Jalan Benta-Lamir, Perumahan Dato'Shahbandar, C103, Kampung Jambu, 26600 Pekan Pahang


Hari Kedua
DH ajak cari sarapan pagi di gerai yang berdekatan, so kami pun keluar berdua memandu mencari sesuatu yang ringan untuk alas perut dan akhirnya kami singgah di Warung Mektam D'Kuala untuk roti canai, teh tarik dan nasi minyak buat cikapplepie lapik perut.

Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan

Sementara menunggu untuk keluar makan tengahhari, sempat KY masih sempat mengulangkaji dan menghafal dengan bantuan cikapplepie memandangkan KY akan menduduki kertas peperiksaan di sebelah petang sementara tu DH sempat la berehat-rehat memalaskan diri...penat kot memandu dari KL sebelum tu.
Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan

Jam 1230 kami keluar untuk makan tengahhari di Warung Rahmat DK yang cukup popular di kalangan siswa siswi UMP. Makanannya sedap dah harga pun sangat berpatutan terutama buat pelajar yang menginap disekitar.  Selepas menghantar Kak Yang ke UMP kami terus ke Kuala Pahang untuk mendobi kain baju. Jadi korang tak perlu risau kalau menginap di sini terdapat kemudahan kedai dobi dan pasaraya apatah lagi kedai makan.

Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan

Dinner malam terakhir kami di Restoran Warisan kepunyaan anak tuanpunya roomstay yang terletak bersebelahan tempat tinggal jadi cuma perlu jalan kaki dalam seminit jer. Rasa makanan yang not bad dan harga pun agak berpatutan.  Waktu kami tengah menghayati makanan, hujan pulak turun dengan lebat tapi tak la risau sangat sebab bilik kami cuma beberapa langkah dari kedai makan!.


Hari Ketiga
Lepas subuh tu dah bersiap nak pergi tengok matahari naik tapi DH cakap cuba tengok langit tu gelap nak hujan...memang nak sentap tapi bila DH kata ok jom bersiap dan lepas tu kita cari sarapan pagi...terus hati berbunga..hehe. Senang kan nak tackle hati isteri ni kan!

Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan

Perjalanan ke Kuala Pahang ni adalah lebih kurang 10 minit dan suasana tu agak sunyi dengan pemandangan beberapa orang masih dalam selimut tidur di pondok yang terbuka mengadap laut. Angin tak usah nak cakap la punya kuat berdesir sampai terasa ngeri pun ada dengan alunan air laut menghempas pantai dan jeti kayu.
Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan

Memang cantik pemandangan dan saya pun mencari keberanian untuk menjejak kaki di jeti kayu semata-mata nak bergambar hingga makin lama makin ke tengah jeti.  Sempat juga bertanya dan meminta izin pada pakcik yang nak ke laut tu...ye la tempat orang kan

Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan

Balik dari bergambar sakan kat jeti Tun Teja tu kami singgah bersarapan di salah sebuah warung yang tak susah nak cari sebab banyak sangat warung yang dibuka awal.  Apa yang diperhatikan bukan nelayan yang singgah tapi mungkin kakitangan awam juga.  Apa yang kami makan? tunggu next entry..InsyaAllah

Sampai di roomstay, cikapplepie dan KY masih berselimut tidur dengan lena. Memang la syok sebab cuaca sejuk kan.

Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan

Jam 1200 kami dah check out dan hasrat DH untuk makan di warung berdekatan dengan lokasi pengambaran PolisEvo 2 di Kampung Serandu tercapai! Ok nanti akan cerita pasal Warung Cili Padi Serandu ni di entri kemudian ya.

Selesai makan kami berpatah balik ke UMP lebih kurang 10 minit jer bagi KY menduduki kertas  periksa akhir.  Memula ingat nak ke Pasaraya Mydin di pekan tapi bertukar bila DH terasa nak layan angin laut di Pantai Air Leleh tapi tak kesampaian bila ianya ditutup untuk penyelengaraan so kami ambil keputusan untuk berehat di salah satu kawasan pantai yang agak redup.

Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan

Penginapan 3H2M Di Roomstay Warisan Pekan

Haa..jangan tak tau memang sempat pulak berfoto kat sini sambil melayan angin laut yang bertiup kuat tapi tak lama sebab KY dah call bagitau dia dah selesai so we rush back to UMP untuk jemput dan destinasi seterusnya mestilah balik KL.



Seperti kebiasaan cikapplepie tu memang cepat sungguh berasa lapar jadi kami berhenti di Kuala Kuantan untuk penuhi permintaan dia. Memang lapar sungguh bila dia memesan nasi chicken chop, KY dengan nasi goreng dan saya berkongsi rojak buah dengan DH tapi serius ralat sebab bukan kuah rojak tapi kuah cair yang boleh dipanggil salad buah.  So memang tak recommend sangat even nasi goreng pun terlebih kunyit tapi bagi cikapplepie, makanan dia tu sedap..budak tengah nak membesar kan..

Alhamdulillah kami sampai KL kurang lebih jam 9 malam dengan badan yang cukup penat dan perlu rehat sebab esok DH dah mula kerja.

Good nite readers!

1223 words
Read More

January 28, 2020

Cleanpro Ekspres Dan Visa Umumkan Pemenang Bertuah Peraduan Sentuh & Menang

January 28, 2020
Cleanpro Ekspres Dan Visa Umumkan Pemenang Bertuah Peraduan Sentuh & Menang
Pembayaran tanpa sentuh kini menjadikan gaya hidup rakyat Malaysia  lebih mudah dan lancar.  Visa Malaysia mengumukan kerjasama dengan Cleanpro Express pada Julai 2019 untuk membolehkan bayaran tanpa sentuh di rangkain perkhidmatan layan diri dobi laundromat, inisiatif yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.

Cleanpro Ekspress Dan Visa Umumkan Pemenang Bertuah Peraduan Sentuh & Menang


Cleanpro Ekspress Dan Visa Umumkan Pemenang Bertuah Peraduan Sentuh & Menang

Cleanpro Ekspress Dan Visa Umumkan Pemenang Bertuah Peraduan Sentuh & Menang

Bagi kumpulan pelanggan Cleanpro Express, penggunaan bayaran tanpa sentuh memberikan peluang kepada mereka untuk membawa pulang pelbagai hadiah menarik menerusi Peraduan Sentuh & Menang dianjurkan oleh Visa Malaysia dan Celanpro Express.  Encik Mohamad Yusri Bin Awanga dn Encik Wong Choo Uon muncul sebagai pemenang utama dengan memenangi hadiah berupa sebuah kereta Honda City terbaharu setiap seorang manakalai 10 pemenang hadiah khas membawa pulang telefon pintar Samsung Galaxy S10.

Nama pemenang diumumkan oleh Encik Ng Kong Boon, Pengurus Visa Negara Bagi Malayisa dan Encik Goh Sen Kiat Ketua Pegawai Eksekuti Kumpulan Cleanpro Landry Holidings Sdn di Cleanpro Express BKS Puchong hari ini.  Kempen tiga bulan yang bermula Ogost tahun lalu itu berjaya mencatatkan lebih 300 perkhidmatan layan diri laundromat di cawangan Cleanpro Express, Aladin dan Ibu Sayang di Malaysia

Cleanpro Ekspress Dan Visa Umumkan Pemenang Bertuah Peraduan Sentuh & Menang

"Selepas memperkenalkan pembayaran tanpa sentuh bagi perkhidmatam laundromat di Malaysia tahun lalu, kami menerima maklumbalas yang cukup positif daripada pemegang kad.  Bayran tanpa sentuh mencatatkan pertumbuhan kukuh dan transaksi bulanan merekodkan peningaktan empat kali  ganda sejak dua tahun lalu.  Kadanr penebusan tanpa sentuh di Malasia juga meningkat tiga kali ganda sejak dua tahun lalu dan Malaysia ialah salah satu negara yang mencatatkan pertumbuhan pantas di Asia Pasifik - Encik Ng Kong Boon, Pengurus Visa Negara Bagi Malaysia
"Saya inign mengucapkan tahniah kepada semua pemenang yang mengambil bahagian dalam kempen ini.  Kami harap pengalam pembayaran layan diri laundromat akan menggalakkan lagi mereka menggunakan pembayaran tanpa sentuh lebih banyak meskipun selepas kempen ini tamat.  Matlamat kami ialah memastikan kami menyediakan pengalaman bayaran selamat, mudah dan lancar kepada pemegang kad dan mengurangkan penggunaan tunai di negara ini - Kong Boon
Cleanpro Ekspress Dan Visa Umumkan Pemenang Bertuah Peraduan Sentuh & Menang
"Ini aldah sambutan menyeronokkkan dan kemakmuran Tahun Baru Cina apaila kita meraikan 12 pemenang khususnya dua daripada mereka yang memandu pulang kereta baharu Honda City.  Kami menerima sambutan cukup memberangsangkan dalam peraduan ini.  Ia bukan sahaja berjaya meningkatkan transaksi bayaran tanpa sentuh di semua cawangan Cleanpro Express Aladin dan Ibu Sayang.  Kamu juga menyaksikan pertumbuhan jualan dua digit semasa dalam tempoh kempen - Goh Sen Kiat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cleanpro Laundry Holdings Sdn Bhd
Dalam pada itu sebagai perintis perkhidmatan layan diri dobi di Malaysia, Goh berkata syarikat akan melancarkan sistem baru dobi-eko dikenali Clean Power.  Ia terdidir daripada Sistem Air Aqua Boost Ionized, sabun gred premium dan pelembut anti bakteria.  Sistem baru ini suah mula diperkenalkan di cawangan terpilih sejak November tahun lalu
"Kami komited untuk terus membawakan penyelesaian inovatif kepada pelanggan kami seperti memperkenalkan bayaran semamat dan lancar melalui bayaran tanpa sentuh Visa.  Kami percaya bahawa perniagaan dan francais kami akan memberi manfaat daripada aspek ini"
Cleanpro Ekspress Dan Visa Umumkan Pemenang Bertuah Peraduan Sentuh & Menang

Untuk menggalakkan lebih banyak pengunaan bayaran tanpa sentuh, Cleanpro Express akan bekerjasama dengan Bank Islam dan RHB Bank pada suku pertama 2020 untuk mempromosikan penggunaan kad debit dimana pelanggan dapat menikmati rebat segera apabila merek menggunakan bayaran tanpa sentuh
Read More

January 27, 2020

Berlibur Di Pulau Redang Terengganu

January 27, 2020
Berlibur Di Pulau Redang Terengganu
Berlibur Di Pulau Redang Terengganu | Negeri Terengganu Darul Iman. Salah satu negeri yang boleh dikatakan banyak memberi sumbangan kepada sektor pelancongan Malaysia. Sangat dikenali dengan tempat-tempat percutian yang menarik dan mempunyai daya tarikan pelancong yang datang dari luar dan dalam negara. Dengan kelebihan yang ada pada keindahan pulau dan pantainya, ia mampu menarik lebih ramai pelancong saban tahun.

Berlibur Di Pulau Redang Terengganu
credit Nadzley Amn
Pulau Redang antara salah satu tarikan yang menyumbang pendapatan dalam sector pelancongan di Malaysia dan terutamanya di Negeri Terengganu Darul Iman. Keindahan dan aktiviti menjadi tarikan mengalu-alu kedatangan para pelancong dalam dan luar negara.

Terdapat pelbagai cara untuk ke sana dan bagi yang  malas memandu mahupun malas untuk naik bas sampai hampir 8 jam nak ke Terengganu jadi saya syorkan korang naik flight yang terus ke Pulau Redang ni, benda mudah kan ada kenapa nak bersusah kan?

Perjalanan untuk ke KLIA bermula dengan menaiki KLIA Express yang mana tiketnya saya beli lebih awal di KLIA Ekespres online booking dari aplikasi Traveloka.  Sewaktu nak check it out tu, tekan pada link yang saya sertakan tu.  Hanya dengan perjalanan 30 minit…tadaaaa dah sampai aiport dan bersedia untuk menaiki Air Asia ke Terengganu.  Sesampai di airport Kuala Terengganu, korang boleh dapatkan cheap airport limo sebagai pengangkutan terus ke jeti dan dari situ korang akan menaiki feri ke Pulau Redang.  Konsep perjalanan mudah dan pantas tanpa perlu membuang banyak masa ni la yang saya praktikan sepanjang ke Terengganu, menarik kan!
Percutian yang saya rancangkan selama 4H3M di Pulau Redang ni sememangnya sangat berbaloi buat korang yang nak bercuti beramai-ramai bersama keluarga mahupun dengan teman-teman baik. Okay, saya nak ringkaskan info untuk dikongsi dengan korang semua.

Berlibur Di Pulau Redang Terengganu
credit Nadzley Amn
Pulau Redang
Tahu tak yang Pulau Redang ni adalah antara pulau yang paling banyak menerima pelancong kalau nak dibandingkan dengan Pulau Perhentian walau bagaimanapun kedua-dua pulau ini punya tarikan dan keunikannya yang tersendiri.

Berlibur Di Pulau Redang Terengganu
credit Nadzley Amn
Perjalanan dari airport ke Jeti Syahbandar mengambil masa dalam 20 minit.  Bila sampai di jeti, korang boleh beli tiket untuk menaiki bot berharga RM110 untuk dua hala dan perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 30 minit hingga 2 jam. Jadi tu adalah antara sebab ramai ke Pulau Redang yang mudah untuk dilawati.  Untuk penginapan 4H3M ni saya menempah pakej lengkap dengan salah satu resort yang termasuk makan, pengangkutan dari jeti ke resort dan aktiviti sepanjang berada di Pulau Redang ni supaya tak payah nak pening pilih kekonon untuk berjimat tapi akhirnya akan menelan belanja lebih dan buang masa bila nak suai padan masa dan aktiviti. Serahkan pada yang lebih berpengalaman dan kita boleh bercuti dengan tenang dan selesa.

Bagi sesiapa yang hendak ke Pulau Redang atau pulau-pulau di sebelah Pantai Timur ni waktu yang cukup baik untuk ke sini adalah di waktu musim panas iaitu diantara bulan Mac hingga bulan September. Di antar bulan ni la keadaan cuaca sangat cantik, pemandangan yang cantik dan keadaan air laut pun sangat memukau bagi mereka yang akan bersnorkeling mahupun bagi mereka yang suka bersantai di tepi pantai.

Berlibur Di Pulau Redang Terengganu
The Taaras Beach and Spa Resort
Bagi mereka yang suka snorkeling atau berminat, lokasi untuk snorkeling semestinya di Pasir Panjang yang mana korang akan dapat melihat pelbagai spesis ikan cantik berenang-renang dan ada yang tampak seakan manja dan terumbu karang pasti turut menjadi tumpuan.  Selain di Pasir Panjang, pakej bot yang saya ambil juga membawa saya dan rakan-rakan ke lokasi snorkeling yang tak kurang menariknya antaranya Pasir Mat Simpan dan Pasir Mat Kepit dan sesungguhnya lokasi snorkeling yang terdapat di Pulau Redang adalah yang terbaik di Malaysia selain dari Sabah ya.

Berlibur Di Pulau Redang Terengganu
The Taaras Beach and Spa Resort
Bagi yang teringin untuk melihat penyu, boleh ke Pasir Changal Hutan yang menjadi tempat utama untuk penyu mengawan dan bertelur. Selain snorkeling, mandi laut korang yang suka aktiviti lebih lasak seperti berkayak, jungle trekking, bola tampar pantai dan memancing pun boleh dibuat di sini tapi untuk pakej memancing, bot akan bawak korang ke kawasan yang dibenarkan memancing.
Berlibur Di Pulau Redang Terengganu
The Taaras Beach and Spa Resort
Memang tak sah kalau tak makan makanan special di Redang dan pastilah BBQ di malam akhir yang termasuk didalam pakej yang saya dan rakan-rakan ambil. Waktu ni la kita boleh berkenalan dan mendapat kenalan dari dalam dan luar negara sesambil kita makan dan bersantai bertukar-tukar cerita menarik sepanjang berada di Pulau Redang dan mungkin boleh berjumpa lagi di percutian akan datang di pulau yang sama ataupun di lokasi yang berbeza. Perut dah kenyang, mata dan mengantuk dan esok pagi dah kena bangun awal untuk berkemas dan esok pulak harus berangkat pulang dan kembali dengan kesibukan diri dan mengadap kesibukan kota.

Lega dan puashati dengan segala perancangan dan percutian di Pulau Redang ni dan percutian selepas ni semestinya ke Pulau Perhentian yang pastinya menarik seperti pengalaman di sini.  Okay, stay tune ok bila saya kongsi pengalaman menarik di sana nanti.

Read More

January 22, 2020

PETRONAS Sparks Lunar New Year With 'Bao Bei' Webfilm

January 22, 2020
PETRONAS Sparks Lunar New Year With 'Bao Bei' Webfilm
PETRONAS Sparks Lunar New Year With 'Bao Bei' Webfilm | PETRONAS has recently launched its first Webfilm of the year title 'Bao Bei' in Spring Garden Restaurant, Suria KLCC which will be anchored on this 2020 festive theme - 'Our Unique Family', in conjuction with the upcoming Chinese New Year celebrations with the official hashtag #StoriesOfJoy

'Bao Bei' which loosely translates to 'precious blanket' symbolises both a fresh start and the begining of PETRONAS journey into a new realm of storytelling that showcases non-human characters to evoke the audiences emotions.

The Webfilm is told throught the perspective of pieces of fabric each representing a family member. These colourful characters come together in a 'family reunion' to form a patchwork blanket, lovingly woven together by the grandmother as a gift to the family's new bundle of joy.


'Bao Bei' would remind Malaysians of the little acts of love that form the fabric of our cultures as well as reignite the fading tradition of handmade patchwork blankets.
PETRONAS Sparks Lunar New Year With 'Bao Bei' Webfilm
Spring Garden, Suria KLCC

PETRONAS Senior Manager of Group Strategic Communications, Zahariah (Liza) Abdul Rahman said
"PETRONAS is excited to introduce this year's festive theme, 'Our Unique Family' in 'Bao Bei' we are highlighting the most common source of Joy - our family which can either be the family we are born into or the family we choose"
"We would like to invite Malaysian to reflect that our differences are like patches of fabric that are woven together to bring joy to the family.  As Malaysian, we are one big family regardless of our differences"

Zahariah (Liza) Abdul Rahman also said that it does not take much to bring joy into someone's life and that even a simple act of love can be a person's biggest source of joy.

PETRONAS Sparks Lunar New Year With 'Bao Bei' Webfilm
Spring Garden, Suria KLCC


The 2 minutes 12 second Webfilm can now be viewed on PETRONAS official social media channels.  The 60 second commercial version will be aired on TV from 19 January to 1 February 2020 and in cinemas from 23 January to 5 February 2020.

#StoriesOfJoy #PETRONASCNY2020 #BaoBei


PETRONAS Sparks Lunar New Year With 'Bao Bei' Webfilm
Yee Sang at Spring Garden, Suria KLCC

PETRONAS Sparks Lunar New Year With 'Bao Bei' Webfilm
Spring Garden, Suria KLCC

PETRONAS Sparks Lunar New Year With 'Bao Bei' Webfilm
Spring Garden, Suria KLCC

PETRONAS Sparks Lunar New Year With 'Bao Bei' Webfilm
Spring Garden, Suria KLCC

PETRONAS Sparks Lunar New Year With 'Bao Bei' Webfilm
Spring Garden, Suria KLCC

PETRONAS Sparks Lunar New Year With 'Bao Bei' Webfilm
Spring Garden, Suria KLCC


PETRONAS Sparks Lunar New Year With 'Bao Bei' Webfilm
Spring Garden, Suria KLCC

Read More

January 21, 2020

Resepi Puding Jagung Mudah, Cepat & Lazat

January 21, 2020
Resepi Puding Jagung Mudah, Cepat & Lazat
Resepi Puding Jagung Mudah, Cepat & Lazat | Akhirnya buat pertama kali berjaya buat puding jagung yang cantik dan elok serta mudah untuk dipotong! Sebenarnya sepanjang hidup dan berkahwin ni adalah kali kedua membuat puding jagung ni.   Sadis kan tapi kalau nak buat tiada orang nak makan pun suatu kerugian sebab penat berdiri mengacau sampai jadi likat pastu tak de orang nak makan..bukan mengundang amarah ke tu jadi sebab tu tak pernah buat tapi kali pertama buat tu memang saja suka-suka dan kali kedua ni puding jagung dibuat sebab anak-anak dah besar dan diaorang pun nak makan!

Rahsianya? Meh baca resepi semudah 1, 2, 3 ni. Tapi kan tak berapa nampak cantik tapi sedap ikut tekak sendiri kira sedap la kan sebab sekali hidang jer dah langsai..hehe

Resepi Puding Jagung Mudah, Cepat & Lazat

Bahan-bahan
1 bungkus tepung Hoen Kwe Mas Ajoe (85g)
¾ cawan gula pasir
3 ½ cawan santan kelapa
1 tin jagung
sehelai daun pandan, dibasuh dan diikat
secubit garam


Cara membuatnya
  • Masukkan semua bahan dan daun pandan ke dalam periuk, masak dengan api sederhana.
  • Kacau dengan kerap sehingga adunan menjadi likat tapi jangan sampai melekat di periuk
  • Angkat dan masukkan ke dalam acuan
  • Sejukkan di dalam peti sejuk, dah sejuk boleh la potong dan makan.
Resepi Puding Jagung Mudah, Cepat & Lazat

Nota
Tepong Camporan Hoen Kwe Mas Ajoe ni ada nutrition facts sebagai rujukan tentang kandungannya.
Read More

January 16, 2020

Sumbangan TOP Kepada 674 Orang Asli Catat Rekod 3 Kali Sasaran Dana

January 16, 2020
Sumbangan TOP Kepada 674 Orang Asli Catat Rekod 3 Kali Sasaran Dana
Sumbangan TOP Kepada 674 Orang Asli Catat Rekod 3 Kali Sasaran Dana | Tahun persekolahan 2020 bagi 674 pelajar Orang Asli bermula dengan penuh semangat apabila mereka menerima keperluan kembali ke sekolah yang lengkap menerusi kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’.


Kempen TOP, jenama bahan pencuci inovatif dari Jepun yang memberi fokus kepada komuniti Orang Asli telah mencatat rekod dari segi jumlah penerima dan sumbangan yang ekstensif. Sumbangan TOP merangkumi pakaian seragam sekolah baharu, kasut, stoking, beg, alat tulis, buku latihan, buku kerja, buku aktiviti, bekalan alat seni dan kraftangan serta alat muzik.




TOP telah bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk menghantar keperluan kembali ke sekolah kepada komuniti-komuniti Orang Asli yang menetap di kawasan pedalaman Perak, Pahang dan Negeri Sembilan agar murid-murid dapat hadir ke sekolah dengan keperluan sekolah yang lengkap, serta meringankan kewangan keluarga mereka.

Kempen itu nyata selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang memberi penekanan untuk menambah baik pencapaian murid Orang Asli menerusi kerjasama pihak kerajaan - swasta yang melibatkan ibu bapa dan komunit dalam usaha membantu mengubah sistem pendidikan

Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo memberitahu kempen ini telah banyak membantu ratusan keluarga Orang Asli serta memberi motivasi kepada kanak-kanak supaya terus belajar di sekolah.

“Dari sektor swasta, TOP telah memberi sumbangan kembali ke sekolah yang cukup besar kepada komuniti Orang Asli. Sumbangan ini memberikan nilai tambah terhadap bantuan yang telah disediakan oleh JAKOA terhadap para pelajar Orang Asli. Kerjasama strategik di antara pihak kerajaan dan swasta dapat memberi semangat positif kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru,” kata Prof Dr Juli Edo.

TOP telah menjalankan kempen ini selama lima tahun untuk memberi motivasi kepada pelajar daripada komuniti kurang berkemampuan dan isi rumah B40 supaya mereka boleh mencapai kecemerlangan dengan meningkatkan keyakinan diri dan harga diri. Selain mendidik mereka supaya menjaga pakaian agar dapat tampil bersih dan selesa. Sehingga kini, seramai 2,474 orang pelajar telah menerima manfaatnya.

TOP yang terkenal dengan cucian Micro-Clean Tech™ dengan rangkaian Anti-Sebum dibangunkan oleh Lion Corporation Japan yang mampu menanggalkan sisa kotoran nyata dan tersembunyi untuk kehidupan yang bersih.

TOP telah bekerjasama dengan peruncit utama, TESCO untuk menjalankan kempen mengumpul dana CSR bermula 15 November hingga 15 Disember 2019. Tiga puluh sen daripada jualan produk terpilih TOP dari semua cawangan TESCO di seluruh negara dan Tesco Online telah disalurkan ke tabung ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’.

Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik)Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li menyatakan bahawa tindak balas orang ramai terhadap kempen ini sangat memberangsangkan dengan kutipan hampir tiga kali ganda daripada yang dijangkakan. Ini membuktikan sokongan kepada masa depan kanak-kanak Orang Asli yang lebih cerah.

“Menerusi kempen ini, memang jelas TOP dan pelanggan kami prihatin terhadap kesejahteraan kanak-kanak Orang Asli dan mahu menyokong komuniti ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih diatas sokongan dan kerjasama daripada JAKOA, Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat, tok batin, rakan niaga kami TESCO dan para pelanggan. Bersama-samalah kita memberi masa depan yang lebih cerah kepada 674 orang kanak-kanak Orang Asli ini,” 

Pasukan TOP menyerahkan keperluan kembali ke sekolah di Pos Tenau, serta mengadakan bengkel mencuci pakaian bagi berkongsi tip-tip membersih dan mengekalkan kebersihan pakaian seragam mereka dengan baik.  Setiap keluarga yang hadir juga menerima  satu pek bahan pencuci TOP Super White Micro Clean Tech untuk digunakan di rumah. Kanak-kanak pula mengalu-alukan kedatangan pasukan TOP dengan nyanyian lagu-lagu dalam bahasa Semai.

“Kanak-kanak di Pos Tenau memang kreatif, berbakat dan bersemangat berdikari. Kegembiraan mereka menerima keperluan kembali ke sekolah ini menukar majlis penyerahan menjadi seperti satu sambutan. Kebolehan mereka termasuklah kanak-kanak yang masih kecil, untuk mencuci pakaian seragam dengan tangan, patut dicontohi ramai. Mereka nyata membawa tagline Belum Bersih sehingga Dimikro Bersih dengan sepenuh hati,” kata Cik Ling.
SkPosLemoi_Pahang

SkPosTenau_Perak

SkPutra_N9

SkSgMok_Pahang2

Tok Batin Pos Tenau di Perak, Yok Komlok A/L Sentor memberitahu komunitinya sangat bersyukur di atas bantuan dan motivasi kepada murid-murid sekolah.

“Kebanyakan keluarga mempunyai beberapa orang anak yang masih bersekolah dan kos keperluan kembali ke sekolah sememangnya sangat tinggi. Namun, kami juga mahu anak-anak menerima pendidikan dan gembira untuk pergi ke sekolah. Apabila kami mendapat tahu bahawa komuniti Pos Tenau telah terpilh untuk kempen ini, murid-murid, ibu bapa dan guru-guru sangat gembira. Terima kasih kepada kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP!’,” 

Tok Batin Ayof bin Ekal dari Kampung Parit Gong yang juga seorang guru di SK Putra, Simpang Durian mengakui bahawa sumbangan ini cukup komprehensif, menyeluruh dan sangat dialu-alukan oleh komunitinya.
“Seramai 110 orang kanak-kanak dari perkampungan di kawasan ini menerima pakaian seragam sekolah baharu, kasut, stoking, beg, alat tulis, buku latihan dan buku kerja. Ada juga bekalan alatan seni dan kraf serta sebuah ukulele. Ibu bapa dalam komuniti kami tidak perlu lagi membeli sebarang kelengkapan sekolah. TOP dan rakyat Malaysia telah menunjukkan mereka mengambil berat ke atas kanak-kanak Orang Asli,”   

Untuk keterangan lanjut mengenai TOP, sila layari laman web: http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan 1800-88-0133.

Senarai penerima sekolah Orang Asli, lokasi dan jumlah pelajar.

No.
Sekolah
Bilangan Pelajar Orang Asli
1.     
SK Pos Musoh, Perak
70
2.     
SK Pos Lemoi, Pahang
84
3.     
SK Pos Bersih, Perak
147
4.     
SK Putra, Negeri Sembilan
110
5.     
SK Pos Tenau, Perak
79
6.     
SK Sg Mas, Pahang
79
7.     
SK Sg Mok, Pahang
105
Jumlah
674




[1] Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-jurnal/1818-pelan-pembangunan-pendidikan-2013-2025/file



Read More

January 15, 2020

Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa

January 15, 2020
Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa
Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa | Kuantan lagi? Bulan Disember yang lepas memang agak kerap kami ke Kuantan dan rasanya termasuk ni dah dua kali dengan tempat penginapan yang berlainan dengan niat untuk mencuba hotel mana lebih berbaloi dari segala harga dan keselesaan serta kemudahan yang ada di sediakan oleh hotel dan semestinya lokasi tempat makan yang bersih, makanan yang sedap dan harga pun harus diambil kira kan.

Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa


Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa
Macam yang sebelum ini, en suami dah kira agak biasa di Kuantan dan Pekan dan beberapa daerah di Pahang ni jadi kelebihan ini saya guna dalam mencari tempat penginapan, tempat makan dan tempat untuk dilawati...mudah kan? Kali ni penginapan yang tak sabar kami duduki pastinya Hotel Cathayana yang nampak sangat cantik dan menarik yang kami tempah melalui Agoda seperti kebiasaanya.

Nak tahu tempat yang menarik untuk di singgah dan di jengah atau tempat untuk menjamu selera di Kuantan, baca SINI

Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa

Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa

Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa

Bila melangkah membuka pintu pandangan terus ke arah meja reception untuk daftar masuk.  Memang luas sangat, bersih dan nampak ringkas dengan di sebelah kiri terdapat sofa untuk pelanggan dan ahli keluarga berehat dan di sebelah kiri ruang terbuka ke cafe yang menyediakan sarapan pagi.  Memandangkan hotel ini terletak di tengah bandar, tak susah untuk cari kedai makan pun malahan pihak hotel pun hanya menyediakan sarapan pagi sahaja.

Hotel ni terletak di kawasan komersial di tengah bandar Kuantan dan dari sini penginap boleh ke Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah dengan berjalan kaki dalam 13 minit jer dan hanya 7km ke Pantai Teluk Chempedak.
Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa

Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa

Kami menempah Triple Bed yang berkeluasan 26m² (280ft²) dengan pandangan kota dan boleh nampak mall dari bilik ni.  Bilik moden dengan tingkapnya dari lantai ke siling ni memang membuat bilik terang tanpa perlu pasang lampu tapi kalau malam tetatp ler gelap ya. Katil Queen dan Single ni kami cantumkan boleh memuatkan 4 orang di atas katil ni.  Di dalam bilik ni disediakan minibar, Wi-Fi percuma dan TV LCD, cerek elektrik dengan teh dan kopi serta air minuman untuk para penginap dan sejadah turut disediakan didalam laci meja, bagus kan!
Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa

Bagi pembaca novel seperti saya memang rasa tersangat la suka sebab boleh duduk di sofa membelakangkan tingkap panjang sambil melayan novel.

Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa

Bilik air pulak sangat luas dan kelengkapan untuk menggosok baju ditempatkan bersebelahan bilik air seakan walking closet.

Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa

Lepas check-in dan rehat-rehat, kami keluar lebih kurang jam 4 petang untuk pergi menonton Jumanji di TGV Kuantan City Mall.  Kalau dah kata TGV kan jadi pastinya panggung ni selesa tapi macam saya luahkan di FB, Jumanji kali ni macam biasa-biasa saja tak de thrill sampai rindu pada lakonan Robin Williams yang sangat menghidupkan cerita dalam filem tu tapi kata anak pulak...apa la Umi ni..cerita tu ikut peredaran zaman teknologi jadi tak de la board games dah...huhu

Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa

Keesokkan paginya kami menjamu selera di cafe yang menghidangkan nasi lemak, bubur nasi, mee goreng, salad, minuman jus limau, kopi dan teh yang standard seperti hotel yang lain tapi paling menarik pastinya bihun kari yang sedap yang menjadi kegemaran saya. Jadi kalau korang menginap di hotel ni sila cari bihun kari ni okay tapi tak tahu la kalau waktu korang menginap kat sini menu dah ditukar...hehe

Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa
Terdapat dua buah lif buat para penginap yang meletakkan kereta di aras 2 dan untuk ke aras bilik masing-masing. Kalau dari tempat daftar masuk, lif ni terletak di kiri jadi kalau sesiapa yang kurang upaya dan berkerusi roda, hotel ni memang cukup selesa untuk mereka.
Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa

Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa

Antara fasiliti yang disediakan secara percuma adalah tempat letak kereta, jangan penginap tak perlu risau sebab ruangan untuk meletak kereta mencukupi buat para pelanggan hotel ni.

Alamat : A 41, 3, Lorong Tun Ismail 5, Sri Dagangan Bussiness Centre, 25000 Kuantan, Pahang |
Phone: 09-517 2000
Read More