Koleksi 10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah Dibuat| Hari tu saya kongsikan resepi puding hasil air tangan KC Iman yang korang boleh baca kat SINI dan kalau nak resepi dessert lain boleh baca kat SINI tau

Koleksi 10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah Dibuat


Memandangkan tak berapa hari lagi kita nak menyambut Ramadan, pastinya kita pun sibuk nak pastikan juadah untuk berbuka walau hari ni PM8 mengumumkan lanjutan PKP .  Apa yang pasti Pasar Ramadan pun tak mungkin diadakan bagi memutuskan rantaian COVID-19 tu. Semoga kita terus tabah dan kita semua selamat dari virus yang cukup menakutkan.

1. Resepi Puding Permaisuri

10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah
Puding Permaisuri

Bahan-bahan:-
300 g kek, di potong dadu
300 ml fruit jelly
1 biji kulit tart yang telah dibakar
4 sudu besar inti blueberry

Bahan untuk Kastard Jagung
250 ml susu segar
70 g gula kastor
30 g tepung kastard
3 sudu besar krim jagung
2 biji telur

Cara membuatnya:-
Satukan bahan kastard jagung dalam periuk.  Masak hingga pekaat dan berkilat.  Ratakan inti blueberry dalam kulit tart dan kemudian susunkan potongan kek.  Seterusnya, tuangkan kastard jagung yang masih panas.  Setelah kastard sejuk tuangkan fruit jelly diatasnya hingga rata.  Simpan dalam peti sejuk dna hidang ketika sejuk


2. Resepi Puding Yogurt Berkrim

10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah
Puding Yogurt Berkrim

Bahan-bahan:-
125ml susu cair
30 g krim putar
25 g gula pasir
1 paket agar-agar
3 sudu besar yogurt
2 sudu kecil pes oren

Cara membuatnya:-
Rendam agar-agar hingga lembut.  didihkan susu cair gula dan agar-agar hingga larut.  Tapiskan dan tuangkan ke dalam bekas.  Pukul krim putar hingga kembang.  Tuangkan ke dalam adunan agar-agar tadi.  Kemudian masukkan yogurt dan pes oren, kacau hingga sebati.  Tuang ke dalam acuan dan sejukkan hingga ianya keras


3. Resepi Puding Mangga

10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah

Puding Mangga

Bahan-bahan:-
1 liter puri mangga
250 g gula pasir
100 g susu tepung
45 g gelatin halal

Cara membuatnya:-
Didihkan puri mangga dan gual pasir hingga larut
Masukkan susu tepung dan gelatin.  Kacau hingga sebati.  Tuangkan ke dalam mangkuk kecil dan simpan di dalam peti sejuk


4. Resepi Puding Zebra

10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah
Puding Zebra

Bahan-bahan:-
500 ml air
100 g serbuk santan
130 g gula kastor
100 g tepung kastard
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar coklat emulco

Cara membuatnya:-
Satukan santan, tepung jagung, tepung kastard, air dan gula kastor dalam periuk.  Kacau di atas api hingga pekat dan berkilat.  Bahagi adunan pada dua.  Satu bahagian dibiarkan warna asal manakal satu bahagian lagi dibubuh coklat emulco.  Tuangkan dua adunan ini ke dalam acuan secara berselang warna.  Biarkan sejuk.

5. Resepi Puding Santan


10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah

Puding Santan

Bahan-bahan:-
1 biji kelapa ambil pati
1/2 cawan air nira
150 g gula pasir
1 paket agar-agar
Air secukupnya

Cara membuatnya:-
Masak agar-agar dan air hingga larut.  Masukkan gula pasir, santan dan maa hingga mendidih.  Tapiskan. tuangkan agar-agar ini ke dalam acuan.  Sejukkan hingga keas.  Apabila menghidang, bubuh puding dalam bekas dan tuangkan air nira.

6. Resepi Puding Triffle

10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah

Puding Triffle

Bahan-bahan:-
1 tin susu cair
½ tin air
1 cawan gula pasir
1 sudu besar tepung kastard
Kek biasa atau kek mentega
Badam, kismis, coklat dan buah-buahan koktel

Cara membuatnya:-
Satukan susu cair, air, gula pasir dan dan tepung kastard dalam periuk. Kacau di atas api hingga pekat. Sejukkan. Potong kek bentuk kiub dan susun dalam mangkuk triffle. Tuangkan buah-buahan koktel di atasnya. Kemudian, tuangkan kastard hingga rata. Taburkan kismis, coklat dan badam. Sejukkan pudding sebelum dihidangkan.

7. Resepi Puding Nata De Cocoa

10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah

Pudding Nata De Cocoa

Bahan-bahan:-
1 paket agar-agar
2 gelas air
200ml ml santan
2 biji telur
4 sudu besar gula hangus
1 sudu kecil esen vanilla
500 gram nata de cocoa

Cara membuatnya:-
Masak agar-agar dan air hingga larut. Masukkan gula hangus dan masak hingga mendidih. Tapiskan. Pukul telur dan santan hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan dikacau rata. Seterusnya, masukkan adunan telur ke dalam agar-agar. Masak hingga pekat. Kemudian masukkan nata de cocoa. Tuangkan ke dalam acuan. Sejukkan hingga keras.

8. Resepi Puding Nestum

10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah

Pudding Nestum

Bahan-bahan:-
250 ml santan
150 gram gula pasir
20 gram serbuk agar-agar
3 cawan air
Nestum secukupnya
Pewarna merah, biru dan kuning

Cara membuatnya:-
Masak agar –agar, gula pasir dan air hingga mendidih. Setengah daripada agar-agar ini dicampurkan dengan santan dan kacau hingga sebati. Agar-agar yang selebihnya dibahagi tiga dan dibubuh pewarna biru, merah dan kuning secara berasingan. Tuangkan separuh agar-agar kuning dan masukkan dalam acuan. Setelah separuh keras, tuangkan pula agar-agar yang lain dengan proses yang sama. Akhir sekali, tuangkan lebihan agar-agar kuning dan nestum. Sejukkan hingga keras.


9. Resepi Puding Limau Nipis

10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah

Puding Limau Nipis

Bahan-bahan:- (a)
1 liter air
300 gram gula pasir
150 gram mentega

Bahan-bahan:-(b)
240 gram tepung jagung
Sedikit air
60ml jus limau nipis
3 biji limau nipis
2 biji telur kuning
Sedikit pewarna hijau

Cara membuatnya:-
1. Masak bahan (a) hingga mendidih.
2. Masukkan bahan (b) dan kacau hingga sebati
3. Sejukkan sekejap dan tuangkan ke dalam acuan kecil. Biarkan keras


10. Resepi Agar-Agar Pudina

10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah
Agar-Agar Pudina

Bahan-bahan:-(a)
 800 ml air
200 g gula pasir
20 g serbuk agar-agar
sedikit esen pudina

Bahan-bahan:- (b)
250 g gula pasir
20 g agar-agar
1 liter air
1 liter santan

Cara membuatnya:-
Bahan (a) : satukan semua bahan dalam periuk dan masak hingga mendidih.  Tuangkan ke dalam acuan dan biarkan hingga keras.  Kemudian, potong bentuk kiub kecil.  Masukkan ke dalam acuan bentuk kubah

Bahan (b) : masak air, gula pasier dan agar-agar hingga mendidih.  Masukkan santan dan masak lagi sambil dikacau.  Tuangkan agar-agar ini ke dalam acuan kubah tadi.  Biarkan sejuk hingga keras.

credit : resepi MW hasil simpanan bertahun yang hampir lunyai kertasnya

12 Comments

  1. nicee saya suka puding2 jelly2 agar2 ni..
    lagi2 time sejuk makan nikmat betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni dah masuk bulan puasa ni memang sedap dibuat dan boleh bagi ilham pada SYM untuk buat kan

      Delete
  2. Sedap-sedap nampak. Nanti boleh buat ni..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang pasti bila bulan puasa ni yang best puding limau nipis tu...sejuk dan masam2 ahhh sedapp tuu

      Delete
  3. Wah wah wah... lama xbuat puding2 ni.. igt nak try la nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat2...sila pilih resepi mana menjadi pilihan hehee

      Delete
  4. Puding limau nipis..suka..masam2 manis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeaa kita geng...dah terliur dan terbayang masam manis tu kan

      Delete
  5. Ya Allah semua nampak cantik. Tertarik puding limau nipis tu.
    Wah bagi semua resipi. Boleh rujuk balik.
    Tq dah follow balik #570. Insya Allah akan datang melawat blog ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapkan..mmg fav yg puding limau nipis tu...sejuk masam manis terasa kat tekak dah ni hehe

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!