13 Resepi Mee Berkuah Mudah Yang Sedap Memikat Selera | Kalau tengok sajian mee berkuah ni banyak yang menggunakan mee kuning sebabnya dulu en hubby suka sangat makan mee kuning sampailah satu hari tu dia mengalami sakit perut.  Tu bukan sebab si isteri tak pandai masak tapi dulu tu mee kuning memang banyak kapur walau dah cuci berkali-kali dan paling cukup menyakitkan mata bila letak kuah ke atas mee tu keluar warna seakan merah...haishh memang potong selera sungguh. Tapi sekarang ni ada NuMee Gardenia yang lebih puashati atau mee keluaran bumiputra.

13 Resepi Mee Berkuah Mudah Yang Sedap Memikat Selera


1. Resepi Sup Sayur (Pan Mee ala Melayu)
2. Resepi Sizzling Mee
3. Resepi Bihun Soto
4. Resepi Kuetiaw Th'ng
5. Resepi Mee Bandung
6. Resepi Mee Rebus Utara
7. Resepi Mee Kari
8. Resepi Mee Sup Siam
9. Resepi Mee Hailam
10. Resepi Mee Kolok Sarawak
12. Resepi Mee Kicap Wantan Adam Corrie
13. Mee Bakso

13 Resepi Mee Berkuah Mudah Yang Sedap Memikat Selera


1. Resepi Sup Sayur (Pan Mee Ala Melayu)
13 Resepi Mee Berkuah Mudah Yang Sedap Memikat Selera
Bahan-bahan:
300 gm tepung gandum
Sawi / Pucuk Manis
Ikan bilis
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
5 biji cili api *
Air secukupnya
Garam secukup rasa
2 biji telur

* ditumbuk

Cara membuatnya:

  • Tepung gandum diuli hingga menjadi doh. Biarkan doh dalam ½ jam sebelum di 
  • Gorengkan ikan bilis hingga garing dan letak tepi. Dengan minyak yang sama tumis bahan yang ditumbuk hingga kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan batang sawi, biarkan masak dan masukkan air. Bila kuah dah mendidih masukkan doh yang dicubit kecil, dileperkan dan dimasukkan kedalam kuah yang mendidih.  Ulang hingga doh habis. Biarkan ia masak hingga nampak tepung berubah warna kemudian masukkan daun sawi atau daun pucuk manis
  • Masukkan sedikit tepung gandum supaya kuah menjadi agak pekat dan pecahkan telur didalam kuah
  • Padam api dan masukkan garam secukup rasa

Untuk hidangan : masukkan ke dalam mangkuk dan taburkan ikan bilis dan cili kicap (kalau suka extra pedas)


2. Resepi Sizzling Mee

13 Resepi Mee Berkuah Mudah Yang Sedap Memikat Selera
Bahan-bahan:-
Yee Mee atau mee kuning
3 biji bawang merah, ditumbuk *
5 biji bawang putih, ditumbuk *
1 inci halia, dihiris *
5 tangkai cili kering, digunting kasar dalm 1 inci
Ayam dipotong kecil
Cendawan shitake (rendam & potong 4)
5 sudu sos tiram
3 sudu kicap pekat
2 sudu kicap cair (optional)
1 kiub ayam
3 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan air)
Garam / gula secukup rasa
Minyak bijan (optional)
1 sudu makan serbuk lada hitam (optional)
Sawi, dipotong dan dicelur, toskan


Cara membuatnya:
Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda * hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam, dimasak hingga isi ayam masak dan kelihatan putih
Masukkan air, sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan stok ayam, renih hingga mendidih
Dalam kuali berasingan, masukkan minyak dan tumis cendawan dan masukkan ke dalam kuah atau bekas berasingan kerana ada ahli keluarga yang suka menggemari cendawan dan mencampurkan cendawan akan memberi aroma kuah berbeza.
Bagi memekatkan kuah, bancuhan tepung jagung dimasukkan dan dikacau supaya tidak bergumpal. Bila kuah sudah likat, tutup api dan masukkan garam secukup rasa

Cara menghidang:-
Panaskan kuah di dalam kuali, masukkan yee dan sayur yang telah dicelur.  Bila kuah mendidih, pecahkan telur hingga kelihatan separuh masak, masukkan sedikit minyak bijan dan pindahkan ke mangkuk dan sedia untuk dimakan.  Tabur cili kicap atau cili jeruk mengikut kesukaan.


3. Resepi Bihun Soto
https://www.iamfuzy.com/2017/05/bihun-soto-ringkas-tapi-sedap.html
13 Resepi Mee Berkuah Mudah Yang Sedap Memikat Selera

Bahan-bahan:
½ atau 1 ekor ayam sederhana - dipotong
1 bungkus mihun - dicelur hingga lembut dan ditoskan
1 bungkus rempah kurma
minyak untuk menumis
air secukupnya
garam secukup rasa


Bahan untuk ditumis:
2 cm kulit kayu manis
3 biji pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih


Bahan untuk dikisar:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 batang serai


Bahan hiasan:
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Limau nipis
Kacang tanah goreng - ikut kesukaan


Bahan untuk cili kicap
15 tangkai cili api dan 3 ulas bawang putih dikisar dengan sedikit air.  5 biji limau kasturi diambil jusnya dan dicampurkan dalam bahan yang dikisar, masukkan garam dan gula secukup rasa

Nota: Kalau suka boleh juga rebuskan nasi impit dan dimasukkan kedalam kuah soto atau goreng suhun dan dimasukkan dalam nasi impit tu


Cara membuatnya:
  • Panaskan minyak didalam periuk
  • Tumis kulit kayu manis, biji pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih hingga wangi dan kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar, ditumis hingga kekuningan.
  • Masukkan rempah kurma, dikacau hingga masak dan masukkan air, dikacau hingga kuah mendidih
  • Masukkan ayam hingga ayam empuk, keluarkan ayam dan toskan.  Ada yang menggoreng isi ayam jadi terpulang ikut kesukaan masing-masing
  • Dalam bekas yang lain, carik-carikan isi ayam dan tulang tu boleh dimasukkan kembali kedalam periuk
  • Kacau kuah hingga mendidih dan tutup api

4. Resepi Kuetiaw Th'ng
13 Resepi Mee Berkuah Mudah Yang Sedap Memikat Selera
Bahan-bahan
2 bungkus Kuetiaw atau bihun pun boleh
3 pek bebola ikan (terpulang kalau nak banyak)
1 ikat sawi organik yang manis, dipotong
4 ulas bawang putih - potong dadu
Kiub Pati Ayam Knorr

* kalau juga yang letak udang sebab nak bagi manis katanya, tapi bagi Umi tak letak sebab KY tak makan udang dan pulak nanti bau sup tu lain sikit.


Untuk hiasan
Daun bawang, dihiris
Bawang Goreng
Lobak masin - dihiris halus


Untuk cili kicap
2 ulas bawang putih
5 biji cili api
2 sudu kicap
5 biji limau kasturi, diperah
Garam secukup rasa

* Tumbuk cili api, garam, bawang putih hingga lumat.  Masukkan kedalam mangkuk, perahkan limau kasturi dan kicap. Siap!

* Kalau nak kisar pun boleh


Cara membuatnya:
  • Masukkan air kedalam periuk (terpulang nak letak banyak mana).  Bila mendidih masukkan kiub pati ayam dan bebola ikan serta sayur sawi. Tutup api dan masukkan garam secukup rasa
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga kekuningan dan naik bau
  • Masukkan bawang putih kedalam periuk yang berisi kuah sup dan kacau

5. Resepi Mee Bandung
https://www.iamfuzy.com/2008/04/resepi-mee-bandung.html
13 Resepi Mee Berkuah Mudah Yang Sedap Memikat Selera
Bahan-bahan:-
1 bungkus me kuning, dicelur dalam air panas sekejap dan toskan
200 gm daging (atau ayam), direbus

4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
10 tangkai cili kering/cili giling
sedikit udang kering *
2 sudu besar sos cili/sos tomato/sos tiram (dicampur dalam mangkuk)
2 biji kentang, direbus dan dilenyek/kisar
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Bahan * dikisar atau ditumbuk


Bahan hiasan:-
bawang goreng
daun sup dan daun bawang
telur (direbus) dan dibelah 


Cara membuatnya:-
  • Panaskan minyak di dalam kualai dan masukkan bahan yang dikisar, digoreng hingga garing dan kemudian masukkan cili giling dengan api sederhana
  • Bila cili dah kelihatan masak, masukkan daging/ayam yang direbus bersama air rebusan. Renih hingga mendidih
  • Masukkan ubi kentang yang dilenyek/kisar dan masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram dan gaul hingga sebati dan sedikit gula.Akhir sekali masukkan sawi dan tomato, padam api dah masukkan garam dan pindahkan kuah ke dalam periuk
Untuk hidangan perseorangan:- masukkan kuah kedalam kuali, masukkan mee dan kemudian pecahkan telur.  Tutup api dan masukkan kedalam mangkuk dan letak bahan hiasan.


6. Resepi Mee Rebus Utara
13 Resepi Mee Berkuah Mudah Yang Sedap Memikat Selera
pix credit Google
Bahan-bahan:-
Mee kuning - dicelur dan ditoskan.
Sayur sawi dicelur dan ditoskan
tauge dicelur dan ditoskan
3 biji kentang - direbus dan dihiris
4 biji telur - direbus dan di belah 2
4 keping tauhu - di goreng dan di hiris nipis
cili merah dan hijau dihiris (ikut suka banyak mana nak letak)
bawang goreng
limau kasturi - di belah 2
daun sup dan daun bawang - di hiris

Bahan untuk kuah
500 gm daging - di hiris nipis dan di rebus hingga empuk atau guna tetel (ikut selera masing2 ya)
4 biji keledek - yang telah di rebus dan dikisar atau dilenyek
15 tangkai cili kering - dikisar
10 biji bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
2 biji buah keras – dikisar
Belacan sebesar ibu jari
Air asam jawa
Kacang tanah digoreng dan dikisar (jangan lupa buang kulit ya)
sedikit gula merah (optional)
Air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis.

Cara membuat kuah:-

  • Cili kering dikisar halus dan masukkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, asam jawa dan belacan serta buah keras.
  • Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan kisar hingga wangi
  • Masukkan daging dan biar bahan tumisan tu dengan daging jadi sebati kemudian masukkan air rebusan daging dan air rebusan kulit udang (optional) dengan api perlahan
  • Masukkan keledek yang dah dilenyek dan kacau sampai rata dan kacang tanah yang telah ditumbuk dan kacau lagi.  
  • Akhir sekali masukkan gula melaka sikit sebab mee rebus ada rasa manis sikit dan sampai betul-betul masak dan pekat okay pastu boleh la dimatikan api dan masukkan garam secukup rasa

Cara menghidang:-
Masukkan mee dalam mangkuk, letak tauhu, telur rebus, sayuran, tauge, daun bawang dan bawang goreng (kalau ada la), sendukkan kuah beserta isi2nya dan tuang kedalam mangkuk, letakkan cili potong dan limau kasturi (perah utk airnya okayy). Yeahhh sudah sedia untuk dimakan.


7. Resepi Mee Kari
https://www.iamfuzy.com/2014/11/mee-kari.html
13 Resepi Mee Berkuah Mudah Yang Sedap Memikat Selera
Bahan-bahan:-
200 gm daging, dihiris mengikut saiz kesukaan. Daging punya rasa lebih manis berbanding ayam
250 gm kerang - dibasuh dan direbus tanpa air
1 paket fish ball
1 paket fish cake
3 ketul tauhu goreng
250 gm santan
2 sudu rempah kari ikan

    Bahan A
    4 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih dikisar
    1 batang kayu manis
    1 kuntum bunga lawang
    2 biji buah pelaga
    1 kuntum bunga cengkih
    5 biji cili kering dikisar bersama bawang tadi
    2 biji buah keras - ditumbuk halus
    2 biji kentang - dipotong dadu

    Bahan B
    Mee Kuning - dicuci dan dicelur, toskan
    Kacang panjang dipotong dan dicelur
    Taugeh, Sawi dicelur sekejap (tak letak untuk kali ni)
    Bawang goreng
    Limau kasturi, belah dua
    Telur di rebus

    Cara membuatnya -
    • Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan yang dikisar sehingga naik harum
    • Masukkan bahan2 seperti remah kari dan tumis hingga terbit minyak dengan api perlahan
    • Masukkan daging atau ayam dan dikacau hingga kecut 
    • Masukkan kerang atau udang dan biar seketika dan masukkan santan 
    • Masukkan fish cake dan fish ball yang telah dipotong. Biarkan mendidih, tutup api dan masukkan garam secukup rasa.
    • Kemudian boleh la dihidang la dengan letak semua bahan hiasan macam dalam gambar tu

    8. Resepi Mee Sup Siam

    13 Resepi Mee Berkuah Mudah Yang Sedap Memikat Selera
    kredit Nur Ramizah

    Bahan-bahan:-
    Kuah Sup Siam
    Dada ayam 4 ketul
    Kaki ayam setengah kilo
    2 inci halia
    2 batang Serai
    1 inci lengkuas
    Sos tiram
    kicap sotong siam (botol warna hijau)
    kicap
    kiub pati ayam 2 ketul
    kiub pati ikan bilis 1 ketul
    daun ketumbar
    2 biji bawang besar
    3 biji bawang putih


    Cara membuatnya:-

    • Rebus ayam bersama akar ketumbar dan daun ketumbar,kiub ayam dan ikan bilis.
    • Masukkan halia, serai, lengkuas yang dititik dan dimasukkan kicap sotong, sos tiram dan kicap.
    • Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa
    • Rebus sehingga empuk
    • Tumis berasingan bawang besar, bawang putih, bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga.
    • Masukkan kesemua bahan yang dtumis garing ke dalam periuk sup dan masak dalam 5minit macam tu baru tutup api.



    9. Resepi Mee Hailam
    13 Resepi Mee Berkuah Mudah Yang Sedap Memikat Selera
    pix credit Azizah Razak
    Bahan-bahan
    Mee kuning
    Ayam / daging (direbus)
    Fishball dan fishcake (dipotong dan dibelah)
    3 ulas bawang merah *
    2 ulas bawang putih*
    Biji lada hitam *
    1 kiub pati ayam
    Kicap pekat
    Sayuran – sawi, cendawan, baby jagung, carrot, kobis bunga

    Optional : sotong atau udang

    Cara membuatnya

    • Tumbuk bawang merah dan bawang putih serta lada hitam dan ditumis, bila dah naik bau masukkan ayam/daging dan direnih hingga masak
    • Masukkan air dan kicap pekat, kemudian masukkan fish ball dan fish cake (atau udang atau sotong atau kesemuanya) dan biarkan dimasak dengan api sederhana
    • Bila dah mendidih masukkan baby jagung, lobak merah dan bunga kobis 
    • Untuk memekatkan kuah masukkan bancuhan tepung jagung dan akhir sekali masukkan sayur sawi. Sawi dimasukkan akhir sekali supaya tidak terlalu layu. Tutup api dan masukkan garam secukup rasa.


    10. Resepi Mee Kolok Sarawak
    13 Resepi Mee Berkuah Mudah Yang Sedap Memikat Selera
    kredit : Ketuk Ketuk Ramadan
    Bahan-bahan:-
    Mee Sanggul : : 3-4 Gulung
    Perencah Sup : : 1 Sudu Besar
    Daging Lembu : : 100gm
    Air Secukupnya
    Garam secukup rasa
    Bawang Putih : : 5 Ulas (dicincang)
    Cili Api : : 8 Biji
    Serbuk Lada Hitam : : 1 Sudu Kecil
    Minyak masak : : 4 Sudu Besar
    Kicap Manis : : 5 Sudu Kecil
    Kicp Pekat : : 1 Sudu Kecil
    Limau Kasturi : : 2 Biji (ambil jusnya)
    Daun Bawang & Daun Sup (dihiris)
    Sos Ikan / Sos Soya : : 1 Sudu Kecil
    Cuka : : 1 Sudu Kecil

    Cara-Cara Memasak Sup:-
    Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis2. Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan)

    Cara-Cara Memasak Mee:-
    Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan.
    Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dlm kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi. Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
    Di dlm kuali yg sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi. Masukkan kicap pekat, 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam. Keluarkan.

    Cara-Cara Memasak Sambal:-
    Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau tiada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)

    Cara-Cara Menghidang:-
    Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yg tlh digoreng garing dan hiaskan dgn daun bawang. Sediakan juga semangkuk sup yg ditabur dgn daun sup sebagai kuahnya jika suka.


    11.  Resepi Mee Calong 

    13 Resepi Mee Berkuah Mudah Dan Wajib Buat
    Katanya resepi ni merupakan resepi mee calong Terengganu original. Kredit Resepi Makanan Melayu

    Bahan-bahan:-
    Ikan Mentah (ambil isinya sahaja)
    Sayur Sawi
    Lada Hitam ( tumbuk )
    Mee Hoon ( direbus )
    Bawang Putih ( cincang )
    Sedikit tepung jagung

    Cara membuatnya:-
    1. Ikan mentah tadi yang siap dibasuh bersih di ambil isinya sahaja
    2. Gaulkan isi dengan sedikit garam/serbuk perasa & sedikit tepung jagung (supaya pejal)
    3. Isi ikan mentah yang digaul tadi di blend / tumbuk hingga hancur
    4. Gentelkan isi ikan tadi bulat-bulat/bentuk bebola seperti pic atas
    5. Panaskan minyak & tumiskan bawang putih dan lada hitam sehingga kekuningan
    6. Masukkan air, garam, perasa dan tunggu hingga mendidih
    7. Masukkan bebola ikan tadi ke dalam periuk
    8. Setelah bebola tu timbul, leh masukkan sayur..
    9. Untuk tambahan, bagi yang suka mee soo hoon boleh masukkan terus .


    12. Resepi Mee Kicap Wantan Adam Corrie
    13 Resepi Mee Berkuah Mudah Yang Sedap Memikat Selera
    Mee Kicap Wantan Adam Corrie 

    Bahan-bahan:-
    mee wantan dicelur bukan rebus pastu masukkan dalam air sejuk ulang supaya mee tidak melekat atau dapatkan mee wantan ada dijual di supermarket

    Bahan untuk digaul 
    minyak bijan
    kicap pekat
    kicap cair
    sos tiram
    sayur sawi/siew pak choi yang dicelur

    Cara membuatnya
    Campur semua, minyak dan kicap dalam pinggan dan masukkan mee wantan dan gaul rata tanpa perlu dimasak.  Tabur bawang goreng kalau suka dan letak sayur sawi/siew pak choi yang telah dicelur di atas mee


    Bahan untuk isi wantan
    udang celur atau ayam dicincang halus
    daun bawang dipotong halus
    lobak merah dipotong halus
    sedikit tepung
    lada sulah
    garam sos tiram

    cara membuatnya
    gual semua bahan2 tersebut.  nak tambah bawang besara pun boleh tambah cendawan pun ok.  buat ringkas supaya inti wantan tak basah kalau terlampau basah kulit wantan koya


    Bahan untuk kulit wantan
    tepung gandum
    sedikit tepung ubi datau tepung jagung
    air panas mendidih sedikit garam
    1 sudu besar minyak masak

    cara membuatnya

    • Satukan tepung gandum dan tepung ubi atau tepung jagung serta garam dan minyak masak
    • Masukkan air panas sedikit demi sedikit hingga adunan tak melekat kat tangan
    • Uli hingga sebati kemudian biarkan sekejap dalm 20 minit dalam bekas tertutup supaya doh tak keras atau kalau payah beli yang dah siap


    Bahan untuk sup ringkas
    air
    lada sulah
    kiub ayam
    daun ketumbar
    bawang goreng

    Cara membuat sup ringkas
    Didihkan air, masukkan lada sulah, kiub ayam dan biarkan ia mendidih dan wantan yang dah siap ke dalam sup. Dah siap tabur daun ketumbar dan bawang goreng.


    13. Mee Bakso

    13 Resepi Mee Berkuah Mudah Yang Sedap Memikat Selera
    kredit : Melissa
    Bahan-bahan untuk bebola daging bakso:

    500 gram daging lembu cincang
    2 ulas bawang putih
    1 biji telur
    1 sudu teh serbuk lada sulah
    5 senduk tepung ubi
    Sedikit garam, gula dan serbuk perasa
    Air secukupnya sedikit sahaja supaya adunan sebati
    Cara-cara memasak bebola daging untuk

    Resepi bakso sedap ini :

    • Masukan semua bahan bakso dalam satu bekas dan gaul hingga adunan menjadi halus. Pindahkan kedalam bekas lain dan tutup permukaan bekas dengan plastik.
    • Masukan adunan tadi dalam peti sejuk lebih kurang 30minit
    • kemudian gentel bulat bebola daging mengikut saiz yang diperlukan.
    • Didihkan air dalam periuk dan masukkan bebola daging.Rebus menggunakan api kecil hingga bebola timbul selepas itu tutup api. Siap.


    Bahan-bahan untuk resepi kuah bakso pula:
    600 gram tulang lembu
    6 ulas bawang putih
    1 bawang merah besar
    1 cm halia
    1 batang serai
    1 sudu teh serbuk lada hitam
    1 sudu teh lada sulah
    Garam,gula dan serbuk perasa
    2 Kiub daging
    Air secukupnya lebih kurang 3-4 jag

    Cara-cara memasak sup bakso:

    • Tumbuk halia,bawang putih,bawang merah hingga lumat. Masukkan air , tulang lembu, serai dan halia yang telah diketuk,kiub daging, lada hitam dan lada sulah.
    • Rebus kesemua bahan sehingga empuk. Masukkan perasa, garam dan gula bila semua dah mendidih. Nanti memang merecik makan dengan bihun bakso tau.


    Untuk bahan sayuran dan hiasan bakso :
    Kobis dipotong halus
    Daun sup dan daun bawang dihiris halus
    Bawang goreng

    Bahan-bahan untuk sambal bakso
    segengam cili padi merah
    Segengam cili padi hijau
    4-6 ulas bawang putih
    Cuka makan
    Serbuk Perasa
    Air rebusan daging
    resepi bakso sedap dan mudah


    Cara memasak sambal bakso pula:

    • Rebus cili hijau dan cili merah untuk hilangkan rasa pijarnya.Asingkan kedua-dua nya.Untuk sambal merah bakso, tumbuk cili merah dan masukkan sedikit cuka.Tambah air rebusan daging sedikit. Siap.
    • Untuk sambal hijau, tumbuk cili hijau rebus bersama bawang putih, masukkan cuka sedikit dan perasa,siap.Untuk kicap, boleh guna kicap pekat jenama ABC.Baru masuk elok semuanya semangkuk bakso kan.
    • Dah siap semua, apa lagi, celur bihun putih , masukkan ke dalam mangkuk, tambah bebola daging, tulang lembu bersama supnya, sambal dan kicap serta sayuran segar dan akhir sekali, bawang goreng.