Banyak persoalan yang akan menghantui bilamana kita berfikir untuk menjadi surirumah sepenuh masa. Apatah lagi bila PKP yang sedang dijalani lebih dari 30 hari  dengan melayani karenah anak-anak dan juga suami membuat semangat untuk bekerja seakan pudar. 30 hari tidak hadir ke pejabat bukan suatu masa yang pendek malah masa yang cukup untuk anda berfikir yang terbaik buat anda dan keluarga apatah lagi punyai kewangan yang kukuh sebelum perancangan dibuat.

Suri rumah
5 Panduan Buat Ibu Bekerjaya Yang Terfikir Untuk Berhenti kerja

5 Panduan Sebelum bergelar suri rumah sepenuh masa

Apa pun 5 panduan ini boleh membantu ibu-ibu sebelum membuat keputusan terbaik untuk diri dan seterusnya untuk keluarga.

Mampukah anda menguruskan rumahtangga kalau berhenti kerja? Jadi kenalpasti dan tanya pada diri apakah anda sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suri rumah sepenuh masa.


1. Kenal pasti kebolehan diri. 

Sebagai contoh apakah kepandaian dan kelebihan yang ada pada diri. Mungkin anda punya tangan ajaib dalam membuat dekorasi dalaman, tangan berseni dalam membuat kraftangan, minat untuk memasak pun boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan bila anda memuat naik youtube resepi masakan..bukan boleh jana pendapatan malah boleh jadi glamer la jugak.


2. Rancang jadual harian

Rancang jadual seharian sepertimana sewaktu anda bekerja dan pasti sebelum kita melangkah masuk ke pejabat anda dah tahu apa yang perlu dibuat, apa yang penting dan apa yang mustahak. Itulah ciri-ciri suri rumahtangga hebat sehebat yang diakui oleh orang atasan di pejabat.


3. Kenalpasti Rutin Anak-Anak

Perhati dan ambil tahu tingkah anak-anak kalau anak-anak masih kecil seperti waktu mereka bangun dari tidur, waktu untuk dimandikan, waktu makan, waktu bermain dan waktu tidur untuk memastikan mereka tidur. Kadang kala anak-anak kecil akan tantrum tapi harus diingat niat kita untuk melihat mereka membesar depan mata jadi jangan cepat mengalah atau merasa tertekan sebab itu antara cabaran kita sebagai ibu dan suri rumah sepenuh masa.


4. Sokongan suami atau keluarga 

Ha! ni sangat penting kerana tanpa sokongan mereka mungkin hasrat anda tu akan membuat usaha anda sia-sia. Sokongan yang diperlukan bukan hanya sekadar fizikal dalam membantu menjaga anak-anak bila diperlukan tapi secara mental dalam memberi kata-kata semangat. Haish buat anak sama-sama tapi bila nak minta tolong jaga dia pulak culas.


5. Rehat. 

Pastikan anda punya waktu rehat yang cukup atau 'me time' dengan mencari ruang waktu untuk diri sendiri. Jika anda terlalu memberi tekanan pada diri untuk menyelesaikan kerja-kerja rumah, hal anak-anak disamping menjana pendapatan buat diri sendiri, bimbang kita akan tertekan dan mengalami stres terlampau.


Tarik nafas dan berfikir dengan tenang sebelum membuat sebarang keputusan dengan bijak.