Siapa Tak Cuak Bila Earnings Di Adsense Hanya Kosong Bermakna Pendapatan Tak Masuk | Salam Ramadan buat semua. Siapa tak cuak bila seminggu tengok adsense hanya KOSONG...ZERO hari ni, semalam dan 7 hari lepas! Tarik nafas, hembus, tenang jiwa dan tenangkan diri. Kalau ikutkan perasaan memang boleh jiwa kacau kan..hehe.  


Cuba tengok balik, flashback apa yang telah dibuat  sampai jadi begitu. Baca sana, baca sini, search kat Google apa penyebabnya dan ting! rasanya template yang ditukar tu adalah punca.  Memang suka tengok template tu rasa smooth bila loading tapi kalau bermasalah, kenapa perlu simpan kan. Oh ya! dalam pada itu dapat jugak ilmu baru yang nanti saya akan kongsi kat blog atau mungkin ramai dah tau kot.

Entahlah dah memang tabiat atau sifat semulajadi seorang Fuzy sejak muda remaja memang seorang yang cepat jemu dengan template blog diri sendiri dan teringin nak punya template macam sipolan dan sipolan tapi mana mungkin kan sebab lepas guna pasti saya akan jemu balik.  Sejak menjadi blogger sepenuh masa ni perkara pertama selepas selesai urusan rumah tangga dan lain-lain hal, sasaran memang ke blog selain email dan social media sebabnya rutin bertukar dan berubah dengan menjadikan blog dan social media sebagai sumber menjana pendapatan.  Bersyukur kerana masih ada sumber rezeki walau tidak seberapa tapi setiap apa yang kita lakukan kena fokus dan ikhlas selain tenang serta berdoa semoga rezeki tidak putus.  Blog wajib dijengah setiap hari, tengok apa yang boleh diperbaiki dan apa yang perlu dikemaskini disamping memperbaiki tatabahasa dan pengunaan ayat supaya blog menjadi manafaat buat pembaca yang menjengah.

Kalau masuk ke blog antara perkara yang pastinya menjadi kemestian semestinya yang 3 ni...MESTI!

1. Earnings nak tengok berapakah income yang masuk hari ni sambil buat pengiraan bila boleh buat cash out seterusnya.  Masuk sini kira macam meniaga la jugak tiap-tiap hari kira laba dan kalau tengok menurun tu yang buat murung sekejap.  Ada yang macam saya tak? atau ni hanya sindrom blogger sepenuh masa? 

2. Masuk ke Google Analytic yang boleh buat senyum sampai ke langit bila melihat berapa ramai pembaca sedang melayan penulisan kita. Ramainya pembaca tu menunjukkan public sedar akan kehadiran kita walau ramai yang silent reader tapi siapa kita kalau bukan mereka yang jengah dan membaca penulisan kita.

3. Kena dan harus masuk ke Google Search Console yang mengukur tahap blog dan sekiranya ada hal-hal berbangkit yang menyebabkan trafik ke blog merudum dan apa masalahnya. Kat sini jugak entri-entri lama kita akan dijejaki (crawl) oleh Google dan kalau ada isu boleh tengok kat sini antaranya tiada label dsbnya. Nak bagi tau kalau masuk kat sini memang menyeramkan!


Bayangkan bila tengok adsense ni sejak 5 May hari tu memang 0...KOSONG! ZERO! Esoknya tengok lagi, tetap KOSONG tetap ZERO dan seterusya sambil share blogpost kat grup FB pun tetap KOSONG walhal pageview semakin tinggi. Ahh kacau! Iklan tetap muncul tapi tiada Earning tu memang pelik kan.

Memang buntu tapi belum sampai tahap naik hantu! hehee


Siapa Tak Cuak Bila Earnings Di Adsense Hanya Kosong Bermakna Pendapatan Tak Masuk
template Onido
Seriously memang suka template Onido ni tapi lepas beberapa lama dipasang (tak sampai 5 bulan kot hehe) dah rasa jemu, dah rasa macam template news pulak...haishh jiwa oh jiwa kenapa la tak boleh nak berpuas hati dengan template sebelum ni. Eh! rasa-rasa normal ke tidak dengan perangai cepat jemu ni?

Siapa Tak Cuak Bila Earnings Di Adsense Hanya Kosong Bermakna Pendapatan Tak Masuk


Siapa Tak Cuak Bila Earnings Di Adsense Hanya Kosong Bermakna Pendapatan Tak Masuk
Selepas diselidik, dibaca sana dan baca sini, saya merasakan sememangnya template ZEEK ni lah punca sebenar adsense tidak boleh dijana.  Nak check pada coding..memang tak la sebab saya bukan pakar tapi faham sikit-sikit dan lebih pada try and error.  Jadi dengan berat hati misi diteruskan mencari template yang tidak memberi masalah.  Bukan perkara mudah dan jenuh nak puaskan hati sendiri sebab nak apa yang kita tengok live dengan bila dipasang ke blog memang tak sama.  Berkali juga saya cuba beberapa template sampai rasa nak give up...memang serius nak give up.  Rasanya kalau waktu tengah mengacu, memakai, menukar template pada blog ni dan pada waktu yang sama ada orang menganggu, memang sah rasanya orang yang bertanya tu akan kena jerkah..haha..dasyat kan!

Siapa Tak Cuak Bila Earnings Di Adsense Hanya Kosong Bermakna Pendapatan Tak Masuk
Alhamdulillah, syukur bila dipasang template Blueberry ni Earnings terus bertukar bukan lagi KOSONG dan fuhh senyuman tu kalau boleh buat minuman memang manis sesangat..hehe.

Serik? buat masa ni serik la tapi tak tahu sampai bila saya akan bertahan dari jemu dengan template ni.

Bukan saja template theme bertukar, header pun bertukar jugak tau sebab saya orangnya yang simple jadi blog header pun simple sesimple saya..