Baru-baru ni membelek gambar lama dan ternampak resipi Pesamah Daging yang saya pasti cukup rare bagi orang masa kini tapi inilah lauk legend orang utara dulu-dulu.  Tak pasti kenapa sekarang ni jarang dapat jumpa lauk kenduri macam ni.



Resipi Pesamah Daging Lauk Kenduri Orang Utara Yang Sedap

Apa pun dek kerana teringin, saya pun masak untuk satisfy tekak sendiri malah anak-anak dan suami pun suka dan paling penting, cara memasaknya cukup mudah cuma kena masak lama supaya daging tu lembut dan mudah dikunyah.

Resipi Pesamah Daging Lauk Kenduri Orang Utara Yang Sedap


bahan-bahan:-
1 kg daging
2 paket kecil rempah kari daging
4 biji bawang merah, ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
2 cm halia , ditumbuk
3 sudu kerisik
11/2 mangkuk santan pekat
1/2 mangkuk air asam jawa pekat
1/2 ketul gula kabung
1 sudu lada hitam, ditumbuk kasar
1 helai daun pandan, disimpul
1/2 tin susu cair
garam secukup rasa


bahan tumis:-
Minyak masak
sedikit minyak sapi
3 ulas bawang merah - mayang
2 ulas bawang putih - mayang
3 cm halia - potong panjang nipis
1 btg kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 tangkai daun kari


bahan kisar/tumbuk:-
2 labu besar bawang besar
5 ulas bawang putih
5 cm halia


Cara membuatnya:
  • Perapkan daging dengan rempah kari daging dan bahan yang telah dikisar untuk seketika. Proses ini dipanggil 'awas'
  • Panaskan minyak bersama minyak sapi (kalau tak suka tak perlu bubuh). Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau dan kekuningan. Masukkan daging yang diawas tadi bersama sedikit air dan daun pandan serta daun kari.  Masak dengan api sederhana hingga daging menjadi empuk.
  • Bila kuah kering, masukkan air asam jawa, gula kabung, lada hitam dan digaul dan biar sebati.
Resipi Pesamah Daging Lauk Kenduri Orang Utara Yang Sedap


  • Masukkan santan dan kerisik serta susu cair (kalau tak suka boleh, tak perlu bubuh) dan biarkan masak hingga kuah menjadi pekat.  Tutup api dan perasakan dengan garam. Siap


Nota :
Ada sesetengah resipi memasukkan susu cair dan menggunakan minyak sapi tapi saya tidak sebab tidak mahu terlalu berminyak. Boleh kurangkan penggunaan gula kabung sekiranya tidak mahu terlalu manis.