Buat pertama kalinya majlis berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2020 (ABPBH 33) yang diadakan malam tadi 13 November jam 9 malam telah bersiaran secara langsung di Axiata Arena bersiaran tanpa penonton namun boleh diikuti secara live di https://www.abpbh.com.my/live


Acara berprestij ini telah dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Nabila Huda, manakala Sissy Imann dan Sean Lje menjadi hos segmen karpet merah. 

Walau ada yang tidak bersetuju diadakan bagi mengelakkan kluster ABPBH namun dibolehkan tanpa kehadiran penonton malahan tiada sesi penyerahan trofi seperti kebiasaan kerana trofi diletakkan di atas meja khas dimana pemenang akan mengambil sendiri trofi tersebut sebelum memberi ucapan. 

 


Senarai Penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2020 (ABPBH 33) 


Artis Baharu Lelaki Popular 

Chubb-E


Artis Baharu Wanita Popular

Isyariana Che Azmi


Penyanyi Lelaki Popular

Haqiem Rusli


Penyanyi Wanita Popular

Wany Hasrita


Pelakon Filem Lelaki Popular

Zahiril Adzim


Pelakon Filem Wanita Popular
Mawar Rashid


Pelakon TV Lelaki Popular

Ben Amir


Pelakon TV Wanita Popular

Siti Saleha


Artis Versatil Popular

Siti Nordiana


Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular

Khai Bahar dan Siti Nordiana


Artis Komedi Popular

Sherry Al-Hadad


Peyampai Radio Popular

DJ Lin


Pengacara TV Popular

Sherry Al-Hadad


Gadingan Serasi Drama Popular 

Uqasha Senrose & Kamal Adli


Gadingan Serasi Filem Popular

Mimi Lana & Syafiq Kyle (Pusaka)


Lagu Paling Boom Popula

Lembah Kesepian -  Haqiem Rusli


Artis Kontroversi Popular

Aiman Tino


Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

Francesca Peter


Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2020 (ABPBH 33)

Haqiem Rusli


Melihat pada senarai pemenang tu, pasti akan ada peminat yang tidak puashati dengan keputusan ABPBH 33 ni itulah adat pertandingan. Tahniah buat Haqiem Rusli sebab terpilih sebagai penyanyi lelaki paling popular dan bintang paling popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian kali ke 33. Sememangnya saya memang meminati lagu-lagu dendangan dan dihasilkan anak muda yang sangat berkebolehan ini dan tahniah buat dua kali Sherry AlHadad yang memang lawak malam tadi dan tahniah dua kali buat Siti Nordiana juga.  Semoga terus berjaya mewarnai industri muzik Malaysia