Kesedapan Sajian Autentik Vietnam HALAL Di Rasa Viet Mengubat Kerinduan | Tak perlu travel ke Vietnam, kerinduan pada kota Saigon, pada makanan sedap di sana saya boleh dapat di Kuala Lumpur, di Rasa Viet, The Sphere!


iamfuzy.com
Kesedapan Sajian Autentik Vietnam HALAL Di Rasa Viet Mengubat Kerinduan

Bila dijemput oleh seorang sahabat yang nak belanja makan makanan Vietnam yang HALAL terus saja saya terima tanpa fikir panjang sebab dah lama teringin nak makan makanan Vietnam tapi tak boleh travel ke Vietnam disebabkan PKP dan kalau dapat pun kosnya tidak lagi murah. Jadinya sebagai penggemar makanan Vietnam yang tengah kerinduan ni, mana boleh tak pergi sebab bila buka FB ternampak di timeline pasal makanan autentik Vietnam HALAL di Rasa Viet malahan bila kita Google akan terpampar makan autentik Vietnam di Rasa Viet.

iamfuzy.com
Kesedapan Sajian Autentik Vietnam HALAL Di Rasa Viet Mengubat Kerinduan
pix kredit Google

Sesampai ke depan Restoran Rasa Viet ni memang cukup teruja bahagian luar restoran yang seakan suasana di Saigon dengan warna biru terang dengan tingkap serta pintu masuk ala Peranchis, memang cukup mengimbau kenangan persekitaran di Saigon. Dari luar sudah nampak ekslusifnya dan bila menolak pintu memang terus wow dalam hati dengan lampu tanglung yang bergantungan, cukup menaikkan semangat dan kalau dating dating memang tepat dengan mood

Perut pun dah lapar, jadi jom tengok apa yang kam makan, sila baca sampai habis dan kalau dah terliur tu sila dating ke sini sebab anda pasti tidak akan kecewa.


iamfuzy.com
Kesedapan Sajian Autentik Vietnam HALAL Di Rasa Viet Mengubat Kerinduan

Summer Roll atau sangat popular di panggil Vietnamese Spring Roll dijual secara online ni memang sangat berbeza dengan setiap ketul dibungkus dengan rice paper yang padat dan sendat isinya dengan sayuran hijau, suhun dan diletakkan isi ayam yang masak dengan serai dan isi udang serta hirisan daun selasih dan pudina dan bila digigit rangup serta ddipadankan dengan sos mentega kacang.


Kesedapan Sajian Autentik Vietnam HALAL Di Rasa Viet Mengubat Kerinduan


Fried Roll yang sama seperti Summer Roll tapi versi di goreng.  Memang sedap dengan rasa rangup serta liat kulit yang membungkus isi popia tu. Walau disediakan sos tapi popia ni serba lengkap dari segi isi dan rasanya. Tak pernah nampak fried roll sebegini dijual di kedai.


Kesedapan Sajian Autentik Vietnam HALAL Di Rasa Viet Mengubat Kerinduan

Grilled Lemongrass Chicken  dihidangkan dengan pineapple peanut sauce ni sebenarnya masih sedap makan tanpa sos sebab isi ayam yang di proses, dicincing oleh tuanpunya kedai ni bukan dari isi ayam yang sedia ada. Patut la sedap dan masih juicy ditambah pula dengan kandungan serai tu memang sedap sangat!



Kesedapan Sajian Autentik Vietnam HALAL Di Rasa Viet Mengubat Kerinduan

Smoked Duck Noodle – menurut empunya kedai, kalau nak makan mi sup ni kena hirup sup dulu dan perghhh memang sedap, terasa asli tanpa bahan MSG.  Selalunya bila kita makan sup lepas tu tekak rasa perit tu sebab ada kandungan MSG dalam masakan tapi mi ni saya makan sampai habis, langsung tak sakit tekak atau terasa kering. Rasa daging itik tu pun cukup lembut tapi ada bau asap, pasti kalau bonda saya makan tidak bonda susah nak kunyah ditambah dengan rasa secukup rasa masinnya dan sup tu slurppp habis di hirup. Nak tambah lagi kesedapan kena makan dengan sos cili istimewa dengan 3 jenis untuk ditambah.



iamfuzy
Kesedapan Sajian Autentik Vietnam HALAL Di Rasa Viet Mengubat Kerinduan


Kak Cik Iman pula mencuba Beef Steak Noodle mi daging dengan rasa yang agak berbeza walau masih menggunakan sup ayam, daging yang digunakan di panggil Beef Steak memang berkualiti tinggi. Rasa daging yang cukup lembut dan mudah untuk dikunyah untuk KC Iman yang berbraces tu.

 

Kedua-dua malah Smoked Duck Noodle dan Beef Steak Noodel akan disajikan dengan 2 jenis sos dan taugeh mentah yang telah siap dicuci dan kita cuma masukkan kedalam sup yang panas dan kalau nak sedikit pedas boleh makan bersama 2 sos istimewa yang sedap!


iamfuzy.com
Kesedapan Sajian Autentik Vietnam HALAL Di Rasa Viet Mengubat Kerinduan


Dah kenyang makan tapi tak lengkap kalau tak mencuba Creme Caramel Pudding yang juga sangat biasa di makan tapi pudding ni rasanya yang berbeza dari yang dijual di kebanyakan kedai kerana terasa lebih padat sebab menggunakan santan kelapa dan gula hangusnya pun cukup sempurna. Ni memang anda tak boleh skip, disyorkan sangat untuk makan pudding ni..


iamfuzy.com
Kesedapan Sajian Autentik Vietnam HALAL Di Rasa Viet Mengubat Kerinduan

Drip Coffee with Milk Dan Lemongrass Honey Drink

Nak makan makan Vietnam ni tak sah kalau tak pekena kopi Vietnam kan. Bagi penggemar kopi memang saya syorkan anda mencuba kelazatan kopi yang disediakan depan mata ni dengan serbuk kopi ditapis dalam penapis seperti di Vietnam dan kemudian air kopi yang ditapis bercampur dengan susu pekat, dikacau dan dihidangkan dengan ais. Aroma kopi yang agak kuat dan rasanya pun pekat tapi bila disedut memang speechless..cukup sedap dan cukup seiring (balance) malahan KC Iman yang bukan peminat kopi pun boleh habiskan hampir 2 gelas.


Bagi anda yang tidak langsung ingin mencuba kopi, boleh cuba minum Lemongrass Honey yang cukup menyegarkan tanpa gula! 

Nak tengok menu di Rasa Viet, boleh baca di SINI

Jangan risau di Rasa Viet ni juga ada minuman lain yang anda boleh minum selain minuman karbonat tapi kan dah makan makanan sajian autentik Vietnam HALAL ni rugi kalau tak cuba kopi Vietnam ni yang cukup lain dari yang lain.

 

iamfuzy.com
Kesedapan Sajian Autentik Vietnam HALAL Di Rasa Viet Mengubat Kerinduan

Memang sedap Fried Netted Roll yang isinya adalah keledek dan keladi dilenyek lembut dan bersalut tepung.  Gabungan ubi yang cukup membuat puas hati dengan rasanya walaupun saya bukan peminat keledek kemudian di makan dengan sos pencicah. Memang sedap!

iamfuzy
Kesedapan Sajian Autentik Vietnam HALAL Di Rasa Viet Mengubat Kerinduan

Vietnamese Sandwich Smoked Duck ni saya tak sempat nak habiskan jadinya kami tapau bawa balik dan panaskan balik dalam oven. Sedap dia tak boleh nak bawa bincang dengan rasa daging itik salai serta disapu dengan hati itik yang telah dilenyek dan roti dia super rangup bila dipanaskan di dalam oven. Kalau sesiapa yang suka ASMR sandwich ni memang sesuai heehe.


iamfuzy.com
Kesedapan Sajian Autentik Vietnam HALAL Di Rasa Viet Mengubat Kerinduan

Jadi jangan tunggu lama, anda kena datang untuk nikmati sajian makanan autentik Vietnam tanpa perlu pergi ke Vietnam sebab kat Kuala Lumpur ni ada Rasa Viet yang mampu menyajikan sajian Vietnam sedap dan HALAL! Untuk mengetahui lebih lanjut tengah pengesahan HALAL boleh klik kat SINI

Sekiranya anda malas nak ke sini, sajian Rasa Viet ni jugak dapat di tempah secara online dari oddle.me atau foodpanda dan makanan akan sampai di depan pintu anda.

 

Rasa Viet (The Sphere)

G-3A, Level Ground, The Sphere

1 Avenue 1, Bangsar South City, 8 Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur

Website  | Facebook | Instagram | Google Map