15 Tips Kesihatan Diri Di Bulan Ramadan |Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan bulan mulia lagi agung, bulan Ramadan 1442H hari ini dan bermulanya ibadah puasa buat semua umat Islam di seluruh dunia. Persediaan makanan bulan puasa amat penting dengan pemakanan sihat bulan puasa serta pengambilan vitamin di bulan puasa. Perlu diambil penting cara berbuka puasa yang betul supaya kita kekal sihat dan bertenaga keesokkan harinya. 


Semoga bulan mulia ini dapat kita jalani dengan pengisian rohani dan spiritual bukan hanya sekadar berlapar dahaga dari segi fizikal di siang hari. 

15 Tips Kesihatan Diri Di Bulan Ramadan

Ramadan kali ini agak berbeza dari tahun lepas walau kita masih sama dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam menangani wabak penyakit Covid-19 yang melanda seluruh dunia, kerana kita tidak lagi terkurung, boleh menikmati juadah berbuka mahupun bersahur di kedai makan. Namun harus kita ingat, jaga penjarakkan, jaga kebersihan dan pastikan memakai topeng muka dan scan MySejahtera bila memasuki kesemua premis bagi mengelakkan denda yang akan dikenakan.

Apa yang penting bagi seseorang yang berpuasa pastinya ingin sihat dan bertenaga dalam mendapat pahala  namun ianya tidak mungkin berhasil jika kita culas dalam persediaan holistik yang merangkumi aspek jasad/fizikal, emosi, rohani, intelek dan sosial diri kita.


15 Tips Kesihatan Diri Di Bulan Ramadan

Jom ikuti tips sebagai persediaan fizikal agar Ramadan kita berkualiti sepanjang hari dan sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.


1. Perancangan Awal

Buat perancangan apa yang akan dimasak, disediakan untuk menu sahur dan berbuka. Kalau saya suka buat perancangan untuk 3 hari tapi bagi ibu-ibu yang bekerja, sebaiknya buat perancangan dan jadual untuk seminggu apa yang disediakan apatah lagi bila punya anak yang masih kecil. Ini mengelakkan kita dari kelam kabut. Kalau kita sekadar membeli, pastikan sebelum keluar pejabat kita tahu apa yang ingin dibeli supaya bila sampai rumah kita cukup masa untuk persediaan seterusnya.


2. Selaraskan jadual aktiviti seharian seperti tidur, riadah dan ibadah

Rehatkan badan dan fikiran dengan tidur dan pastikan anda sesuaikan waktu tidur selaras dengan bulan Ramadan. Ini bermakna tidur awal kerana kita akan bangun awal untuk sahur dan lebih baik jika boleh bangun lebih awal untuk beribadah seperti mengaji, solat taubat dan solat sunat.

 

3. Minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi ( kekeringan air)

Pengambilan air yang banyak sewaktu sahur dan berbuka dapat memberi tenaga bagi melakukan aktiviti sepanjang hari.  Cegah badan dari dehidrasi yang akan membuatkan kita berasa letih. Tubuh  kita mampu bertahan tanpa makanan selama berminggu-minggu, tetapi hanya dapat bertahan selama beberapa hari tanpa air. Pakar mencadangkan agar kita minum sekurang-kurangnya dua liter air (8-10 gelas) pada bulan Ramadan. Peminat kopi dan teh perlu tahu bahawa minuman teh dan kopi tidak memenuhi keperluan harian air seseorang.


4. Makan dengan perlahan

Makan dengan perlahan akan membantu perut kita mencerna makanan dengan mudah, kerana pencernaan bermula di mulut. Ingat bahawa otak mengambil masa sekitar 15 hingga 20 minit untuk mula memberi isyarat perasaan kenyang. Oleh itu mengunyah makanan perlahan-lahan akan mengelakkan kita terlebih makan.


5. Bersahur

Jangan tinggalkan sahur namun kita dibolehkan untuk melewatkan sahur. Selain mengikut sunnah Rasulllah SAW, sahur umpama sarapan pagi yang boleh membekalkan tenaga kepada kita sepanjang hari dan  menghalang penurunan kadar metabolisma kita . Sahur akan menyediakan dan menguatkan tubuh badan kita.


6. Amalkan kurma

kurma punya banyak kebaikan kearan mengandungi fructosa dan dekstrosa (glukosa atau gula ringkas) yang membekalkan tenanga segera kepada badan.  Selain itu mempunyai serat yang sesuai untuk penghadapan dan memberikan tenaga yang berpanjangan


7. Banyakkan protein dan kalsium

Pastikan kita mengambil makanan yang cukup protein dan kaya kalsium seperti ikan , daging, produk tenusu seperti susu, kekacang dan telur.


8. Elakkan makanan berrempah dan kurangkan masin 

Elakkan memakan makanan yang berrempah, pedas dan berminyak serta masin di dalam bulan Ramadan kerana boleh menyebabkan dehidrasi atau kekeringan air dalam badan pada siang hari.

Makan makanan yg membekalkan karbohidrat seperti nasi, roti , mi dan ubi kerana ia kita dapat menahan lapar lebih lama


9. Ambik makanan ringan yang sihat untuk meningkatkan tenaga anda

Pengambilan makanan ringan yang sihat seperti kacang, buah kering dan kurma bukan sahaja dapat meningkatkan tenaga anda tetapi juga akan memberi nutrien yang sihat untuk tubuh anda.


15 Tips Kesihatan Diri Di Bulan Ramadan

10. Makan Sayuran dan Buah-buahan

Sebaiknya makan buahan dan sayuran ketika berbuka. Sayuran mampu menambahkan zat dan tenaga kepada badan setelah seharian berpuasa dan sebaik sayuran adalah sayuran hijau.


11. Banyakkan makanan berserat

Perubahan dalam rutin harian seperti Ramadan boleh memberi kesan negatif terhadap pergerakan usus. Ini dapat dicegah dengan memperkaya makanan kita dengan makanan kaya serat termasuk bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Roti dan bijirin disarankan masa sahur untuk mengekalkan kadar gula dalam paras optima sepanjang hari.


12. Elakkkan makan berlebihan

Ramai yang terperangkap merasakan bahawa kita berpuasa menahan lapar pada siang hari; maka malamnya diisi dengan makan tanpa henti. Sentiasa kawal nafsu makan untuk mengelakkan kenaikan berat badan dan memastikan pencernaan makanan berlangsung dengan lebih baik.


13. Mandi

Air sejuk dapat memberi kesegaran dan mengelakkan kulit daripada kering dan sebaiknya elakkan diri dari mandi dengan air panas.


14. Kekal aktif

Kita selalunya kurang aktif dalam bulan Ramadan dan sangat disarankan untuk kita berjalan kaki selepas berbuka puasa bagi mengelakkan penurunan kadar metabolisma tubuh selain dapat membakar kalori tambahan. Fikirkan senaman ringan selain mengerjakan solat tarawikh yang mesti dilakukan di dalam rumah bersama ahli keluarga.


15. Rujuk dan dapatkan nasihat doktor sekiranya memerlukan.

Setiap kita mungkin mempunyai keperluan dan keupayaan yang berbeza. Bagi yang sedang mengambil ubat-ubatan untuk merawat penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi , amat penting untuk kita berbincang dengan doktor dan mendapat nasihat dalam menghadapi Ramadan .

15 Tips Kesihatan Diri Di Bulan Ramadan


Dalam menjalani ibadah berpuasa, kesihatan diri adalah sangat penting bagi  memastikan tubuh dan sistem pencernaan kita kekal optima pada bulan suci Ramadan dan supaya kita dapat menyambut Syawal dengan keluarga dalam keadaan sihat. InsyaAllah