Peraduan Makan LengQuas RM20, Menangi Hadiah Bernilai RM100,000  | Pasti ramai ibu-ibu sudah mula merangka juadah yang akan disajikan bersempena bulan Ramadan yang akan tiba beberapa hari lagi.  Jangan pening sebab ada Peraduan Makan LengQuas RM20, Menangi Hadiah Bernilai RM100,000 !

Peraduan Makan LengQuas RM20, Menangi Hadiah Bernilai RM100,000


Beberapa hari lepas, Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah melancarkan peraduan Makan & Menang bagi produk makanan sejuk beku jenama LengQuas. Peraduan ini bermula pada 1 April sehingga 30 Jun 2021 dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat di seluruh Malaysia. Majlis pelancaran turut dihadiri oleh Anggota Lembaga KOPETRO, barisan pengurusan, jemputan media dan juga jemputan yang terdiri daripada rakan korporat KOPETRO. 

Peraduan Makan LengQuas RM20, Menangi Hadiah Bernilai RM100,000


Menurut Pengurus Kanan Komunikasi Korporat KOPETRO, En. Ahmad Hazil bin Abd Lateff, peraduan ini adalah salah satu langkah KOPETRO untuk memperkasakan lagi jenama LengQuas dalam industri makanan tempatan.

“Sejak mendapat liputan media pada Disember 2020, permintaan terhadap produk LengQuas semakin memberangsangkan. Jadi kami menganjurkan pertandingan ini untuk memeriahkan lagi penjualan produk LengQuas, lebih-lebih lagi apabila Ramadhan akan menjelang tidak lama lagi.”


Peraduan Makan LengQuas RM20, Menangi Hadiah Bernilai RM100,000 

Peraduan Makan LengQuas RM20, Menangi Hadiah Bernilai RM100,000 


LengQuas, produk makanan sejuk beku keluaran KOPETRO Food Sdn. Bhd, menawarkan hidangan segera lauk-pauk tradisional. Kesemua produk LengQuas telah berjaya mendapat pengiktirafan HACCP dan GMP daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan, Malaysia selain pensijilan HALAL, MESTI dan Buatan Malaysia.

Terdapat 21 produk LengQuas yang boleh anda cuba

  1. Beef Stew 
  2. Chiken Glaze 
  3. Daging Lemak Kuning 
  4. Kari Daging 
  5. Daging Asam Pedas 
  6. Daging Dendeng 
  7. Kuah Kacang 
  8. Daging Masak Hitam 
  9. Ayam Masak Hitam 
  10. Rendang Ayam 
  11. Ayam Percik 
  12. Paru Goreng Berlada 
  13. Sambal Ikan Bilis 
  14. Ayam Masak Merah 
  15. Nasi Briyani Ayam Rendang 
  16. Nasi Putih Daging Masak Hitam 
  17. Nasi Minyak Ayam Percik 
  18. Nasi Hujan Panas Ayam Kurma 
  19. Nasi Briyani Ayam Masak Merah 
  20. Nasi Ayam Kukus 
  21. Nasi Lemak Ikan Bilis 


Saya dah cuba produk baru LengQuas ni, boleh baca kat SINI


Peraduan Makan LengQuas RM20, Menangi Hadiah Bernilai RM100,000 

Jom ambil peluang sertai peraduan yang cukup mudah dan berbelanja dengan hanya RM20 untuk layak menyertai peraduan dan mana tahu ada rezeki untuk memenangi hadiah RM100,000. 


Ikuti langkah penyertaan mudah seperti berikut:

  • Beli mana-mana produk LengQuas di kedai atau agen sah KOPETRO
  • Pembelian minima minima RM20 dalam satu resit bagi penyertaan peraduan Makan dan Menang LengQuas
  • Imbas kod QR yang disediakan 
  • Jawab soalan mudah.
  • Ambil gambar resit sebagai bukti pembelian.

Bagi penyertaan umum, pemenang akan diumumkan selepas cabutan bertuah bulanan dijalankan, manakala bagi penyertaan ejen dan juga pengedar, pemenang akan diumumkan berdasarkan hasil jualan tertinggi setiap bulan.

Selain dari penyertaan umum, KOPETRO juga menganjurkan peraduan buat pengedar-pengedar dan ejen-ejen sah LengQuas bagi menggalakkan persaingan mendapat jualan.

Kini LengQuas mempunyai 153 orang ejen jualan yang telah dilantik di setiap negeri antaranya, Selangor, Melaka, Terengganu, Johor dan akan melantik lebih ramai lagi ejen di negeri-negeri lain bagi meluaskan pasaran produk LengQuas

Untuk membuat pembelian produk LengQuas, pelanggan boleh berhubung terus ke talian hotline KOPETRO Food Sdn. Bhd di 60 17-319 5764, atau membuat pembelian melalui ejen-ejen sah LengQuas.

Butiran lanjut mengenai peraduan Kempen Makan & Menang, boleh didapati dengan melayari akaun media sosial LengQuas:

Facebook : @lengquas.official | Twitter : @lengquas | Instagram : @lengquas


Mengenai Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO) 

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah ditubuhkan pada 30 Oktober 1980 dianggotai 17,000 kakitangan PETRONAS dan anak syarikatnya. KOPETRO terlibat dalam empat bidang perniagaan utama iaitu Servis Kewangan, Pelancongan dan Perhotelan, Makanan dan Minuman dan juga Perdagangan. 

Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, kini KOPETRO berada di kedudukan 5 Koperasi Terbaik di seluruh Malaysia. KOPETRO juga telah menerima dua anugerah berprestij pada tahun 2020, anugerah oleh The BrandLaureate e-Branding Awards 2020 bagi kategori SMEs Bestbrands E-Branding Award dan juga Lang International Corporate Titan Awards. 

KOPETRO

www.kopetro.com.my | www.facebook.com/kopetroberhad | www.instagram.com/kopetroberhad


LengQuas

www.facebook.com/lengquas.official | www.instagram.com/lengquas.official