Tonton Episod Akhir 7 Hari Mencintaimu 3 - IAMFUZY™ Malaysia Lifestyle Blog

TERKINI

Post Top Ad

Tonton Episod Akhir 7 Hari Mencintaimu 3

Tonton Episod Akhir 7 Hari Mencintaimu 3 | Berakhirlah sudah drama 7HM3 yang melabuhkan tirainya tadi. Eh, umi dok pong pang kata tak tonton tapi tau pulak pengakhiran cerita tu. Memang tak tonton pun tapi terlayan dan tertonton sebab waktu umi dok melipat baju yang dua bakul tu depan kaca televisyen, si cikapplepie dan Cik Meya cakap nak tonton episod akhir 7 Hari Mencintaimu 3 kat iQiyi.


Waktu bulan Ramadan tu ada tertonton juga sebab DH nak tengok azan Maghrib di TV3, umi siap cakap tak payah tengok sebab rasa geram bila masih berkisar ketidakpuashati menantu pada mertua dan pertelingkahan suami isteri..ishhh. Sempat tengok juga Nurul Ain jadi baik dan insaf tapi rupanya berpura-pura. Nad pula macam bodoh dungu bila percaya kata mak saudra Zaidi, masih lagi kisah cemburu Mia bila Fatin suka pada Khuzairi. Ahh pening.




Rupanya jahat si Nurul dan Syakila masih tak berubah dan berpura-pura baik. Penat betul dengan pengulangan watak si jahat jadi baik, Khuzairi berubah jadi baran aishhh...penat penat!


Baca : Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaimu 3


Memang banyak komen negatif pasal drama ni antaranya waktu tayangannya waktu umat Islam sepatutnya bersedia untuk mengerjakan solat Maghrib dan konflik yang ditunjukkan yang umi sendiri rasa rimas sebab perangai buruk yang berulangan. Bab waktu menonton tu, penonton boleh je stop untuk solat dan sambung menonton tapi option lain, tonton kat iQiyi je supaya kita lebih khusyuk dalam mengerjakan solat.


Jadi sesiapa yang pernah menonton 7HM1 dan 7HM2, moh umi nak kongsi episod akhir darama 7 Hari Mencintaimu 3. Fuhh memang lega dan berharap tiada 7HM musim 4 sebab letak tengok kisah suami isteri yang dah baik, bergaduh balik walau dalam realiti perkara tu memang benar. Tengok kat iQiyi ni sambil lipat baju sambil menonton walau idok ler enjoy pun.


Nurul dah bersiap untuk dinikahi Khuzairi tapi Khuzairi tak sampai-sampai. Mak Leha yang turut berada sempat cakap dia memang tak harap Khuzairi melangsungkan perkahwinan dengan Nurul. Dan-dan tu Nurul tunjuk sifat sebenarnya. Taufik sampai dan bongkar rahsia Nurul yang mengandungkan anak orang lain yang tak nak bertanggungjawab dan ambil kesempatan, malahan  Nurul juga yang upah Burhan meracun kambing Khuzairi dan menyebabkan kematian Munah.


Scene paling win bila Mak Leha ganyang Nurul sampai tercabut tudung Nurul. Fuhh betul punya ganyang tu. 


Dalam episod 34, cikapplepie kata Mia pengsan selepas solat dan dibawa ke hospital sebab demam panas.


Khuzairi yang masih di rumah ambil keputusan tak nak kahwin dengan Nurul sebab masih sayangkan Mia dan bergegas ke hospital untuk melawat Mia. Adam pun sedar yang cinta Mia hanya untuk Khuzairi.


Ada ura-ura kata mungkin Mia tak mati dalam episod akhirnya tapi dia cuma admitted kat hospital je sebab demam panas.




Hajat Syakila tak kesampaian untuk frame Helmi dan dapat kahwin free dengan Helmi sebab Helmi tahu rancangannya. Syakila yang duduk sendiri siap bercakap sendirian tentang rancanganya dan tup-tup Helmi berdiri dok dengar.  Apa lagi kena basuh cukup-cukup dengan Helmi dan akhirnya menyesal, kemudian mendapatkan Kecik yang sedang mengutip botol. Dia berjanji nak jaga Kecik.


Nad pun dah berbaik dengan suami dan mertuanya. Ada kata Zaidi penyebab Nurul mengandung, rupanya watak Dr Zaidi masih baik.


Akhirnya keluarga Pak Samad kembali bersatu bahagia dan berkumpul. Pak Samad sempat berpesan pada Mak Leha untuk memberi sedekah makanan pada jiran-jiran dan masuk baring selepas solat Subuh. Bila waktu nak makan, Alisa memberitahu dia dah kejutkan Atoknya tapi tak bangun-bangun. Helmi cakap yang bapanya tu nak bermanja dengan Mak Leha dan suruh Mak Leha mengejutkannya tapi Pak Samad dah meninggal dunia. 


Pesanan Pak Samad "sayangilah, cintailah dan kasihanilah anak-anak dan isteri kamu. Hargai mereka, cintai mereka. Isteri juga harus cintai suai kerana disitulah terletaknya Syurga. Anak-anak dan menantu, sayangilah antara satu sama lain seikhlas hati. Jika kamu menyayangi seseorang seikhlas hati, jangan 7 hari, 7 saat pun kita akan menghargai


Tamatlah sudah drama 7 Hari Mencintaimu 3 dan harap Siti Rosmizah buatlah drama lain dari novel-novelnya yang lain sebab umi rasa penat sangat dengan konflik keluarga sebegitu.


So, next drama apa yang akan ditayangkan menggantikan 7HM3 ni.


1 comment:

  1. haah betul tu..rasa macam pergi tempat yang sama je..alih2 cemburu gaduh..duk ulang bende hok same..yg sedih nya pak samad dah xde

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Post Top Ad