Blog Boookku.blogspot.com Lulus Adsense | Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Setelah beberapa bulan mencuba untuk dapatkan iklan Adsense di blog boookku.blogspot.com tercapai bila 2 hari lepas baru perasan ada email dari Google Adsense yang ianya LULUS ! Ehh email tu bertarikh 12 Jun, hari terakhir PBAKL2022 tu. 


Nak tahu apa yang umi sempat beli di PBAKL2022, boleh baca SINI


Terima kasih atas ucapan tahniah di facebook dan whatsapp, memang teruja dan nampaknya umi kena kerap update entri kat sana.  Sebenarnya dah banyak novel yang di baca tapi tiada kesempatan nak kongsi di blog sebab bila nak menulis apalagi nak mengulas novel ni bukan boleh main hentam je. 


Blog Boookku.blogspot.com Lulus Adsense

Tak berapa ingat bila umi apply adsense ni tapi umi ada buat artikel pada Oktober 2021 memberitahu yang blog tidak lagi digunakan dalam mengulas dan berkongsi tentang novel tapi di blog baru boookku ni, boleh baca di SINI


Blog Boookku.blogspot.com Lulus Adsense

Kesemua artikel novel yang dibaca, ada yang di ulas, ada yang tidak sempat di kongsi di blog khutub khanah tu, umi import masuk ke blog boookku sebab selepas di tolak, di bahagi, di kali dan di tambah, umi fikir untuk rebranding blog dengan nama yang lebih menjurus berkaitan buku maka terciptalah blog boookku ni.


Proses mengimport masuk artikel dari blog asal ke blog baru ni tak susah dan cukup mudah. Tapi artikel yang dimasukkan ke blog baru tu akan jadi 0 pageviewnya ya. Kalau ada kesempatan, nanti umi akan kongsi macam mana caranya.


Jadi umi nak jemput anda yang ikut umi kat blog bookku ni sudi-sudilah ikuti komen dari pembaca tegar yang amatur mengulas mengikut cita rasa umi sendiri.


Terima kasih.