5 Resepi Pisang Goreng Rangup Dan Sedap | Hari ni umi nak kongsi 5 resepi pisang goreng dengan adunan yang mungkin salah satunya cari anda pernah cuba dan suka. Tapi untuk DH yang nak kata tak cerewet tapi cerewet bab pisang goreng ni dia suka pisang yang digoreng dengan Resepi 1 sampai bila makan tu memang non stop.


Kalau bab pisanggoreng  pula DH suka samada pisang abu, pisang nipah dan umi pulak dah rasa heaven kalau pisang nangka atau pisang tanduk tapi tidak pada DH. Apa yang paling penting adunan yang tersalut pada pisang tu yang penting. Nak-nak kalau dapat makan pisang goreng dengan cebisan tepung yang boleh dikunyah krup krap krup krap tu.


5 Resepi Pisang Goreng Rangup Dan Sedap


Kalau kat rumah ni, umi akan sediakan susu pekat untuk DH cicah (memang tu kebiasaan dan anak-anak pun suka) dan cili kicap style Johor yang umi suka. Tapi cili kicap ni pun anak-anak akan cicah juga.


Kalau ada lebihan dari adunan ni umi suka cairkan lagi letak bawang serta cili kering yang dipotong, kemudian goreng jadi macam keropok atau goreng adunan jadi keping kecil untuk dikunyah pun sedap kan.


Pisang tu tak kira pisang apa tapi potong nipis ikut kesukaan dan kalau pisang tanduk yang besar tu kita potong menyerong. Kalau nak guna adunan yang sama untuk cempedak atau ubi keledekk pun sedap. Jom cuba


RESEPI 1 

5 Resepi Pisang Goreng Rangup Dan Sedap


Bahan-bahan

3 cawan tepung beras

1 sudu air kapur

serbuk kunyit

garam secukupnya

air secukupnya

sedikit margerin

minyak untuk menggoreng


Cara Penyediaan :

  • Satukan kesemua bahan di dalam besen dan adun hingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau tidak terlalu pekat. Kalau nak tambah margerin pun boleh, terpulang.
  • Panaskan minyak, cedukkan minyak panas dan campurkan dengan adunan tepung. Guna sudu atau senduk untuk gaul, jangan guna tangan nanti melecur pulak kena minyak panas.
  • Pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat.
  • Celupkan pisang dan goreng hingga kekuningan. Toskan dari minyak dan boleh dihidang dengan susu pekat atau kuah kicap.


Sebagai bonus, umi kongsi cara umi buat kuah kicap yang boleh tahan lama dan sedap. Kuah kicap ni pun boleh dimasukkan dalam bubur nasi, bihun sup kalau suka.


Resepi Kuah Kicap

Bahan-bahan:

10 tangkai cili api

3 ulas bawang putih

Kicap

Jus limau kasturi

Garam

Minyak


Cara penyediaan

  • Panaskan minyak, masukkan cili api dan bawang putih, goreng hingga kekuningan, angkat dan toskan.
  • Bila dah sejat minyak, tumbuk atau kisar kedunya hingga halus. Masukkan kicap dan perahkan limau kasturi serta perasakan dengan garam. Siap


RESEPI 2

5 Resepi Pisang Goreng Rangup Dan Sedap


Bahan-bahan:

1 biji pisang tanduk, dibuang kulit dan dipotong menyerong

2 1/2 mangkuk tepung beras

2 sudu tepung gandum

1 sudu air kapur makan

sedikit serbuk kunyit

garam secukup rasa

1/2 cawan air sejuk (dari peti sejuk)


Cara Penyediaan:

  1. Masukkan tepung beras, tepung gandum, garam, serbuk kunyit, air kapur serta air ke dalam mangkuk adunan. Kacau hingga semua bahan sebati dengan tekstur adunan tepung tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
  2. Panaskan minyak, ambil sesudu minyak yang tengah panas, masukkan sedikit ke dalam adunan tepung. Kacau dan biarkan sebati.
  3. Pisang tanduk yang sudah dipotong menyerong, dimasukkan kedalam adunan.
  4. Ambil pisang yang disadurkan adunan, goreng dengan api,jangan terlampau kuat. Sebaiknya guna penyepit supaya mudah untuk dibalik-balikkan. Angkat pisang yang nampak kekuningan, toskan


sumber : dapursweetsourleyra


RESEPI 3 

5 Resepi Pisang Goreng Rangup Dan Sedap


Bahan bahan:

2 ½ cawan tepung beras

5 sudu besar tepung jagung atau tepung ubi

Sedikit pewarna kuning

½ sudu kecil baking powder

1 biji telur 

Garam


Cara cara:

  • Satukan semua bahan di atas kecuali pisang. Masukkan air  secukupnya dan kacau sebati. Adunan mestilah cair sekadar melekat tepung di pisang. 

  • Bahagikan kepada 2 bahagian. Celup pisang yang telah dipotong nipis dalam satu bahagian dan goreng seperti biasa sehingga separuh masak.
  • Kemudian masukkan sedikit air ke dalam satu bahagian lagi bagi menjadikan adunan yang lebih cair.
  • Angkat sedikit tinggi dan curah adunan cair ke atas pisang yang sedang digoreng sehingga kekuningan. Tepung cair akan melekat atas pisang goreng dan akan kelihatan menarik. 
  • Kemudian dikacau dan dibalik balikkan sehingga garing di kedua dua permukaan. 

sumber : www.aziekitchen.com


RESEPI 4



Bahan-bahan

2 cawan tepung beras

1 cawan tepung jagung

3 sb tepung gandum

1 biji telur

2-3 titik pewarna kuning

2-3 sk garam

1 sk gula

2 sk air kapur

1-2 sb majerin panas

Atau ¼ cawan minyak masak panas

Air secukupnya

Pisang secukupnya

Minyak untuk menggoreng

1½ sb bijan (pilihan)


Cara-cara untuk pisang goreng:

  • Kupas kulit pisang dan bahagi kepada 2 atau 3 bahagian (Pisang Abu atau Pisang Awak). Untuk pisang tanduk, potong menyerong.
  • Dalam mangkuk yang besar, masukkan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, garam, gula dan pewarna kuning (pilihan).
  • Pecahkan telur dalam bekas berasingan dan pukul.
  • Panaskan dan cairkan majerin (boleh ganti minyak masak tapi panaskan dulu juga).
  • Bancuh pes kapur makan dengan sedikit air.
  • Dalam adunan kering tadi, masukkan telur, air kapur, dan air sedikit demi sedikit sampai larut sebati.
  • Masukkan majerin cair dan bijan (pilihan) dan kacau sebati.
  • Panaskan minyak, celup pisang dalam adunan tepung dan goreng.
  • Bila tepung dah mula keras, pisahkan pisang dan terbalikkan.
  • Bila dah garing kedua belah, boleh angkat dan toskan minyak.


sumber : https://resepichenom.com/resepi/pisang-goreng


RESEPI 5

5 Resepi Pisang Goreng Rangup Dan Sedap


Bahan-bahan

2 cawan tepung beras

1 cawan tepung jagung

1/2 cawan tepung gandum

1 biji telur saiz C. Kalau saiz A 1/2 biji sahaja

1/2 sudu teh serbuk kunyit

4 sudu makan air kapur

1/2 sudu teh garam

1 sudu makan mentega

3 sudu makan kelapa parut


Cara Penyediaan :

  • Campurkan semua bahan ke dalam bekas dan barulah masukkan 2 cwan air sedikit demi sedikit. Bancuh tepung gorengan hingga kepekatan sesuai

sumber : resepi daridapur.com